Pages

Cucur udang opah

Assalamualaikum

Cucur udang opah.
Turun temurun dari family Aini buat ni.
Dari masa uncle aunty mama Aini kecil
dorang akan makan ni.

Dan dah turun ke Aini pula.
Masa mula kahwin hubby first time rasa cucur udang macam ni
Kalau tak dia biasa makan cucur udang akan letak seketul di tengah cucur tu kan.
Tapi family opah Aini buat cara yang macam ni.
Puas makan katanya.

So mostly hubby akan request Aini buat bila rasa nak makan cucur udang.
Kadang-kadang hujung minggu petang2 tu Aini akan buat la..
Cumanya Aini tambah kentang and carrot.
Tu resipi mama Aini tambah..
Still sedap.


Bahan-Bahan:
 Kentang 1 biji - dipotong dadu kecil
6 biji bawang merah - dihiris halus
Daun Kuchai 1 ikat - dipotong dalam 1 inci
Taugeh.. (dalam gamabr takde taugeh dah habis..hehe)
Carrot setengah biji - dipotong halus. (Aini guna shredder je senang)
Cili merah 2 atau 3 biji (biji dibuang dan blend)
Telur 1 biji
1 sudu minyak
Garam sekucup rasa
Tepung 2 cawan






Tepung 2 cawan..(ikut sukatan you all sendiri, Aini pakai agak je tu)
Jangan lupa telur ya

Gaul semua bersama air panas dan minyak 1 sudu besar (untuk bagi rangup)
dan garam secukup rasa..

Goreng-goreng siap..
Kruppp Krupp bunyi dia..

Selamat mencuba..

Wit Love,
Aini

 

Salam Jumaat

 


Agar Hajat Dimakbulkan Allah


سَلَـٰمٌ۬ قَوۡلاً۬ مِّن رَّبٍّ۬ رَّحِيمٍ۬


(Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani.

Barang siapa yang membaca Surah Yasin ayat ke 58 sepenuhnya dengan penuh keikhlasan dan keyakinan iaitu dalam bahasa rumi, Salaamun Qaulan Min Rabbin Rahim, diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat yang baik.

Insya Allah dengan izin Allah, semua niat dan hajat kita itu akan dikabulkan.

Anda bolehlah niatkan seperti berikut:

1 - YA-ALLAH YA-RAHIM, 
ampunkan dosa-dosaku, dosa saudara-maraku dan dosa kaum muslimin yang lain.

2 - YA-ALLAH YA-RAHMAN, 
kurniakan kepadaku isteri atau suami serta anak-anak yang soleh/solehah dan mencintai agamaMu 
Ya Allah.

3 - YA-ALLAH YA-RAZZAK, 
kurniakan kepadaku rezeki yang berkat, pekerjaan yang baik serta kejayaan didunia dan akhirat.

4 - YA-ALLAH YA-JABBAR, 
makbulkan segala hajatku dan juga pemberi maklumat yang aku perolehi ini.

5 - YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, 
jauhkan aku dari sifat hasad dengki, khianat dan mun*fiq.

6 - YA-ALLAH YA-WADUUD, 
kurniakan aku dan seluruh umat islam yang beriman dengan kesihatan zahir dan batin.

7 - YA-ALLAH YA-ZALJALAA LIWAL IKRAM, 
makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku.


Sampaikan ilmu atau pengetahuan dakwah ini kepada keluarga, saudara mara, sahabat anda dan sesiapa sahaja seramai yang boleh dengan apa cara sekalipun. Zaman serba moden ini, kita mampu menyampaikan apa yang kita tahu hanya melalui hujung jari kita.

Allahumma Ya ALLAH, tanamkan di hati kami perasaan senantiasa rindu kepada-Mu, sentiasa ingatkan kami tentang dahsyatnya hari akhirat-Mu agar hambaMu tidak tertipu dengan nikmat dunia yang sementara.

Ya ALLAH, Ya Tuhan kami, Penguasa hati kami, tetapkanlah hati kami dalam taqwa dan istiqomah supaya tetap berada dijalan-Mu hingga ke akhir hayat kami. Aamiin Ya Rabbal’alamin.

Ya Allah, Ampunilah dosa-dosa kami, berkatilah kami, rahmatilah kami dan berikanlah kami hidayah-Mu supaya kami sentiasa dekat kepada-Mu hingga ke akhir hayat.

Aamiin Ya Rabbal A’alamin 🤲🤲🤲

sumber:
JomDakwah

Sup Utara Meletop - Tak berapa nak meletop lah

Sempat keluar kejap untuk pergi DIY..
Nak beli mangkuk plastic untuk makan di ofis.

