Cerita kelmarin..
Sebelum Aini nak pi kerja
Mama Aini pi la kat kolam ikan nak topup air
Sekali ternampak seekor ikan emas mati duk terapung..
Mama Aini angkat la letak tepi dulu
Aisyah dari dalam rumah terus keluar nak tengok ikan bila dia dengar ada ikan mati
Aisyah duk pokpek la kat opahnya nape ikan mati bagai
Aini sambil2 tu nak buka pagar la pi keje..
Masa Aini dh gerak nk pi kerja nampak la Aisyah duk tengok je ikan tu
Petang selepas balik keje tu mama Aini cerita
Aisyah nak tanam ikan tu siap nak letak bunga
Dia nangis2 tengok ikan tu mati
Sebab dia pernah main ikan tu dengan abahnya..
Manja sangat ikan ni..
Aini pun sedih gak sebab dah lama bela dia
Ikan emas ni nama dia Mimi
Dah lebih 5 tahun bela dia
Mimi ni asal dari batu Gajah, Perak
Masa tu Aisyah dalam perut Aini lagi
Balik kampung ziarah Opah
Aini & hubby beli ikan emas di kedai Aquarium batu gajah masa tu
Masa tu kecik comel je dia..
Nampak mimi tu sakit
sebab sisik di peruntnya xde..nampak licin
Semoga mimi aman di sana ya..
Bila abahnya balik dari kerja
Aisyah pun cerita la kat abahnya padahal abahnya dh tau dah
Tapi layan jelah apa yang Aisyah nak cerita
Abahnya pujuk pastu cakap
"Takpe nanti abah belikan gajah untuk Aisyah ya..Leh naik belakang dia"
Terus dia cakap "Tak nakkkk!!"
Abahnya suka nyakat Aisyah.. Haha
~Aini~
Alahaiiiii Aisyah nampak perihatin pada binatang. Penyayang tu sampaikan nak buat kubur untuk ikan yang mati
ReplyDeleteKata dengan Aisyah, dah sampai ajalnya ikan tu..
ReplyDeleteIkan emas ni . Sayangnya dah besar tu .
ReplyDelete