Pages

Salam Jumaat - Rukun Solat



Mari kita perbetulkan! Rukun solat ada 13 semuanya iaitu:
1. Berdiri tegak bagi yang mampu berdiri ketika solat fardhu. Manakala, bagi yang tidak mampu disebabkan oleh svkit dan sebagainya bolehlah melakukannya secara duduk, berbaring, terlentang, atau dengan menggunakan isyarat.

2. Hendaklah berniat untuk melakukan solat. Contohnya, kalau solat Maghrib, mestilah niat di dalam hati untuk bersolat Maghrib.

3. Takbiratul ihram iaitu dengan lafaz “Allahu Akhbar”

4. Membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat. Bacaan mestilah dalam bahasa Arab dan didengari oleh diri sendiri.

5. Rukuk dengan tama’ninah. Rukuk adalah dengan meletakkan kedua tapak tangan ke lututnya sementara kepala dan belakang selari dengan punggung iaitu pada kadar 90°. Tama’ninah pula bermaksud kita diam sebentar sebelum meneruskan rukun seterusnya.

6. Iktidal adalah bangkit dari rukuk supaya kembali kepada kedudukan berdiri tegak beserta dengan tama’ninah. Kadar masa tama’ninah tidaklah lama iatu sekadar satu tasbih sahaja.

7. Sujud dua kali dengan tama’ninah. Ada tujuh anggota sujud iaitu dahi, kedua-dua tapak tangan, kedua-dua lutut dan hujung jari kedua-dua kaki. Sujud mestilah dalam keadaan punggung lebih tinggi daripada kepala.

8. Duduk antara dua sujud dengan tama’ninah.

9. Duduk tasyahud/tahiyat akhir dengan tama’ninah.

10. Membaca tasyahud/tahiyat akhir.

11. Membaca selawat ke atas nabi Muhammad SAW pada tasyahud/tahiyat akhir.

12. Memberi salam yang pertama.

13. Tertib iaitu mengerjakan solat mengikut turutan. Oleh itu, tidak boleh mana-mana rukun yang kemudian dilakukan mendahului yang lebih awal

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua. 

Selamat beramal… 🤗

With Love,
Aini

1 comment:

Thank you for dropping at Aini's blog.

Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For further inquiry kindly email me at noorainimohdhalim@gmail.com

Happy Blogging (^_^)

Labels

Followers