Pages

Hubby kene Influenza B

Assalamualaikum..

Salam Jumaat..
Lunch apa hari ni..?
Hari ni Aini lunch di rumah sebab rehat panjang kan.. 
Seronoklah Aisyah nampak mama dia balik..
Baru park depan rumah dia dah jerit panggil mamaaaa...!! Haha

Semalam hubby pi klinik..
Aini suruh dia pi jugak sebab dah dekat 4 hari demam tak hilang..
Masa dia sampai klinik, nurse rekod BP and fever..
BP tinggi ya amat..

Kemudian jumpa Doc, ambik darah..
tunggu a few minutes later
dah keluar result.

Ada 2 line.. Positive Influenza B

Hubby cerita pada Aini..
masa dapat tau dia positive Influenza B, dia dah panik 
Sebab fikir ada mama Aini dan anak yg masih kecil
Hubby siap tanya doctor nk kene self kuarintin ke, nk santize ke bla bla bla...
Doc ketawa.. Influenza B ni x sama macam Covid..
Ia demam berpanjangan cuma kene duk jauh la dari family takut berjangkit demam tu
Hubby lega la bila dengar Doc explain
So hubby dapat MC 5 hari
dan ubat yang hubby kene makan tu memang kuat dan kene habiskan dalam masa 5 hari juga

So malam sejak hubby demam memang tak tidur 1 katil
Aisyah masih tido bersama Aini & hubby..
Aisyah duk tengah la

Bila hubby tido kat lantai, Aisyah akan intai dari katil
Bila esoknya bangun pagi dia akan intai abahnya tengok ada ke takde..
Klau takde dia akan nangis..haha

Malam semalam badan Aisyah dah mula dedar..
sebelum subuh badan Aisyah panas..
Aisyah ni susah nak renggang dengan Abahnya..
so Aini cepat la bagi ubat demam sebab suhu dia dah dekat 38
batuk and flu memang takde..

Aini akan cuba untuk bagi dia aktif
buat la apa-apa aktivity..
main tanah liat ke, painting ke..
sekali sekala dia main game di phone Aini tapi tak lama la..

Klau dibiarkan tak bagi Aisyah buat apa2
badan dia akan jadi weak
Kita la yg paling risau di dunia ni..
Kalau boleh taknak tengok anak demam kan..

Masa lunch Aini balik tengok hubby duk lembik badan
Harap dia ok lah esok..

Sekarang ni musim demam lagi
Anak bos Aini dan wife dia kene Influenza A
Seminggu dah rasanya, sama macam hubby Aini

Semoga you all selamat dan sihat2 ya..
Take Care

~Aini~

7 comments:

  1. moga cepat sihat baik2 semuanya..yang paling risau anak tak sihat susah hati sungguh kita..

    ReplyDelete
  2. moga cik hubby cepat sembuh. Ian pernah kena sekali dulu.. x ingat A ke B

    ReplyDelete
  3. Alamak macam-macam jenis demam dan selsema keluar.

    ReplyDelete
  4. Semoga cepat sembuh. Yg penting patuh doktor ye

    ReplyDelete
  5. Ye betul..sekarang tengah musim demam dan batuk...Mak Pah dan Pak Zain blom ok lagi tu...

    ReplyDelete
  6. Influenza ni sangat cepat merebak. Haritu dah 4 org kawan office kena. Sorang demi sorang tewas dengan influenza. Yg sorang tu lagi hebat, sekali kena influenza A+B. Doc kata mmg tengah musim influenza skrang ni.

    Puteri Sarah Liyana Ucap Tahniah Suami Kahwin Lain

    ReplyDelete
  7. Allah.. Memang musim demam kan sekarang ini..
    Semoga hubby Aini diberikan kesembuhan.. Aamiin..

    ReplyDelete

Thank you for dropping at Aini's blog.

Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For further inquiry kindly email me at noorainimohdhalim@gmail.com

Happy Blogging (^_^)

Labels

Followers