Pages

RAHSIA DI SEBALIK CIUMAN LELAKI

BE jumpa satu web mengenai rahsia di sebalik ciuman lelaki.. Ntah macam mana BE leh terjumpa ni.. Actually BE nak hilangkan ngantuk n' saje nak baca tanda2 tarikh lahir dan sebagainya tapi tajuk ni wat BE tertarik.. maybe readers pun leh kongsi bersama kwn2 yg lain.. (^_^)


Apakah tanda di sebalik ciuman suami atau pasangan anda?
Tahukah anda di sebaliknya ada tersirat rahsia? Ya! Apakahrahsia di sebalik sebuah ciuman? Kalau si lelaki atau pun wanita dilihat sedang mencium manja seorang kanak2 kecil yg comel, ia boleh dilihat sebagai tanda kasih dan minatnya terhadap si kecil itu. Ia suatu petanda sayang dan prihatinnya terhadap kanak2 itu.Tetapi apabila ada pasangan lelaki mencium atau mengucupi wanita, apakah tanda dan rahsia di sebaliknya? Sesungguhnya kucupan atau ciuman seorang pasangan lelaki terhadap pasangan wanitanya itu terselit rahsia yg perlu anda ungkapi dan fahami persiratannya. Ia mempunyai makna-makna tertentu dan kita akan seronok apabila benar2 dapat menyingkapnya. Ia memudahkan anda utk memahami sikap si dia. Ciuman pada bahagian2 tertentu di tubuh wanita mempunyai rahsia yg berbeza lagi tersendiri.

Ciuman atau Kucupan pada Tangan
Jika seorang lelaki mencium belakang tangan anda, itu tandanya si dia
menyanjung dan menghormati anda. Lelaki atau sesiapa sahaja yg
bersopan akan mengucup orang yg dihormati dan disanjunginya pada
bahagian belakang tangan orang yg berkenaan. Ini biasanya dilakukan
oleh seorang anak terhadap ibu bapanya, seorang bawahan ke atas
atasannya, seorang murid terhadap gurunya dan seterusnya....
Jarang berlaku seorang lelaki mengucup tangan pasangan wanitanya,
apatah lagi seorang suami kepada isterinya. Jika berlaku juga
sedemikian, itu menandakan si lelaki berkenaan benar-benar
menyanjungi dan menghormati wanita tersebut sebagai seorang yg
istimewa dalam hidupnya.

Ciuman di Dahi
Selalu juga kita saksikan seorang lelaki mencium pasangan wanitanya
di dahi. Apakah tandanya? Jika anda pernah dihadiahkan sebuah kucupan
di dahi ,itu tandanya si dia begitu kasih terhadap anda. Dan kasihnya
begitu kudus. Anda dapat berasakan getaran kasihnya pada
anda begitu syahdu.

Ciuman Sayang
Jika pasangan anda mengucup anda di pipi, itu tandanya si dia sayang
pada anda. Malah jika anda sedang marah dan dia tiba2 mencium pipi
anda, itu maknanya dia tetap sayang pada anda walaupun apa yg
terjadi. Malah ciuman sayang di pipi sering dihadiahkan oleh sang
suami kepada isteri dalam suasana gurau senda dan ceria. Begitu juga
apabila suami baru pulang dari kerja atau berjalan jauh, satu ciuman
di pipi menandakan dia sayangkan anda, rindukan anda dan cintanya
pada anda terus bersemi.

Ciuman Cinta
Saat anda sedang berdiri, tiba2 suami anda datang sambil memegang
kedua pangkal lengan anda. Lalu anda dan dia saling berhadapan
sehingga wajah anda bertembung dengan wajahnya.Lalu sebuah kucupan
hinggap di bibir anda. Itu tandanya sebuah ciuman cinta sedang
ditebarkan. Anda tetap dicintainya, bahkan kian hangat sehangat
ciuman yang terhinggap.

Kucupan dari Belakang
Pernahkan anda dikejutkan oleh suami anda dengan kucupan dari arah
belakang? Contohnya sedang anda sibuk mencuci pinggan, tiba2 pasangan
anda menerpa dari arah belakang danmengucup tengkuk dan pipi anda.
Ini menunjukkan betapa pasangan anda begitu geram terhadap anda. Dan
anda pun terasa terngiang bulu roma di saat itu. Namun anda patut
berasa senang hati kerana tahu tahu betapa dia terngidamkan anda!

~BrightEye~

3 comments:

Thank you for dropping at Aini's blog.

Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For further inquiry kindly email me at noorainimohdhalim@gmail.com

Happy Blogging (^_^)

Labels

Followers