Pages

Budak sekolah nak order biskut online

Pagi tadi terima dm dari IG bisnes kecil Aini
Dia berminat nak beli cookies raya..
tapi dia x specific cakap nak almond london ataupun red velvet cookies
Dia tanya boleh COD ke.. Aini jawab la boleh COD di Puncak Alam je.. 
Kalau di luar Aini pos..
Pastu tanya dia balik dia dari mana..
Dia kata dari Selayang

Aini ckp la kat dia yang Aini leh pos ke sana tapi kene bayar dulu
Aini tanya balik nak yang mana satu (which is biskut apa dia nak)
Dia jawab dia nak COD, dia takde bank, dia ada kad TnG
Aini mcm pelik la..terdetik nak kira umur dia ni berapa
Sebabnya nama Ig dia letak nama dia pastu ada tahun 2008

Aini kira umur tu 15 tahun
So Aini tanya balik, masih sekolah lagi ke..?
Dia jawab ya.. Aini ketawa kat diri Aini sendiri

So Aini ckp la minta la parents tolong bayarkan
Pastu dia jawab ni untuk dorang
Pastu Aini minta maaf jelah kat dia
Pastu dia ok je lah.. 



Bila difikirkan balik
Bahaya lak ada budak bawah umur ni ada IG atau Tiktok sendiri
sebabnya dalam social media anything can happen
klau nak beli barang pun better parents tau

Bagi Aini klau anak Aini ada Tiktok ke, IG ke, FB ke
biar Aini tau ada password skali dari situ kita boleh pantau apa anak kita tengok
Takut lak tengok budak zaman sekarang ni dah pandai pakai fon canggih..
klau dulu zaman fon 3310 tu xpe lagi..


~Aini~

9 comments:

  1. Hushhh berani dia nak membeli online. Budak sekarang advance sungguh. Aini buat tart nenas tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry Aini tak buat tart nenas.. so far buat 2 biskut tu je

      Delete
  2. Alahai...kesian plak..tp betul jugak tindakan Aini tu...

    ReplyDelete
  3. Pasal sosmed ni budak2 sekarang dah ngalahkan orang tua

    ReplyDelete
  4. Betullah tindakan Aini tu. Risiko kalau tak ambil bayaran siap2.

    ReplyDelete
  5. bukan kita tak nak jual atau tolak rezeki tapi itualh takut jugak kan, kot tipu ke kan. Budak zaman skrg ni kan tiktok la ig lah pun ada... jenis kalau tak dipantau kot ada nombor kad kredit mak pak abis beli mcm2

    ReplyDelete
  6. setakat ni ammi tau semua password anak-anak ammi dan ammi cakap kat dorang don't dare to change any of yr password...kalau tukar telephone pun tak dapat terus.

    ReplyDelete
  7. wah...pandainya budak2 pun nak shoppiing yer..

    ReplyDelete
  8. Budak-budak pandai pesan. Mungkin tiada kad debit minta COD.

    ReplyDelete

Thank you for dropping at Aini's blog.

Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For further inquiry kindly email me at noorainimohdhalim@gmail.com

Happy Blogging (^_^)

Labels

Followers