From Mr. Google
Assalamualaikum,
Ramai kecoh 1 Malaysia cerita pasal gemba bumi pagi tadi. Dalam facebook Taman rumah even jiran2 kecoh dalam whatsapp utk tanya kepastian ada sesiapa rasa gegaran.
Di hospitil Uitm Puncak Alam pun ramai yang terasa terutama yang duk tinggi. Ramai diminta untuk keluar dari hospital. Kesian pula pesakit2 dalam tu. Macam mana la ya..harap semuanya baik-baik aje.
Pagi tadi adik whatsapp Aini ada rasa gegar tak tadi..? Aini jawab Aini tengah drive nk pi keje so ada rasa goyang2 tapi tak pasti itu gegaran ke tak sebab jalan raya nak ke ofis memang tak rata..hahaha..
Adik Aini lagi best..dia tak rasa gegaran tapi dia rasa gegar baby dalam perut.. Hahaha
Adik Aini dah nak due dah ni.. expect bersalin minggu kedua Mac nanti. Hubby Aini nak baby tu lahir pada bln Feb ni, dia kata baru ada gang..Haha..
Kalau adik Aini bersalin bulan Mac maka 3 beranak la sambut hari jadi pada bulan yang sama. Iaitu Ayahnya, Zulaika & baby.
Semoga adik Aini selamat bersalin dan kedua-duanya selamat dan sihat.
Semoga Allah S.W.T lindungi negara Malaysia dan kita semua dijauhi dari segala bencana alam dan benda-benda yang tidak diingini. Aamiin.
Take care and stay safe.
With Love,
Aini
Allahuakbar, semoga baik2 aja. selamat bersalin untuk adik aini. singgah follow.
ReplyDeleteTerima kasih doakan adik Aini..
DeleteSalam kenalan k.Wawa
kat office ammi rasa...
ReplyDeleteammi siap check smartwatch..ingatkan heartbeat ammi tinggi sbb tu mcm pening sikit ke. rupanya mmg gegaran
Tuler ramai juga cakap macam tu ingat pening or heartbeat kita yg laju kan..
DeleteAi first time rasa gegaran ni. Cuak juga lah.
ReplyDeleteTuler sebab jarnag baerlaku dia malaysia
ReplyDelete