Pages

Salam Jumaat

 


Agar Hajat Dimakbulkan Allah


سَلَـٰمٌ۬ قَوۡلاً۬ مِّن رَّبٍّ۬ رَّحِيمٍ۬


(Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani.

Barang siapa yang membaca Surah Yasin ayat ke 58 sepenuhnya dengan penuh keikhlasan dan keyakinan iaitu dalam bahasa rumi, Salaamun Qaulan Min Rabbin Rahim, diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat yang baik.

Insya Allah dengan izin Allah, semua niat dan hajat kita itu akan dikabulkan.

Anda bolehlah niatkan seperti berikut:

1 - YA-ALLAH YA-RAHIM, 
ampunkan dosa-dosaku, dosa saudara-maraku dan dosa kaum muslimin yang lain.

2 - YA-ALLAH YA-RAHMAN, 
kurniakan kepadaku isteri atau suami serta anak-anak yang soleh/solehah dan mencintai agamaMu 
Ya Allah.

3 - YA-ALLAH YA-RAZZAK, 
kurniakan kepadaku rezeki yang berkat, pekerjaan yang baik serta kejayaan didunia dan akhirat.

4 - YA-ALLAH YA-JABBAR, 
makbulkan segala hajatku dan juga pemberi maklumat yang aku perolehi ini.

5 - YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, 
jauhkan aku dari sifat hasad dengki, khianat dan mun*fiq.

6 - YA-ALLAH YA-WADUUD, 
kurniakan aku dan seluruh umat islam yang beriman dengan kesihatan zahir dan batin.

7 - YA-ALLAH YA-ZALJALAA LIWAL IKRAM, 
makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku.


Sampaikan ilmu atau pengetahuan dakwah ini kepada keluarga, saudara mara, sahabat anda dan sesiapa sahaja seramai yang boleh dengan apa cara sekalipun. Zaman serba moden ini, kita mampu menyampaikan apa yang kita tahu hanya melalui hujung jari kita.

Allahumma Ya ALLAH, tanamkan di hati kami perasaan senantiasa rindu kepada-Mu, sentiasa ingatkan kami tentang dahsyatnya hari akhirat-Mu agar hambaMu tidak tertipu dengan nikmat dunia yang sementara.

Ya ALLAH, Ya Tuhan kami, Penguasa hati kami, tetapkanlah hati kami dalam taqwa dan istiqomah supaya tetap berada dijalan-Mu hingga ke akhir hayat kami. Aamiin Ya Rabbal’alamin.

Ya Allah, Ampunilah dosa-dosa kami, berkatilah kami, rahmatilah kami dan berikanlah kami hidayah-Mu supaya kami sentiasa dekat kepada-Mu hingga ke akhir hayat.

Aamiin Ya Rabbal A’alamin 🤲🤲🤲

sumber:
JomDakwah

6 comments:

Thank you for dropping at Aini's blog.

Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For further inquiry kindly email me at noorainimohdhalim@gmail.com

Happy Blogging (^_^)

Labels

Followers