Pages

Soft Cooling Gel Pillow untuk anak demam

Assalamualaikum

Hari ni Aini kerja
Malam semalam sebelum tido check suhu Aisyah naik 39+, almost 40
So hubby kata pakai ubat masuk buntut..
Tu klau suhu lebih 38.5 doc kata boleh bagi ubat buntut
Aini bagi tau kat Aisyah dia taknak
Aini tanya dia balik 
"Aisyah nak pi klinik ambik darah ke atau nak ubat masuk buntut..?"
Aisyah jawab " Taknak ambik darah.."

Alhamdulillah pagi tadi suhu dia byk turun
Dan masa dia tidur semalam Aini guna soft cooling gel pillow
Klau anak demam, even kita sendiri pun 
Bila baring atas cooler pillow ni mmg rasa lega la
Bukan untuk demam je, migrain, kepala rasa tiba panas sebab cuaca ke boleh je guna
Terpulang nak baring atas dia terus atau lapik dengan tuala kecil

Aini beli ni di Lulu Hypermarket..
Nak beli online boleh ada jual
Nak guna tu kene bekukan dia dulu..
Dia tak jadi keras macam ais sebab dia gel..

Harga Aini beli dulu bawah RM20 klau tak silap la sebab Aini dah lama beli..
Sekarang tak tau berapa..Aini tengok online ada rm20+ ada rm30+
So kalau nak beli tu tengok la review customer, kalau brg sampai dengan elok kira bagus la



Hari ni lunch salad je bersama air horlicks yang tak berapa nak panas
Selepas dapat tahu Aini ni over weight
Aini nak mkn yang betul2 healthy
Kene cut sugar..
I'm addicted to sweet Coffee, Milo
Soooo kene la cut skit2 ya..hehe

Actually 3rd Mac kene pi check up dgn Doc
It's a regular checkup..
Hari tu kene ambik darah
Nak tahu sama ada kita diabetic atau tak
So tht is next week la..nebesnya
Semoga Aini clean la..xde penyakit yang serious..

Note:
Aini open order Almond London And RV cookies with white choc dipping
Boleh pos ya..
Boleh singgah IG Aini kalau nak tengok kek2 yang Aini buat ya..

Have a nice day..!!

 ~Aini~

6 comments:

  1. Ada bantal Kool Fever rupanya.

    ReplyDelete
  2. Uncle takleh tengok budak2 demam... sedih rasa.

    ReplyDelete
  3. mcm2 sekarang ni...zaman anak2 MA kecik dulu, memang standby je cool fever tu. now dah ada bantal yer

    ReplyDelete
  4. Alaaa pillow tu diorang tak buat utnuk yang dewasa ke..hehehe...

    ReplyDelete
  5. sekarang ni cuaca tak menentu.. semoga kita sihat selalu ;)

    ReplyDelete
  6. ya kopi dan milo tak bagus amalkan hari2 aini. memang kena cut gula

    ReplyDelete

Thank you for dropping at Aini's blog.

Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For further inquiry kindly email me at noorainimohdhalim@gmail.com

Happy Blogging (^_^)

Labels

Followers