Cerita ni sangat touching dan terjadi juga pada Aini. Walau kite ditimpa masalah dan kite redha, Allah akan bagi rezeki bagi orang² yang bersabar.. jom baca..
Allah Maha Besar
5 minit tadi aku singgah beli nasi lemak tepi jalan. Kakak yg jual tu lebih kurang sebaya aku.
Aku pelanggan ke 3 yg beratur. Depan aku ada sorg brother dan kakak tu tgh sediakan beberapa bungkus nasi lemak utk customer paling depan.
Sempat la aku dgr sembang kakak tu dgn pelanggan depan sekali seorg perempuan. “Lambat sikit hari ni sebab anak kecik meragam sebelum keluar berniaga”, katanya.
Maka aku assume dia keluar berniaga utk tambah pendapatan suami atau utk menyara kehidupan dia dgn anak keciknya.
Nampak dia kelam kabut maybe sebab org dah start beratur buat dia nak cepat uruskan bungkus utk customer first tu. Aku tgk dekat 7 bungkus gak tp sebab kakak tu sorg yg buat semua so kena tunggulah.
Mungkin juga dia tak nak kehilangan pelanggan buatkan dia kelam kabut. Kalau lama sgt org beratur dan tunggu, org akan pegi. Kalu betul ini yg aku jangkakan, kesian kakak tu. Mungkin dia perlukan jualan yg byk hari ni utk dia tampung kehidupan. Hiba jap aku.
Tiba2, dia terlanggar bekas telur mata kerbau atas meja. Terbarai semua jatuh ke tanah. Aku tengok muka dia penuh dengan kesedihan. Modal tak dapat, customer nak ada telur mata dlm nasi lemak pun dah xda. Aku dan brother yg berdiri depan tolong dia kutip dan kemaskan. Kami biarkan dia selesaikan urusan dengan pembeli pertama.
Sampai giliran brother tu, dia order 2 bungkus nasi lemak. Aku tgk je muka kakak tu, nampak berlinangan airmata dan dia tak berhenti minta maaf sebab lambat uruskan pelanggan yg first tadi. “Maaf cik, lambat dan terpaksa tunggu lama”, katanya pada brother tu. Aku tgk brother tu senyum je.
Masa nak bayar, aku nampak brother tu keluarkan wallet. Aku nampak byk not RM 10 dan RM 5 tp dia keluarkan not RM 50. Nasi lemak brother tu dalam RM 6 je.
“Cik takda duit kecik?”, tanya kakak tu. “Saya ada ni je kak”, balasnya sedangkan aku nampak duit dlm wallet dia.
“Saya takda duit kecik, esok atau bila2 cik boleh datang bayar”, balas kakak tu pada brother tu. Tiba2, brother tu amik bungkusan nasi lemak yg dia bungkus then kata, “Takpa kak, tak perlu baki. Saya silap tadi. Saya nampak bekas telur tu dah nak jatuh tp sy x tolong alihkan ke tengah sikit. Rezeki kak la balance tu ganti semula telur mata yg jatuh tu”, brother tu senyum dan berjalan ke kereta.
“Allah, banyak sgt ni cik. Terima kasih byk2 dan semoga rezeki cik melimpah”, kata kakak tu sambil mengesat air mata. Brother tu senyum sebelum dia blah dari situ.
3 pengajaran yg sgt baik bagi aku;
1. Masih ada melayu yg sayangkan bangsanya dalam erti dan bahasa yg sebenar. Akan ada saudara seagama yg prihatin dan berhati mulia mcm brother tu di sekeliling kita.
2. Besarnya kekuasaan Allah SWT. Jangan kau sangka rezeki yg terlepas dari tanganmu akan pergi begitu sahaja. Akan ada rezeki lain yg DIA gantikan tanpa kau sangka asalkan kau redho dengan setiap yg berlaku. Rezeki dan rahmat Allah luas.
3. Duit dalam poket kita bukan hak kita, tapi duit yg kau sedekahkah itu adalah milik kau sepenuhnya. Nak byk harta di akhirat, buatlah pelaburan di dunia dengan bersedekah dan berinfaq. Profit & return bukan 2 atau 3 digit tp infiniti.
Semoga kalian dapat sesuatu dari apa yg berlaku sebentar tadi. Tak payah motto “tak hensem takpa janji kaya” sebab yg kaya itu Rabb yang bodoh sombong tu manusia.
nice sharing aini...tag line “tak hensem takpa janji kaya” tu utk orang Melayu perasan bagus
ReplyDeletesebak pulak baca... satu satu perkataan saya baca.. alhamdulillah sama² dpt berkongsi rezeki.. dlm rezeki kita ada rezeki org lain kan?
ReplyDeleteBanyak pengajaran cerita ni
ReplyDeleteAlhamdulillah, Dia Maha Pengasih Dan Penyayang, masih diberikan rezeki buat si penjual nasi lemak tu dan semoga brother tu dimurahkan rezeki dan kakak penjual nasi lemak dipermudahkan segala urusannya
ReplyDeleteAllahuAkbar…perkongsian yang sangat menarik dan bagus ni Aini ❤️
ReplyDeleteSatu motivasi buat kita percaya rezeki Allah dan juga motivasi supaya kita melakukan perkara baik macam saudara tu.