Assalamualaikum..
Pernah tengok cerita kisah seram ni..?
Cerita ni adalah kisah benar.
Aini dah tengok kt youtube.
Rasa seram dia lain sebab dalam cerita ni dilakonkan semula dan juga dia akan masuk sekali kisah video betul.
Si isteri rakam video sendiri dan juga abangnya.
So cerita ni akan masuk sekali dengan lakonan semula dan cerita yang realiti.
Ni video yang asal
Sinopsis
Mengisahkan pasangan suami isteri yang bakal menimang cahaya mata mereka tetapi dengan keadaan yang tidak mengizinkan membuatkan si isteri ingin bersalin di kampung halaman beliau iaitu Jengka, Pahang.
Bagaimanapun, mak bidan yang dijemput datang ke majlis itu menasihatkan Nini supaya tidak dibebankan dengan tekanan perasaan.
Ini kerana, Nini akan diganggu ‘semangat tidak baik’.
Malangnya, pada majlis kenduri itu Nini mengetahui kecurangan Basir yang memiliki kekasih gelap. Akibat kecewa dan memberontak, Nini akhirnya lari dari rumah.
Nini menyusup masuk ke ladang kelapa sawit yang didakwa ‘berpenunggu’ dan hilang secara tiba-tiba. Bahkan, paling megejutkan Basir, along dan orang kampung hanya mendengar jeritan Nini dan tangisan bayinya.
Aini tengok cerita ni sampai duk teringat je dua tiga hari sebabnya cerita dia kisah benar.
Kalau bukan kisah benar sekali Aini tengok pastu dah lupa dah.
Sape yang berani nak tengok cerita ni boleh tengok di Youtube Jengka
Yang lemah semangat..
Sakit jantung jangan tengok ya.
Selamat menonton..
With Love,
Aini
Uncle baru tau ada youtube ni... nanti uncle usha...
ReplyDeleteboleh2.. selamat menonton
Deleteadoiii kalau citer benar ni kadang mmg seram nk tgk, takut terbayang2 lps tu, termimpi2
ReplyDeleteBetul Aini tak habis terbayang citer tu sebab ia kisah benar..Tapi Aini suka tengok cerita seram..hehe
DeleteAramak! Seremmm..
ReplyDeleteMemang seram..huhu
Deletefuhh... baca pun dh seram.. nnt lah nk tgk dgn anak² diorang suka ceta seram cmni
ReplyDeletejangan tengok malam ya takut takleh tido nnt
Deletebr plan nk tgk malam.. x jadi lah.. hehehe
Deletetapi ramai yang kata fake. Yang footage asal tu lakonan semata mata.
ReplyDelete