Pages

Sedar tak sedar dah 3 minggu batuk

Assalamualaikum..

Hari ni Aini keje half day..
Hubby tak keje hari ni sebab semalam keja pi site duk kene hujan je..
Dah la semalam dia lalu tempat tu banjir..Di Pulau Meranti
Naik 4wheel, air dah paras setengah pintu..
Memang masuk air la dalam 4 wheel tu..
Alhamdulillah semuanya selamat..

Bulan lepas Aini ada mention Aini batuk kan..?
Sekarang masih lagi duk batuk..
Dah nak masuk 3 botol ubat batuk..
Aini buat test kit -ve..
Demam memang takde la
Makan mmg control la.. 
Sampai nampak la ada susut skit bdn..
Sakit je memang xde selera nak mkan tapi perut duk lapo je..haha

Aini dah lama tak berjalan..
Tapi tuler covid tengah duk naik mendadak..
Sehari kes hampir 4k..
Kes yg aktif sekarang 35k++
Semoga semua selamat dan lindungi dari penyakit merbahaya ni..

Alhamdulillah adik Aini & family dia dah -ve..
Habis dh kuarintin dorang..
Hari ni adik & anak2 dia nak datang rumah.. saje lepak nk jumpa Aisyah and Opahnya
Hubby adik keje..

Batuk Aini kali ni agak teruk dari sebelum ni..
tekak akan rasa gatal pastu bila terbatuk dia non stop batuk..
Bila kita ni ada Asma lagi la jadi teruk..
Aini stand by inhaler je.. so far xde sampai kene nab/gas..

Batuk macam kering.. kahak tu ada xde je..
Yang batuk kering ni lagi sakit..
Sakit dada, sakit tekak, kepala..kadang2 tarik urat bdn kite..
Klau kene warded pun Aini klau leh xnak lah..
Sebab ramai masuk ward sebab covid kan..

Harap ok la lepas ni..
Tak larat Aini


Sumber: FB

Gambar takde kene mengena dengan topik tapi gambar ni sangat menarik..
You all nampak apa..?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Gambar rotate
Seperti awan membisik pada bumi.


With Love 
Aini




5 comments:

  1. penat batuk lama-lama ni, selalu saya standby je gula2 hacks tu nak kurangkan gatal tekak dan batuk. semoga cepat sembut sis :)

    ReplyDelete
  2. syafakillah... cubalah ambil lemon dan madu. elakkan mkn kekacang. kita ikhtiar selagi boleh...

    ReplyDelete
  3. Moga cepat sembuh.
    Dulu Kak Amie pernah batuk teruk dan selsema. Tapi lama dululah sebelum convid datang.
    Berbulan-bulan lamanya batuk. Penat dah makan macam-macam ubat. Akhirnya sembuh sehingga sekarang setelah Kak Amie minum inner shine sebotol sebelum tidur dan sebotol selepas bangun tidur. Ya Allah, setelah dua minggu konsisten minum, kepala rasa ringan, batuk hilang dan selsema tidak lagi menyerang. Syukur tak henti-henti, rasa ajaib sangat sebab penyakit sudah diangkat.

    ReplyDelete
  4. Saya baru baik dari Covid-19 ni . 😅

    ReplyDelete
  5. seksanya batuk lama-lama, akak paling lemah kalau batuk2 pastu sampai terkencing-kencing. Cuba cari ubat batuk yg jenis kumur, ada yang ok menjadi sebelum ini akak pernah cuba juga thyml mouthwash, botol warna merah.

    ReplyDelete

Thank you for dropping at Aini's blog.

Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For further inquiry kindly email me at noorainimohdhalim@gmail.com

Happy Blogging (^_^)

Labels

Followers