Pages

Nasi Goreng Opah turun temurun

Salam Jumaat..

Semalam Aini masak Nasi Goreng Opah (Opah Aini)
Turun temurun sampai ke cucunya masak masakan Opah
Klau balik kampung mesti opah masak ni
Tapi sekarang dia tak larat dah nak masuk dapur
So anak menantu atau cucunya la yang masak pula hehe

Dinner malam semalam Aini rasa nak makan nasi goreng opah
Rasa macam dah lama tak makan
Cili kering dia agak pedas plak..
Aini makan semangkuk pun dah kepedasan
Nak bagi hilang rasa pedas Aini makan buah mangga sejuk..hehe

Si Aisyah leh tahan plak pedas tu
Mula2 Aini suap skit2 la..bagi dia rasa dulu samapi habis ok ke tak
Pastu dia tepuk Aini skit terus dia nganga mulut tunjuk nak lagi..haha
Hebat tul..Mengalahkan mama & abahnya..
Abahnya klau makan pedas skit pun segala peluh jantan dia keluar..Haha

Nampak nasi goreng pedas cili kering tu
Aisyah leh tahan sungguh

Ni 3 kali tambah.. 1 glass air kosong habis diminum..haha
Yang kali kedua tu dia kata nak makan sendiri..

Bahan-bahannya

Segenggam cili kering
(direndam dengan air panas, nak buang bijinya pun xpe, taknak buang pun xpe bagi yang suka pedas2)
Segenggam ikan bilis
(Cili kering & ikan bilis dikisar kasar)
Lebihan ikan bilis sedikit direndam bagi lembut
(untuk ada texture ikan bilis dalam nasi goreng)
Setengah biji bawang merah besar dihiris
Telur 3 biji
Garam secukup rasa
Nasi untuk 4 orang makan (Aini buat nasi 2pot)

Cara-caranya

Panasakan minyak, masak telur pecah dulu dan ketepikan
Tumis bawang hiris sehingga naik perang skit kemudian masukkan bahan kisar tadi
Bila cili dah nampak masak, masukkan ikan bilis
Then masukkan nasi, masak bagi sama rata baru masukkan telur
Garam secukup rasa

Siap!!!
Mudahkan..?? Selamat mencuba..hehe

Kalau you all masak nasi goreng opah jangan lupa tag Aini ya..hehe

~Aini~

9 comments:

  1. Orang dulu-dulu kalau masak goreng biasanya bubuh perencah cili kering tumbuk. Nostalgia sungguh.

    ReplyDelete
  2. Sedapnya...selalu masakan ornag- orang lama ni memang sedap..bahanya simple aje..tapi yang simple tu la yang sedap kan

    ReplyDelete
  3. Terasa lapar pabila melihat nasi goreng plak haha

    ReplyDelete
  4. Tgk nasi goreng aini teringat arwah tok, org dulu suka nasi gorwng mcm ni , tu sedapp

    ReplyDelete
  5. aloloaishah comel je layan nasi goreng opah.

    ReplyDelete
  6. nasi goreng letak cili kering mmg sedappp

    ReplyDelete
  7. perghh memang boleh rasa pedas.. ni kalau masak hubby suka la mkn sbb dia suka pedas

    ReplyDelete
  8. Sedap sungguhlah resepi turun temurun ini..

    ReplyDelete

Thank you for dropping at Aini's blog.

Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For further inquiry kindly email me at noorainimohdhalim@gmail.com

Happy Blogging (^_^)

Labels

Followers