Pages

Trauma masih ada lagi


Trauma is an emotional response to a terrible event like an accident, rape, or natural disaster. Immediately after the event, shock and denial are typical. Longer-term reactions include unpredictable emotions, flashbacks, strained relationships, and even physical symptoms like headaches or nausea


Assalamualaikum..

Kejadian kelmarin masih menghantui dalam fikiran Aini..
Setiap kali lalu tepi almari dan tong sampah, mata Aini akan terpandang ke arah situ
Masih terngiang-ngiang suara ular tu di telinga

Setiap ada bunyi pergerakan halus atau bunyi plastic Aini akan terus pandang mencari
Perasaan masih trauma dan fobia..
Aini harap kesan dalam diri Aini ni dapat pulih secepat mungkin.
Takut melarat sampai bila-bila..

Semalam hubby balik dari kerja,
Dia bagi Aini ikan dalam plastik..Masa tu Aini xtau itu ikan..
Masa hubby bagi Aini dia suruh Aini pegang part hujung..
Aini jadi takut.. Aini cakap Aini masih takut lagi duk terbayang lagi..
Terus dia cakap ni ikan patin dia beli..

Memang besar la ikan pating ni..
Hubby minta Aini tolong bersihkan buang lendir2 tu..
Kalau diikutkan, Aini ok je nak basuh/siang ikan 
Tapi entah kenapa, Aini terbayang Aini pegang ular tu..
Sebab dia licin, warna pun seakan sama..

Sambil Aini bersihkan Aini cakap pada diri Aini "It's just a fish" ulang 3 kali
Sampai hubby terdengar Aini cakap..
Hubby terus tanya "Apa Aini cakap..?"  Aini jawab "takde apa2.."
Hubby tanya lagi.."kenapa..masih terbayang lagi ke..?"
Aini pun angguk.. terus hubby diam.. dia faham yang kita masih trauma

Lepas tu elok plak Aisyah datang nak tengok Aini ikan..
Sambil bersihkan ikan mula la Aisyah tanya macam2..
Atleast dapat Aini lupakan ular tu..

Sekarang Aini tahu perasaan trauma ni macam mana..
Ini boleh membuat seseorang ni susah dilupakan sehingga terbawak-bawak sampai bila-bila..
Klau lagi teruk kejadian tu lagi kuat la trauma dia..

Aini cuma trauma kerana terkejut..
Terkejut sehingga membuatkan satu badan Aini jadi sakit..
Semalam pun Aini rasa letih sangat mungkin sebab kepala kita tak henti fikir kejadian tu.

 I hope it will end soon..

With Love,
Aini

5 comments:

  1. semoga trauma aini cepat hilang..
    sy pon kalo tgk ular berdiri bulu roma..
    terasa mcm ade dekat kaki.. terbyg2.. huhu

    ReplyDelete
  2. Allahuakbar
    semoga trauma Aini akan beransur hilang nanti
    insyaallah ambik masa sikit biasanya kan
    ciknur pun ada trauma dulu

    ReplyDelete
  3. alamaakkk takut nak baca kisah aini dan ular tu sbb kita pun geli n takut kat ular.. semoga aini dan family dilindungi

    ReplyDelete
  4. Insyaallah lepas ni tak ade la ular nak masuk rumah dah...menakutkan la...

    ReplyDelete
  5. Menakutkan betul. Semoga trauma Aini cepat hilang

    ReplyDelete

Thank you for dropping at Aini's blog.

Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For further inquiry kindly email me at noorainimohdhalim@gmail.com

Happy Blogging (^_^)

Labels

Followers