Since I already bought a bowl I decided to buy a kueh teow soup.
Jemu pula nak makan nasi
So Aini beli sup je lah di tempat Aini pergi gerai-gerai tepi jalan tu

Dah park kereta terus nampak gerai tulis Sup Utara Meletop
So my imagination was like a real thick hot soup.
Dah beli tu terus singgah beli air pula.

Dah balik ofis basuh mangkuk dulu 
Selepas buka plastic yang dia isi kueh teow tu mengecewakan.. 
Kueh teow tu ketul-ketul
Means dia just keluarkan dari bekas plastic kueh teow and terus masuk dalam plastic bungkus

You all faham kan maksud Aini?

I was like errrr tapi lapar punya pasal letak kuah yang masih panas tu
Berderai lah juga tapi sangat oily sebab dia tak basuh
Itupun ada yang tak berderai..masih melekat tebal

Aini kalau nak masak kueh teow or mee ke 
Aini akan rinse dulu..buang minyak-minyak dia dan bagi berderai 
so nak makan rasa best la..

Ni jadi ketul2.. adehh camne ni..

There's no greens even bawang goreng

I'm sorry..I just give you 3/10
daging keras..sakit gusi I tau..
Harga RM5

You all lunch apa hari ni..?

With Love
Aini



Tenang dengan zikir

Assalamualaikum..

Hari ni agak penat buat kerja sejak kelmarin lagi.
Semalam worse la.. kepala rasa berat
Bukan sebab tak sihat tapi disebabkan kerja di pejabat.
Satu..satu problemnya..
Yang buatnya seorang

Biasa Aini akan pasang radio Lite.fm ataupun Sinar.fm
Tapi kepala jadi serabut bila dengan pelbagai lagu dan DJ bercakap ketawa-ketawa
Stress dibuatnya.

So Aini buka youtube pasang zikir je..
Alhamdulillah rasa sangat tenang walaupun kepala rasa berat
But the feeling is totally different when you listen or recite Al-Quran
just whenever you are in any kind of emotional.

Hari ni pun pasang zikir dari pagi sampai ke lunch.
Dan sekarang pasang healing music (lebih pada relax music)

Setiap malam nak tidur 
Aini & hubby akan pasang zikir sampai lah ke esok pagi..
Kita pun tidur dengan aman..


With Love,
Aini




Hello December

 Assalamualaikum..

Dah masuk bulan Dismeber dah ya..?
May Allah S.W.T bless us all..

💗

💗

💗

💗

💗

Aisyah umur 1 tahun 4 bulan

Geram la tengok dia..
Cepat je masa berlalu.
Dah 3 tahun 4 bulan dah dia

Semoga Noor Aisyah membesar dengan sihatnya dan menjadi anak yang solehah..
Aamiin..

With Love,
Aini

Giveaway by Nazfea Solehah & Arra Sephia

 


Masih sempat lagi nak join ya
Boleh klik gambar Giveaway

Good luck bagi yang join (^_^)

With Love,
Aini

What is Salary?

 Assalamualaikum..

Semalam was a very busy day.
Hari ni busy gak tapi nak blogging jap.. 
Maybe lunch hour leh blogwalking..
Hari ni kan last day bulan November 
So nak prepare untuk gaji staff esok.
Kita gaji setiap 1hb
Hubby kerja dengan kerajaan leh la pakai duit dia dulu..hehehe

Semalam balik 6.30pm, kalau tak kul 6pm Aini dah balik
Ni sebab bos ada discuss pasal kerja.. 
Nasib baiklah rumah dekat.
6.30pm keluar, 10minit dah sampai rumah sebab kereta dah tak banyak
Kalau keluar tepat 6pm, kereta akn jadi banyak 
Disebabkan traffic light yang cepat sangat hijaunya jadi yang dapat lepas 5 biji kereta je
Boleh kira dekat 3 atau 4 kali Aini duk stop sebab lampu merah tu..

Yeay esok gaji...

BUT

⮟
⮟
⮟
⮟
⮟
⮟
⮟
⮟
⮟
⮟
⮟


Truly indeed..


With Love,
Aini



Hari Isnin


 Mesti ramai TAK SUKA HARI ISNIN, kan? Hehe TAPI ingatlah

Hari Isnin adalah hari yang baik untuk berniaga.
Hari Isnin juga merupakan hari:
1. Naiknya Nabi Idris a.s ke langit..
2. Nabi Musa a.s berangkat ke bukit Thursina
3. Rasulullah s.a.w dilahirkan..
4. Malaikat Jibril turun kepada Rasulullah S.A.W buat kali pertama.
5. Amal perbuatan umat Nabi Muhamad dilapurkan pada hari Isnin.
6. Hari wafatnya Junjungan mulia…Nabi Muhamad S.A.W
7. Bukti keesaan ALlah diturunkan…”Qul huwallahu ahad”


With Love,
Aini


Ceret atau cirit


Dulu Aini tak pandai cakap bahasa melayu mahupun bertulis dengan cara yang baik.
Even now Aini rasa Aini masih belajar lagi untuk menulis dan bercakap bahasa melayu dengan betul

Hubby Aini suka ketawakan Aini kalau Aini cakap terbalik..Nakal tau..
Masa Aini mula kenal dia lagi la bahasa Aini macam ntah apa-apa sangat.


