Pages

Adik ipar selamat dari ditenggelami laut

 3 Mei 2021 (Isnin)
Jam 2 petang berlakunya Pelantar Naga 7 (Rig) di Sarawak mula tenggelam.
10% rig tu dah menyenget.
Cepat semua petugas berkumpul untuk menyelamatkan diri.

Alhamdulillah adik ipar Aini selamat di tempat kejadian tu.

Cerita dia macam ni.

Isnin tu adik Aini selalu terima whatsapp dari suami dia.
Tapi adik kata diri dia mungkin suami tengah busy.
Jam 1130 malam, adik terima panggilan dari syarikat yang suami dia kerja.
Bagi tau apa yang berlaku.
Anak2 dia sedap tidur.
Adik nangis..tak kejut Aini or mama Aini pasal isu ni.
Dia bagi tau esoknya.

Satu hari suntuk adik ipar Aini tak whatsapp..
Walaupun dah tau suami adik selamat tapi selagi tak tau keadaan dia 1 family risau.
Adik Aini tak tidur langsung selepas dapat panggilan malam tu.

Selasa pagi selepas pukul 9 camtu baru lah dengar khabar adik ipar Aini.
Dia kata dia sempat ambik hanphone & charger dia je sebab masa tu dia tengah kerja.

Laptop, sport shoes yang dia baru beli, bag baru semua dah tenggelam dah..
duk bersama ikan2 dalam laut tu.

Teringat kisah cerita omputih Deep Horizon
Cuma beza cerita ni dan tempat adik ipar Aini kerja ni takde kebakaran.
Rig hanya tenggelam dengan secara perlahan

Ni la Pelantar Naga 7
Kisah dia semua akhbar online dan berita di TV






Alhamdulillah semua krew dapat diselamatkan..
Tinggal hanya barang2 personal dorang je diangkut skali tenggelam dalam laut.
Ada yang tak sempat ambik phone..ada masa yang sedang tido sebab shift malam so siang tido
Tak tau la apa perasan kita kalau kita di tempat dorang kan..?

Dekat sebulan adik ipar duk di Sarawak.
Sebab kene jaga SOP dia kene self quarantine di hotel selama 10hari.
Smua krew buat PCR.. Alhamdulillah adik ipar negatif
Tp kene kurung diri dalam hotel mewah selama 10 hari,
Dia kata boring gak sebab tak boleh keluar..hehe

Selepas pulang ke rumah kami 1 family lega sangat2..
Dan rezeki adik ipar Aini sekarang dia dapat kerja di pejabat..
Tak perlu turun laut dah setelah lebih 6 tahun kerja di laut akhirnya dapat kerja di pejabat.
Tapi tengah duk covid ni dia kerja dari rumah je..walaupun kerja shift.

Seronok lah anak buah Aini..
setiap hari dapat tengok muka ayahnya..
Klau tak sebelum ni 2 minggu je dapat jumpa. 
dan sebulan tak dapat jumpa.

With Love,
Aini


15 comments:

  1. Alhamdulillah. Walaupun peristiwa itu lama berlalu, sudah tentu sukar untuk dilupakan.

    ReplyDelete
  2. Mimpi ngeri kan. Boleh bayang keadaan adik aini tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuler sangat ngeri..
      Perasaan dia mesti takut.. dalam kepala mesti fikir anak bini dia jauh sana

      Delete
  3. Alhmdulillah semuanya dipermudahkan.. rezeki anak² dapat puas² dengan ayah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. betul tu..seronok dapat tengok anak2 depan mata setiap hari

      Delete
  4. Memang xdapat bayangkan . Mujur semuanya selamat .

    ReplyDelete
  5. Allahuakbar. dapat berita macam ni memang menggigil tak boleh tidur lansung. Alhamdulillah..syukur semuanya selamat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu memang semua dalam kerisauan..

      Delete
  6. wak ada dgr gak cerita rig naga 7 tu.. huhu

    ReplyDelete

Thank you for dropping at Aini's blog.

Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For further inquiry kindly email me at noorainimohdhalim@gmail.com

Happy Blogging (^_^)

Labels

Followers