Pages

Birthday hubby - Tak jadi nak buat surprise

Assalamualaikum,

Esok adalah hari lahir hubby Aini yang ke 37 tahun.. (8 Februari 1985)..

Cepat pula rasanya dah umur 37.. lagi 3 tahun dah 40s.. Aini sebaya dengan hubby tapi rasa masih muda dari dia sebab birthday Aini dekat dengan hujung tahun..hehehe

Anyway selalunya setiap hari Isnin hubby kerja di ofis tak keluar sangat la.. So plan nak belikan chocolate bouquet la untuk dia.. nak surprise la konon.. bunga2 tak main la kan..haha.. kalau bagi chocolate at least dia leh makan tapi Aini saje text dia.. hari ni ada keluar site ke.. hubby jawab " kejap lagi nak keluar la ni".

Nasib baik la Aini tak order apa-apa2 kalau tak rasa tak syoklah.. Kita nak dia rasa surprise bila dapat hadiah dari isteri tersayang..Hehehe tapi takpelah.. maybe buat kat rumah la kot.. 

Aini tak buat esok sebab esok sampai jumaat dia memang kerja luar. Sampai ofis punch in pastu keluar dengan team dia.. 

Last week aini balik kampung, ada jiran mother in law (Mil) dari Pakistan. Baru duduk 3 minggu sebab dia nak sambung belajar di UTP. Nama dia Khuhed..ada family tapi masih duk Pakistan lagi.. tengah uruskan visa dorang. Mungkin hujung bulan ni anak bini dia sampai la sini. Elok malam sebelum nak dinner dengan jiran-jiran Mil.. Orang Pakistan ni sempat order birthday cake in advance untuk hubby. Sempat la makan 1 slice dulu sebelum keluar untuk dinner.

Sedap tau cake ni. Dari Bakers Cottage. Not too sweet..just nice.. Jom tengok gambar..

Dari kiri: Hilmi, hubby & Khuhed

Acah-acah buat muka surprise..haha

Aisyah pun nak potong cake juga..

Semua suka cake tu sodappp..Boleh la you all try nanti.

With Love,
Aini

4 comments:

  1. 37 tu mudalah...

    uncle baru tua... hehehehe

    ReplyDelete
  2. Nak surprise orang tersayang kena plan betul betul. Kalau dia kejap sana kejap sini susah gak nak arrange tu kan. Syukur ada jiran yang baik hati bagi hadiah kek. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  3. mudanya korang...37 tu muda la Aini...SA ni ha 44 tahun ni....

    ReplyDelete

Thank you for dropping at Aini's blog.

Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For further inquiry kindly email me at noorainimohdhalim@gmail.com

Happy Blogging (^_^)

Labels

Followers