Pages

Tanda kene batu karang

 Assalamualaikum..

Kelmarin Aini MC.. buat pertama kali Aini sakit pinggang dan perut sangat2.. tepat jam 3 pagi Aini rasa nak buang air kecil.. bila nak sambung tido tiba2 pinggang kanan Aini menyucuk yang teramatlah kuat sampai ke rahim. Aini dah tak tahan sangat sampai nangis terus kejut hubby.


Hubby bangun gosok minyak panas pastu bagi ubat gastric. Sebab Aini rasa mcm gastric pun ada cuma dia start dari tepi. Selalunya di ulu hati tapi bukan.

Dari jam 3pagi sampai la kul 6.30pagi masih tak hilang sakit tu tapi dah makin kurang sebab ada sapu minyak panas so lega la sikit.

Lepas jam 7 pagi ke atas sakit tu makin hilang tapi ada rasa sakit yang ringan2..
Aini pun pi la klinik panel hubby. Bila dah jumpa doctor, Doc tanya air kencing ada kuar darah tak..?
Aini jawab xde.. Doc kata kemungkinan batu karang.
Aini dah macam down giler. Doc suruh buat urine test.
Bila jumpa Doc balik Aini sah ada batu karang sbb ada mark darah walaupun xde nampak darah pun.
Dia ada guna alat apa ntah untuk detect penyakit melalui air kencing.

Doc kata Aini ada batu karang and kencing kotor.
Aini dikira minor.
Mungkin dulu Aini pernah tahan kencing dan mungkin juga pemakanan.

Sejak awal bulan Oktober ni aini kerap minum air kosong.
Mmg tak miss la minum air kosong.. 
Boleh katakan lebih 8 gelas sebab Aini ada install Meal Reminder.
Certain time dia akn bunyi alarm suruh kite pi minum air kosong.


Ni la Apps dia. (Meal Reminder)

So dalam tempoh 5 hari ni, Doc bagi ubat untuk pecahkan batu karang.
Bila kite buang air kecil batu tu akan keluar sekali.

So..advice Aini jangan la tahan kencing.
Memang ramai wanita suka tahan kencing sebenarnya.
Even since teenager lagi.
Kerapkan minum air kosong ya..

Bagi yang takde batu karang amalkan seperti dibawah ni ya.

Minum air dengan banyak. Cecair seperti teh dan sup juga dikira.

*
Tambah jus lemon ke dalam air anda

*
Elak minuman berkarbonat

*
Jangan mengambil terlalu banyak garam.

*
Pastikan anda minum banyak air jika air kencing berwarna gelap dan pekat.

*
Teruskan minum air sehingga air kencing berwarna jernih.


1hb November ni Aini kene jumpa doc balik tengok result macam mana..
Doakan Aini sembuh ya. Aini takut kalau kene jumpa pakar. huhu

With Love,
Aini


4 comments:

  1. Semoga baik-baik aja.
    Aahkan..memang suka tahan kencing pun especially bila tidur malam. malasnya nak bukak mata

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Ammi.. hmm tuler tgh malam buta mmg malas sungguh tapi gagah bangun juga la..

    ReplyDelete
  3. Salam ziarah..teringat wife saya selalu ngadu sakit perut..Ya Allah mohon sihat ya..doa pada Allah..usahakan juga ke hospital atau klinik..wife dah ke klinik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenalan.. terima kasih diatas doa Etuza.

      Delete

Thank you for dropping at Aini's blog.

Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For further inquiry kindly email me at noorainimohdhalim@gmail.com

Happy Blogging (^_^)

Followers