Pages

Followers

Ceret atau cirit


Dulu Aini tak pandai cakap bahasa melayu mahupun bertulis dengan cara yang baik.
Even now Aini rasa Aini masih belajar lagi untuk menulis dan bercakap bahasa melayu dengan betul

Hubby Aini suka ketawakan Aini kalau Aini cakap terbalik..Nakal tau..
Masa Aini mula kenal dia lagi la bahasa Aini macam ntah apa-apa sangat.


Ayat yang paling dia tak boleh lupakan "Ceret"
Aini cakap kat dia Aini kene cirit tapi Aini cakap ceret.
Hubby rasa simpati kat Aini dan ketawa at the same time.
Hubby betulkan ayat
 "Cirit lah... bukan ceret.. Ceret ni orang yang masak air tu.."

Pastu nak hilangkan rasa malu Aini cakap la balik kat hubby
"betul lah Aini cakap" haha
Padahal dalam hati "Ohh ye ke.." haha

Tadi terbaca satu blog ni pasal GG komik.
Sebab tu teringat zaman Aini darjah 6 dulu.
Sekolah di SRK Taman Sri Andalas, Klang.
Tahun 1997 - Aini baru balik dari Sydney Australia.
Ada banyak majalah gila-gila zaman 90an pada masa tu yang parents Aini bawa ke sana.

Tinggal di sana bersama family selama 5 tahun.
So from year 1 to year 5 Aini sekolah di sana.
Sebab tu bahasa Melayu Aini tak berapa mahir lagi.
I guess until now.
Hampir setiap malam kecuali Ahad ada cikgu tuition ni offer diri pada parents Aini
Untuk mengajar Aini & adik belajar Bahasa Melayu.
Masa tu Aini agak stress sebab balik dari Australia Aini kene ambil UPSR.
Dah la semua subjek Bahasa Melayu kan..?

So one day, Cikgu ni.. Nama dia Cikgu Kushairi tak silap..Ingat-ingat lupa nama dia
Dia tanya Aini "Ada baca buku Bahasa Melayu tak"
Sebab dia galakkan Aini & adik baca buku Bahasa Melayu 
Aini jawab lah "Ada"
Cikgu tanya balik "Buku apa?"
Aini jawab, "Buku Gila-Gila"
Terus Cikgu ketawa dan geleng kepala..
Aini & Adik pandang sesama sendiri buat muka tanda soal..

Bila dah masuk sekolah menengah baru la Aini & adik faham kenapa cikgu ketawa.
Tulah al-kisahnya serba sedikit pasal Aini..haha

Dalam banyak blog post Aini ni ada bahasa macam tunggang terbalik tak..? haha
Takpe klau nak jawab dengan jujur
Kita tak marah pun..hehe

Topik ni pun kisah diri Aini je 😂

With Love,
Aini

6 comments:

  1. Gila-gila pun gila-gila lah, lebih menyerap hehe

    ReplyDelete
  2. Nampak... betapa bagusnya buku GILA-GILA...

    kah kah kah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu uncle...
      Gila-gila la senang faham..haha

      Delete
  3. Ammi yg tak duduk Sydney pun bahasa melayu berterabur. Ammi kat rumah biasanya cakap mix languages..campur 5 bahasa sekali harung boleh ada.

    Kadang-kadang anak-anak dan suami suka gelakkan ammi sebab ammi cakap terbalik

    As long as kita semua paham sudah..

    BTW...awak tukar baju blog ke? ke ammi yg perasan mcm lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe betul tu..janji semua faham apa kita nak sampaikan walaupun lucu bagi dorang kan..

      Agak baru lah juga dlm 2 minggu lebih macam tu..
      Susah nak cari baju blog yang berkenan di hati..hehe

      Delete

Thank you for dropping at Aini's blog.

Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For further inquiry kindly email me at noorainimohdhalim@gmail.com

Happy Blogging (^_^)