Assalamualaikum..
Hampir sebulan menyepikan diri..
2 bulan kerja di tempat baru dan dalam pada masa yang sama mother in law (MIL) jatuh
di kampung sehingga tulang kaki kirinya patah.
Aini bersama suami bawak balik MIL ke rumah Aini di Puncak Alam untuk menjaganya sehingga dia pulih. Dari bulan Ogos sehingga Oktober kami menjaganya.
Kerja Aini mcm mana pula..?
Ya, memang agak mencabar. Waktu masuk kerja 8.30..
Sebelum tu Aini pi siapkan Aisyah dan hantar Aisyah ke sekolah.
Tau la budak ni klau nak pi sekolah, banyak ragamnya..
Pastu belikan breakfast untuk MIL dan siapkan makanan dia di meja makan..
Aini kerap balik rumah untuk tengokkan MIL bila waktu lunch..
Kerja di ofis tetap diteruskan seperti biasa.
Aini dah terus terang pada boss pasal condition MIL.
mula2 dia ok, tapi pada hujung September dia bagi surat notis.
Bila baca surat tu, Aini terdiam.. hanya air mata je yang keluar tanpa kata-kata..
Staff kewangan sebaya dengan Aini pujuk Aini untuk terus kuat.
Dia pun rasa simpati dan dia tak mampu nak buat apa2.
Aini termenung seorang diri di bilik
Cakap kat diri sendiri, mungkin tempat ni bukan sesuai untuk Aini
Tiba untuk menjaga MIL sehingga dia sembuh.
Pada masa tu Aini hanya luah pada adik.
Malam pula, Aini tunjuk surat pada suami.
Dia jawab, Aini tak salah. Ini semua bukan kehendak kita.
Mungkin semua ni ada hikmahnya.
Rezeki ada di mana-mana dan terus pujuk Aini..
Mama Aini cakap, Aini dapat pahala besar menjaga MIL
Mama Aini kata dia nampak Aini struggle jaga dia, makan minum, uruskan rumah,
suami & aisyah lagi..
Dengan kata2 mama Aini tu membuatkan Aini rasa lega dan semangat untuk move on.
Semoga selepas ni ada lah rezeki yang lebih baik buat Aini sekeluarga..InsyaAllah..
With Love,
Aini
semoga MiL Aini segera sembuh dan InsyaAllah ada hikmahnya dan InsyaAllah ada rezeki lebih baik untuk Aini kelak
ReplyDeleteSemoga bertabah menghadapi dugaan.
ReplyDeleteAda hikmah di sebalik kejadian.
InshaAllah, ada hikmahnya, akan ada rezeki yang lebih baik menunggu dan semestinya ladang pahala kerana ikhlas menjaga seorang ibu.
ReplyDeleteAllah...biarlah kita hilang pekerjaan yang rezekinya insyaallah ada ditempat lain daripada hilang nikmat menjaga ibu ayah kita. ibu ayah tak boleh dicari ganti
ReplyDeleteNak luah mati emak, nak ditelan mati bapak.. Minggu lepas baru saya panggil staff saya. Serupa kes macam awak ni.. Masa rehat tengah hari keluar untuk melihat mak mertua yang tidak sihat. Saya simpati juga, tapi dalam masa yang sama perlu tegur juga sebab mengambil masa lebih 2 jam rehat..
ReplyDeleteklau lebih dari 2jam selepas waktu rehat tu mmg susah juga.. so far saya xde sampai lebih 2 jam.. Tapi saya redha dgn ujian saya ni.. mungkin ini adalah terbaik utk menjaga mertua saya sehingga sembuh.
Delete