Pages

Pipi Aisyah lebam dan pizza

Assalamualaikum..

Ada masih bercuti lagi ke..?
Aini blum pi cuti-cuti lagi.. Tengok la mcm mana..hehe
Jumaat lepas, adik Aini bermalam di rumah mama Aini
Ofcoz la cousin Aisyah ada sekali
Yusuf, Zulaika & Baby Yunus

Macam biasa, the kids tengah galak duk main
Main kejar-kejar dari ruang tamu sampai ke dapur
Lari masuk bilik belakang keluar balik pi depan
Adehh riuh la.haha

Sekali pangggg Aisyah nangis kuat
Masa tu Aini kat dapur
Adik Aini ada la kat depan dukung baby Yunus
Aisyah nangis sambil panggil Aini
Aini plak tengah duk leke kat dapur

Nampak la adik Aini bawak masuk bilik belakang
Aini pi la masuk bilik tanya kenapa
Rupanya Aisyah lari laju sangat sampai pipi dia kene bucu meja
huhu itulah paling Aini takut..
Nasib baik la takde apa2 yang teruk
Meja tu kaca. tempat Aisyah kene tu bukan tempat yang bucu tajam
So kene yang curve bulat
Tapi kentak kuat gak tu sampai naik lembab and bengkak

Hubby Aini xde masa tu,
Dia pi Jaya Grocer beli barang


Malam semalam Aini buat Pizza dengan kids..
So semua dinner pizza
Aini prepare bahan2 dah siap semua letak di meja makan
The kids excited sebab 1st time buat pizza

Selepas dorang settle mandi
Meja pun dah siap dengan bahan2 pizza
Kami semua buat sama2
Si baby Yunus duk jilat2 mulut dia tengok bahan2 pizza tu.. comel je

Piza base beli di Hero supermarket..

Zulaika

Aisyah.. hantu cheese

Yusuf.. memang xnak letak cheese..haha
Tapi surprisingly dia suka olive and capsicum

Ni Yusuf punya ya..paling rare Pizza xd cheese..haha
Dia tak suka makan cheese

Aini buatkan untuk mama Aini, dia suka vege pizza
Hubby and fo myself
Tak sempat lak nak snap sbb masing2 dh lapo

Lepas dah masak keluarkan dari oven
Skali lagi tak snap gambar sebab masing2 dah kelaparan..haha
Smua makan sedap..kids mkn half sbb kenyang tapi akan sambung makan
Yang kelakarnya si Aisyah dia makan skit pastu dia habiskan cheese atas pizza dia je..
Aisyah..Aisyah.. yang lebih Aini la makan..

~Aini~

4 comments:

  1. nasib baik tak jadi apa2.. itulah mmg risau kalau anak main lari2. seronok la buat pizza

    ReplyDelete
  2. alolo habis la pipi tembam aisyah sayang tu...ingat Pia kecil dulu pun kalau jumpa sepupu memang riuh rendah kita nak borak pun tak dengar apa..sekarang masing2 dah besar bila jumpa malu2

    ReplyDelete
  3. Alahai.....nasib sikit aje...seronok la aktiviti bat pizza macam ni...

    ReplyDelete
  4. Allah.. Sakit tu kalau sampai lebam.. Tengah lasak memang ada je babak terlanggar dan melanggar..
    Ala.. comel pula tengok pizza tak ada cheese tu..

    ReplyDelete

Thank you for dropping at Aini's blog.

Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For further inquiry kindly email me at noorainimohdhalim@gmail.com

Happy Blogging (^_^)

Labels

Followers