Pages

Macam biasa tetapi bahaya




MACAM BIASA TETAPI BAHAYA

1. Seorang sahabat bertanya : “Berapa gajimu sekarang disini?”, 

Maka dia menjawab: “Cuma RM1200 sahaja”

“La banyak tu sahaja, cukup ker nak hidup di bandar besar nie?”

Sejak saat itu, sahabat kita mula membenci pekerjaan yang dia suka dan bahagia selama ini. Ketika dia meminta dari majikan untuk dinaikkan gaji dan ditolak hingga akhirnya dia diberhentikan kerja dan tiada pendapatan hingga kini. 

2. Ketika undangan seorang saudara dekat kita bertanya: “Wah, makin ramai ya anak kau ya Jemah, tak sempit ka rumah macam nie?”. 

Rumah yang selama ini kita rasa lapang dan bahagia mula rasa sempitnya. 

Kebahagian rumah tanpa hutang kita mula memikirkan untuk beli kediaman yang lebih besar dengan hutang besar yang baru. kita mula hilang rasa bahagia dari kediaman kecil kita.

3. Bapa saudara datang berkunjung untuk melihat adiknya yang baru melahirkan anak kecil: “Dapat hadiah apa kali ini dapat anak baru nie?” “Tak da lah bang” Jawab adiknya pendek sahaja. 

Maka bapa saudara ini berkata; “Takkan lah tak kasi apa apa, pakcik baru hadiahkan makcik kau sempena habis kelas mengaji dengan gelang bunga ketum baru baru nie”.

Bila petang sang suami pulang, sang isteri mula masam muka memikirkan dia tidak beruntung bernikah selama ini, sejak itu mula jadi sensetif dan rasa tidak dihargai. 

Bila sedikit pergaduhan berlaku akhirnya membawa kepada penceraian. 

Dari mana puncanya? 

Dari pertayaan sederhana saudara kita sendiri akhirnya. 

4. Seseorang bertanya kepada pasangan ibubapa yang tua di kampung: “Berapa lama dah anak kau tak balik nie Musalmah?” “dah masuk 3 bulan tak boleh balik nie Rosmah”. 

Maka yang bertanya sambung lagi; “ish anak anak aku balik jer tiap tiap bulan waktu PKP ini. Pandai pandai la diorang cipta alasan dan cari jalan”.

Maka hati ibubapa tua ini menjadi sempit, mula membanding bandingkan anaknya dengan anak tetangganya tadi. 

Dari dia redha selama ini, akhirnya dia mula berasa sedih sebab anak tak hargai dan mula rasa sakit sebab banyak bersedih hati. 

Kawan kawan yang mulia, 

Apa sebenarnya keuntungan yang kita dapat ketika kita bertanyakan persoalan ini?

Jagalah diri dan janganlah mencampuri urusan kehidupan orang lain. Jangan kecilkan dunia orang berdasarkan kacamata kita. 

Kita akan menjadi ejen kerosakkan dimuka bumi ini, tanya diri kita apakah kita sedang menjadi api yang menyalakan sumbu pelita kemusnahan pada orang lainnya. 

Setiap dari kita ada neraca bahagia yang berbeza beza, raikan perbezaan ini kawan kawan

.

.

Sumber : Jom Dakwah


With Love,

Aini

3 comments:

  1. ada kawan pernah pesan kat uncle... "Kita jaga dalam pagar kita, dia jaga dalam pagar dia..."

    ReplyDelete
  2. thanks for sharing is caring,. ;p

    salam ramadhan almubarak

    ReplyDelete

Thank you for dropping at Aini's blog.

Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For further inquiry kindly email me at noorainimohdhalim@gmail.com

Happy Blogging (^_^)

Labels

Followers