Pages

Menunggu food panda tak sampai lagi rupanya...

Assalamualaikum

Pagi tadi Aini bawa mama pi appointment di Klinik Kesihatan (KK) Bukit Cherakah, Jeram
Puncak Alam ni takde KK
Yang ada hanya KK ibu & anak je..
Tapi nak ke KK Bukit Cherakah dalam 10 min sampai dah
Settle hampir lunch hour sebab ramai sangat manusia kat sana
So Aini masuk keje selepas lunch la..

Balik rumah makan roti prata dengan sambal sotong lauk semalam
Pagi tadi breakfast air milo panas je..
Sedap plak makan cara camtu..
Macam makan di kampung
So kenyang lagi la, masa tu kul 1pm

Pukul 3pm perut dah bunyi keroncong
So Aini ordered Subway chicken wrap by food panda
Klau tengok timing within 15 mins dah siap and on d way dh
bila tengok map rider ni kat satu tempat tak bergerak
Aini cakap diri xkn budak ni sesat, so biarlah nanti jumpa la
Dah dekat 3.30pm Aini rasa lain
Terdetik nk buka chatting dengan rider
Rasa macam ada something wrong somewhere rider ni nape tak sampai2
Rupanya sangkaan Aini betul
Ada masalah kat motor dia..
Aini risau kalau dia kemalangan
Alhamdulillah bukan sebab kemalangan.. just motor dia je rosak..

Walaupun perut dah makin bunyi macam tong drum
Tapi Aini tahan jelah, dia sendiri pun kata dia akan hantar juga 
Dia dah ada kat bengkel dah
makanan pun dia kata belum ambik lagi
Siap sorry lagi kat Aini

Aini pun jawab la "xpe, take your time.."
Aini faham perasaan dia
Mesti dia rasa bersalah sangat nak hantar makanan lambat pada customer
Klau Aini pun macam tu..
Dah customer kene faham la kenapa dia lambat
Bukan dia sengaja lambat kan..

Macam kes video viral seorang betina maki rider org tua ni sebab lambat hantar makanan
Walaupun Aini tak tau cerita yang sebenar
Tapi kelakuan dia buat Aini benci dengan orang yang bersikap xde adab
Rider tu tua kot..hormat la skit, ini sampai campak makanan tu dpn pakcik tu
Apa punya manusia la..


Aini tanya dia kot Aini leh pi kat dia sbb dia dh dekat klau tgk pada maps la..
Tapi dia kata makanan dia tak ambik lagi..
Mungkin Rider lain xleh ambik alih sebab dia dh accept untuk ambik order kita
So tidak mengapalah, takde bende nak rush pun..

You all ada baca tak dalam utusan online baru-baru ni..??
Pemandu e-hailing ambik penumpang dia di Eco world puncak alam pada jam 11pm
Penumpang tu nak ke Alam Jaya, Puncak Alam
di mana kawasan tempat Aini bekerja sekarang
Bila pemandu tu dah sampai kawasan Alam Jaya tu
dia ada bau yang sangat busuk
bila dia toleh belakang tengok penumpang tu dah xde..

Hahaha..hantu zaman sekarang canggih kan?
Pandai guna grab bagai..hehehe
Jom baca

~Aini~



8 comments:

  1. tiba baca yang last sekali tu meremang pula bulu roma haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe suspen je kan.. tapi tuler tak sangka ada plak hantu kat area Puncak Alam ni..

      Delete
  2. Susah nak cari org yg betul2 memahami kak.. yg takda common sense pun ramai..

    ReplyDelete
  3. Tak pernah pula terfikir motorsikal boleh rosak.. Ujian juga buat para rider.

    ReplyDelete
  4. kalau orang tak sabar memang marah sahajalah bila barang yang diorder lambat sampai

    ReplyDelete
  5. betul2 tu...MA pun byk bertolak ansur dgn food panda or grab ni....diaorang pun kerja cari rezeki jugak mcm kita semua...
    emm..seram bab yg last tu...

    ReplyDelete
  6. Mujur dIa mesej bagitahu customer . Tak ada la customer pun trtunggu-tunggu kan

    ReplyDelete
  7. Ada sebab kukuh bukan sahaja dia tidak mahu hantar. Sabar sahaja.
    Lepas itu bagaimana? Pukul berapa dapat makanan?
    Seram pula kes terakhir itu.

    ReplyDelete

Thank you for dropping at Aini's blog.

Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For further inquiry kindly email me at noorainimohdhalim@gmail.com

Happy Blogging (^_^)

Labels

Followers