Pages

Bukan kali pertama tapi kali kedua

Assalamualaikum,

Baru-baru ni boss update di FB pasal perbuatan manusia yang suka buat benda syirik.
Ia berlaku tempat Aini bekerja.
Bengkel kereta yang non-stop orang datang untuk buat penyelenggaran/servis kereta.
Budak-budak sini buat kerja memang jujur dan ikhlas.
Itu apa yang Aini nampak dorang buat kerja sepanjang Aini kerja hampir setahun.

Ya, pada mulanya Aini tak percaya sebab dorang pun tak pernah cerita pada Aini.
Yelah buat apa nak buka cerita kalau benda ni dah lepas kan..?
Tapi kali ni, mungkin disebabkan boss Aini dah tak tahan maka dia post juga di FB.
Berkemungkinan orang tu juga ada follow FB boss atau pun mungkin sebagai stalker.

Benda ni rupanya dah berlaku sebelumnya bulan puasa.
Ada customer bagi tau staff dia lalu depan kedai nampak tutup..
Padahal bengkel ni sentiasa buka kecuali hari ahad.
Dan customer lalu di waktu hampir tengah hari.. So what you guys expect..?

Ada juga manusia yang masih guna benda-benda syirik ni kan..?
Walaupun dah zaman modern tapi kalau manusia ni masih percaya pada bomoh memang akan sanggup buat apa saje. Takboleh nak tengoko member ni berjaya dalam bisnes.

Sejak Aini kerja sini Aini sentiasa buka surah Ayat Kursi, Zikir berjam2.. Surah Ruqyah dll..
Boss macam dapat tahu siapa cuma dia hanya berdiam diri dan tak bagi tahu sape2..
Semoga Allah lindungi kami semua.









P/s: Sekarang dan boleh solat jumaat selalu Aini akan duk sorang2 dalam bengkel. tapi dah dengar cerita ni takut la pula..huhu

With Love,
Aini

3 comments:

  1. Kadang tak tahu nak cakap apa. Hidup zaman moden tapi mental zaman jahiliyah. Sedihkan.

    ReplyDelete
  2. kadang2 pelik sangat dengan orang yg sanggup guna syirik ni, tak takut mati ke? huhu

    ReplyDelete

Thank you for dropping at Aini's blog.

Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For further inquiry kindly email me at noorainimohdhalim@gmail.com

Happy Blogging (^_^)

Labels

Followers