Pages

SURAH YAASIN - Pengertian setiap ayat

Assalamualaikum

SURAH YAASIN - PENGERTIAN SETIAP AYAT



Ayat 1 - 9 
Untuk keselamatan diri

Ayat 9
 Orang jahat tak nampak kita.

Ayat 12 
Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

Ayat 13 - 35
Mengisahkan orang-orang yang màti syahid. 

Ayat 22 - 23
Untuk menjaga aqidah memberi hidayah kepada anak.

Ayat 29
Sebagai amalan untuk mengelakkan diri daripada difitnah dan kejahatan mulut.

Ayat 29
Untuk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah atau aniaya kita.
Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tersebut.

Ayat 30
Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t.
(harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).

Ayat 32 
Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.
Caranya - Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t,
kita umat Muhammad s.a.w, kita orang Islam dll.

Ayat 33 - 35 
Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.

Ayat 36 
Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan.
Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.
Caranya : Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Ayat 37 
Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri... Hati yang kering akan hidup semula.

Ayat 38 
Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 39 
Mengisahkan ilmu falak.

Ayat 40 
Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 41
Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal, elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.

Ayat 44 
Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - dibaca untuk menjauhkan fitnah dalam hidup.

Ayat 45 - 48
Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.

Ayat 49 
Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
Tiupan pertama - Datang dengan tiba-tiba
Tiupan ke-dua - Hancur
Tiupan ke-tiga - Semua orang dihidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar.

Ayat 50 
Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.

Ayat 58 
Merupakan salam daripada Allah.
Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3 kali.

Ayat 76 
Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan. 

Ayat 76 
Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tersebut.

Ayat 78 - 79 
Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. 
Untuk doa bermula daripada ayat yang bermaksud :
"dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?" 
(Ayat 78 dan 79) - Bacalah jika sàkit tulang, uràt atau tulang patah.

Ayat 79 
"Katakanlah, yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali.
Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."

Ayat 82 
Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu, bacalah 100 kali.
Dibaca pada air dan minum selama 40 hari.
Perlu Baca Dengan Penuh Keyakinan..

Sumber : Noami Mohd Nor




3 comments:

Thank you for dropping at Aini's blog.

Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For further inquiry kindly email me at noorainimohdhalim@gmail.com

Happy Blogging (^_^)

Labels

Followers