Pages

Lunch bersama adik dan anak buah di Ayam Gepuk Top Global, Puncak Alam

 Assalamualaikum

Hari Jumaat ni dapat rehat lama sebab budak pomen akan pi solat Jumaat.
Selalu Aini akan kurungkan diri dalam bengkel ni..dorang akan tutup zink tu lah.
Macam kejam kan tak bagi Aini keluar..? Haha
Tapi sebenarnya Aini yang tak nak keluar
Boleh lah lepak tidur, solat and tengok movie.

Cuma hari ni, adik Aini nak sangat lunch bersama
Mujur lah rumah dia dekat je nak ke ofis Aini ni.
Selepas ambil anak teruna dia jam 12pm
Adik terus ambil Aini di ofis.
Dia kata nak jadi driver Aini. 
Aini dah standby dalam kereta sambil menunggu adik datang.
Bengkel pun dah tutup awal dah.
Adik teringin nak makan di Warong Geprek dia nak makan Ayam geprek bersama salted egg.. Sedapp
tapi tutup la pulak sebabnya tengah duk renovate
Elok plak selang 2 kedai ada kedai Ayam Gepuk Top Global
So makan la di situ.

Credit : Google

Oops sorry tak sempat nak snap gambar ayam penyet sendiri tadi
Masing-masing dah kelaparan..haha
Makan dia macam dalam gambar ni la

Ayam penyet dia ok cuma agak kering sebab takde sup sebagai side dish dia
Makan kering camtu jelah
Bagi Aini sambal dia pedas yang amat (Aini takleh tahan pedas)

Adik bersama Yusuf & Zulaika
Aini tengah beratur nak order makanan
Comel je Yusuf pakai jubah.
Setiap hari Jumaat Yusuf suka pakai jubah pi taska
Dia selalu jadi imam pada semua pelajar di taska tu untuk solat Dhuha.

Kat kedai dorang la paling riuh..ada je nak bercerita..
Sambil bercerita sambil suap dorang makan.
Alhamdulillah masing-masing dah kenyang.

Minggu depan nak macam ni lagi kata dorang.
Kene decide siap-siap lah nak makan apa plak minggu depan nanti..janji makan nasi.

Sebelum balik, Aini singgah 7E belikan dorang ice-cream
Ajak dorang masuk pilih la nak ice-cream mana..
Zulaika nak yang rainbow padapop tu
Yusuf Connetto Vanilla

Adik whatsapp Aini balik rumah td terus makan ice-cream
and now tengah hyper main..hahaha

With Love,
Aini

3 comments:

  1. Pernah makan nasi ayam gepuk ni. Tapi tak leh masuk 😅. Sekali jer beli lepas tu tak repeat dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe ye ke.. Aini pun ckp dgn adik ni 1st and last kot..hehe

      Delete
  2. Seronok jugak kalau every week dapat makan sama-sama. Kalau jenis suka makan berkuah, agak tak best jugak makan hidangan kering. Saya pulak jenis kurang suka berkuah. Ada sambal tu dah kira okay dah.

    ReplyDelete

Thank you for dropping at Aini's blog.

Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For further inquiry kindly email me at noorainimohdhalim@gmail.com

Happy Blogging (^_^)

Labels

Followers