Pages

Followers

Ular tedung dalam rumah



Assalamualaikum,

Semalam adalah paling ngeri buat Aini..
Jam 8mlm Aini makan malam dengan Aisyah di ruang tamu..
Rasa nak makan bersila la di coffee table..

Selepas siap makan, Aini ke dapur nak basuh pinggan
kalau diikutkan dah banyak kali Aini n Aisyah ulang alik pi dapur.
Aisyah duk lari-lari lagi.

Selepas makan nasi Aisyah nak minum milo makan bersama biskut
So Aini ambiklah bekas milo dalam almari kecik tepi toilet ni.
Selepas Aini buka pintu almari mungkin pada masa tu ada impact almari tu pada ular.
Ular tu mungkin dah nak mula serang dibelakang almari tu.

Aini letak bekas milo kat atas tabletop pastu angkat Aisyah duduk atas tu.
Masa buka penutup bekas milo, Aini terdengar bunyi pelik..makin lama makin kuat
Aini perhati dari tempat Aini berdiri sekali nampak ular tu keluar dengan kembang kepala dia 
Ia gerak menghala ke tandas, Aini nampak mcm pandang Aini tp sebab Aini freeze dengan nafas jadi laju ia pun terus perlahan masuk bawah pintu tandas lagipun ada terlindung skit dengan tong sampah.

Selepas ia masuk separuh badan Aini terus ambik Aisyah lari ke depan.
Capai telefon dengan tangan yang menggigil kuat sangat, hanya Allah saje yang tahu..
Dalam kepala terus call suami, suami pula masih dipejabat.
Aini x terlintas nak call 999 sebab panik
So Aini minta suami yang call kan

Selepas dah call suami Aini terus tutup pintu bilik belakang sebab tandas dia masuk tu access dengan bilik belakang. Klau tak ditutup takut ular tu akn keluar ke ruang tamu pula.
Aini terus bawa Aisyah ke bilik mama Aini..
Mama Aini terus panik tengok Aini takut..
Aini cakap mama ada ular.. Mama terus nak peluk Aisyah sambil doa minta dijauhkan..

Aini turun balik sebab nak perhati dari jauh takut dia ada pi tempat lain pula..
Aini siap standby batang vacuum dan selimut.. 
Apa Aini nampak tu yang Aini capai.

Aini call adik, suami adik Aini datang teman dengan tongkat saktinya..Haha
Aini dan adik ipar perhati je kat pintu bilik dan dapur tu.. 
sekali dua2 terkejut nampak ada bende keluar rupanya cicak.. 2 kali plak tu..hampeh..

Suami Aini dari Shah Alam sampai ke Puncak Alam 20minit sampai
Dia kata memang dia pecut habis masa tu..
JPAM tak sampai2 lagi..dekat sejam baru sampai..
Sebab pada masa tu JPAM pi rumah yg ada sama kes juga

Elok je suami sampai 10min selepas tu JPAM sampai
5 org JPAM datang.
bila masuk bilik air, ular tu takde.. Aaaa sudahhh harap dapat cari juga
dorang ke bilik ikut dari pintu bilik air pula..
Dalam beberapa minit jumpa ular tu dibelakang pintu bilik.. 
nasib baik bawah pintu tu agak sempit untuk dia keluar..
kalau tak mau dia ke ruang tamu..

Adik ipar bersama tongkat saktinya aka batang mop


Terima kasih JPAM..
Maaf kene tutup muka dorang ya..


Hai la Si Panjang

Musim hujan ni lagi la ular suka keluar cari tempat lain.
Masalahnya ada 2 rumah jiran belakang rumah Aini ni penuh dengan rumput tinggi semak bagai..
1 lagi pokok pisang dan semak lagi..
Rumah kita pun senang la ular masuk kan..
Setiap kali hujan dengar la suara katak banyak..lagi la ular tu hunting cari katak..

Aini syukur sangat Aini sedar dari awal 
Kalau tak tak tahu lah apa jadi..
Mama Aini pun ada cakap biasa mama akan sapu bawah almari tu
Tapi semalam takde rasa nak sapu..

Allah melindungi kami semua.. 
Syukur padaMu Ya Allah..

JPAM menasihatkan klau bawah pintu kita ada ruang sebesar jari telunjuk kita, harus letak sesuatu/halang dengan benda agar haiwan berbisa tak mudah masuk. Ular yang masuk dalam rumah Aini ni ia panjat dinding sebabnya dinding luar agak kasar/kesat dibandingkan dinding dalam rumah.

Hati -hati ya semua..

With Love,
Aini






11 comments:

  1. Berderau darah baca entri ni.. Risau pula sebab rumah Naniey duduk ni ada lubang angin dan sekarang musim hujan juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tutup ke lubang angin tu.. maybe jaring halus ke atleast xde binatang bisa masuk kan..

      Delete
  2. Sambil baca kita pun rasa berdebar jugak, aduhai mujurla masa aini bukak pintu almari tu bukan terus nampak dia kembang depan muka kalau tidak entah camne lah kan. Siapalah tak panik nampak ular tedung gitu kan, masa tu memang terus tak boleh pikir apa, nasib adik ipar dekat boleh teman, dan mujur jumpa bila jpam datang kalau tidak memang tak senang duduk kita ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu ler.. syukur sangat..Allah permudahkan urusan dan melindungi Aini sekeluarga..

      Delete
  3. Allahu akbar! Takut akk baca story Aini ni. Apapun syukur Aini & keluarga selamat. Dan syukur ular tu berjaya ditangkap. Di kejiranan akk baru2 ni ada juga kes ular masuk rumah, tapi tak berjaya ditangkap. Risau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur kami semua selamat..
      Ye ke..tu paling risau kalau tak dapat tangkap lagi.. takut dia pi umah lain plak

      Delete
  4. berdiri bulu roma..
    teringat ms tgh kuarantin itu hari..
    ular tedung mcm tu jgk..
    call jpam sruh diorg setelkan.. kita mmg xberani la ngn ular ni.. huhu

    ReplyDelete
  5. Allahuakbar
    takutnya ular tedung tu bahaya
    alhamdulillah berjaya ditangkap oleh hero2 tu ya

    ReplyDelete
  6. Menggigil akak baca entry ni...menakutkan..serius besar erk ular tu...seram....

    ReplyDelete
  7. Ngerinya baca. Semoga dilindungi selalu. Ameen. Kena tutup lubang2 pintu lepas ni huhu

    ReplyDelete
  8. ALLAHUAKBAR.. syukur terlindung dari makhluk berbisa ni. akak pun takat ular sebebar jari kecik ni pun takut setengah mati. tu kat luar rumah tu. kalau dalam rumah, ya ampunn.

    ReplyDelete

Thank you for dropping at Aini's blog.

Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For further inquiry kindly email me at noorainimohdhalim@gmail.com

Happy Blogging (^_^)