Ayat yang paling dia tak boleh lupakan "Ceret"
Aini cakap kat dia Aini kene cirit tapi Aini cakap ceret.
Hubby rasa simpati kat Aini dan ketawa at the same time.
Hubby betulkan ayat
 "Cirit lah... bukan ceret.. Ceret ni orang yang masak air tu.."

Pastu nak hilangkan rasa malu Aini cakap la balik kat hubby
"betul lah Aini cakap" haha
Padahal dalam hati "Ohh ye ke.." haha

Tadi terbaca satu blog ni pasal GG komik.
Sebab tu teringat zaman Aini darjah 6 dulu.
Sekolah di SRK Taman Sri Andalas, Klang.
Tahun 1997 - Aini baru balik dari Sydney Australia.
Ada banyak majalah gila-gila zaman 90an pada masa tu yang parents Aini bawa ke sana.

Tinggal di sana bersama family selama 5 tahun.
So from year 1 to year 5 Aini sekolah di sana.
Sebab tu bahasa Melayu Aini tak berapa mahir lagi.
I guess until now.
Hampir setiap malam kecuali Ahad ada cikgu tuition ni offer diri pada parents Aini
Untuk mengajar Aini & adik belajar Bahasa Melayu.
Masa tu Aini agak stress sebab balik dari Australia Aini kene ambil UPSR.
Dah la semua subjek Bahasa Melayu kan..?

So one day, Cikgu ni.. Nama dia Cikgu Kushairi tak silap..Ingat-ingat lupa nama dia
Dia tanya Aini "Ada baca buku Bahasa Melayu tak"
Sebab dia galakkan Aini & adik baca buku Bahasa Melayu 
Aini jawab lah "Ada"
Cikgu tanya balik "Buku apa?"
Aini jawab, "Buku Gila-Gila"
Terus Cikgu ketawa dan geleng kepala..
Aini & Adik pandang sesama sendiri buat muka tanda soal..

Bila dah masuk sekolah menengah baru la Aini & adik faham kenapa cikgu ketawa.
Tulah al-kisahnya serba sedikit pasal Aini..haha

Dalam banyak blog post Aini ni ada bahasa macam tunggang terbalik tak..? haha
Takpe klau nak jawab dengan jujur
Kita tak marah pun..hehe

Topik ni pun kisah diri Aini je 😂

With Love,
Aini

Cermin vs cermin tinted

 Assalamualaikum..

Happy weekend all..

Bagi yang bekerja hari ni macam Aini selamat bekerja. (Kerja half day je)
Bagi yang tidak bekerja pada hujung minggu ni selamat beristirehat.

Setiap hari Sabtu Aini kerja halfday dari jam 10am - 2pm
Kejap je.. kalau leka buat kerja tengok jam eh dah pukul 1pm..hehe
Best kan kalau tak kerja hari Sabtu..huhu
Sebelum Aini keluar tengok Aisyah, dia masih sedap tidur lagi.

Pagi ni ada customer 1 family..
Rasanya dorang nak pi kenduri kot sebab pakai cantik2 lagi.
Yang lucunya tingkap sebelah kiri Aini tinted macam cermin.
Memang orang luar tak nampak Aini di dalam.
Tapi yang buat Aini geli hati bila anak perempuan customer ni tengok la tingkap tu.
Masa tu Aini tengah layan phone jap.
Ingat dia nampak Aini sebab muka dia rapat sangat dengan cermin tingkap tu.
Rupanya tak sebab pantulan dari cahaya luar memang takkan nampak dalam
Budak tu tengah layan kecantikkan diri dia dalam 'cermin' tu..haha
Memang nampak cantik la sebab Aini nampak dia pakai gold eye shadow.


Dekat dia tu macam duduk sebelah kita tau.
Lepas tu giliran maknya pulak, sedang betulkan tudung dia..
Pastu pandang cermin tu lama-lama tengok diri dia..

Haha memang kelakar.
Kalau budak lelaki yang duk dalam ofis ni nampak orang buat camtu
Mau ada niat nak usik orang tu
Sama ada ketuk atau terjah orang
Macam hubby Aini suka buat kat Aini sejak zaman couple lagi..haha
Nakal tul hubby ni. Sampai sekarang lah dia suka terjah orang mostly pada Aini lahh..Haha

You all pernah kene terjah mengejut macam tu tak..?

With Love,
Aini

Labels

Followers