Pages

Tanda kene batu karang

 Assalamualaikum..

Kelmarin Aini MC.. buat pertama kali Aini sakit pinggang dan perut sangat2.. tepat jam 3 pagi Aini rasa nak buang air kecil.. bila nak sambung tido tiba2 pinggang kanan Aini menyucuk yang teramatlah kuat sampai ke rahim. Aini dah tak tahan sangat sampai nangis terus kejut hubby.


Hubby bangun gosok minyak panas pastu bagi ubat gastric. Sebab Aini rasa mcm gastric pun ada cuma dia start dari tepi. Selalunya di ulu hati tapi bukan.

Dari jam 3pagi sampai la kul 6.30pagi masih tak hilang sakit tu tapi dah makin kurang sebab ada sapu minyak panas so lega la sikit.

Lepas jam 7 pagi ke atas sakit tu makin hilang tapi ada rasa sakit yang ringan2..
Aini pun pi la klinik panel hubby. Bila dah jumpa doctor, Doc tanya air kencing ada kuar darah tak..?
Aini jawab xde.. Doc kata kemungkinan batu karang.
Aini dah macam down giler. Doc suruh buat urine test.
Bila jumpa Doc balik Aini sah ada batu karang sbb ada mark darah walaupun xde nampak darah pun.
Dia ada guna alat apa ntah untuk detect penyakit melalui air kencing.

Doc kata Aini ada batu karang and kencing kotor.
Aini dikira minor.
Mungkin dulu Aini pernah tahan kencing dan mungkin juga pemakanan.

Sejak awal bulan Oktober ni aini kerap minum air kosong.
Mmg tak miss la minum air kosong.. 
Boleh katakan lebih 8 gelas sebab Aini ada install Meal Reminder.
Certain time dia akn bunyi alarm suruh kite pi minum air kosong.


Ni la Apps dia. (Meal Reminder)

So dalam tempoh 5 hari ni, Doc bagi ubat untuk pecahkan batu karang.
Bila kite buang air kecil batu tu akan keluar sekali.

So..advice Aini jangan la tahan kencing.
Memang ramai wanita suka tahan kencing sebenarnya.
Even since teenager lagi.
Kerapkan minum air kosong ya..

Bagi yang takde batu karang amalkan seperti dibawah ni ya.

Minum air dengan banyak. Cecair seperti teh dan sup juga dikira.

*
Tambah jus lemon ke dalam air anda

*
Elak minuman berkarbonat

*
Jangan mengambil terlalu banyak garam.

*
Pastikan anda minum banyak air jika air kencing berwarna gelap dan pekat.

*
Teruskan minum air sehingga air kencing berwarna jernih.


1hb November ni Aini kene jumpa doc balik tengok result macam mana..
Doakan Aini sembuh ya. Aini takut kalau kene jumpa pakar. huhu

With Love,
Aini


Tutup pintu tandas tu cepat

 


Assalamualaikum..

TUTUP PINTU TANDAS TU CEPAT
Arkitek Jelaskan Kesan Tandas Dalam Bilik Tidur
Jika dilihat kepada trend reka bentuk rumah pada hari ini, kebanyakan bilik tidur akan disertakan sekali dengan tandas. Reka bentuk ini sememangnya memberikan kemudahan kepada penghuni bilik tersebut kerana tidak perlu berjalan jauh untuk ke tandas.
Namun, ada juga yang mengatakan bahawa tandas dalam bilik sebenarnya tidak mematuhi syariah. Oleh itu, ikuti perkongsian individu ini mengenai keadaan tandas di dalam bilik tidur.
Tandas dalam bilik tidur tidak patuh syariah?
Sebenarnya memang kurang elok tandas berada dalam rumah. Kerana tandas adalah tempat tinggal jin dan syaitan. Apatah lagi dalam bilik tidur.
*Apabila Nabi SAW ingin memasuki tandas pula, baginda bersabda: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada syaitan lelaki dan syaitan wanita”.Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 139.*
Bayangkan rumah sekarang banyak tandas bersatu dengan bilik tidur. Tatkala pintu tandas terbuka, maka jin dan syaitan boleh terus masuk ke dalam bilik-bilik tidur kita. Buka pintu tandas terus mengadap katil beradu. Mana tidaknya selalu suami isteri bergaduh di dalam bilik tidur sendiri!
Pernah dulu saya menghadiri satu majlis perkhawinan. Kemudian saya masuk ke dalam bilik tuan rumah untuk menumpang tandas. Di bilik tersebut ada seorang makcik yang sudah lanjut usia. Dia sedang berehat di katil dalam bilik tersebut.
Sebaik saya keluar dari tandas, makcik ini bersuara : ” Tutup pintu bilik air itu cepat-cepat”
Dan setiap kali orang masuk ke tandas, makcik ini akan bersuara “Tutup pintu tu! Kenapa dibiarkan terbuka. Syaitan masuk bilik ni nanti”
Adakah benar terbukanya pintu tandas itu membenarkan jin dan syaitan masuk ke ruang dalam rumah kita?
Ya, benar. Namun ada caranya untuk menghalang mereka terus masuk mencemari kita sekeluarga.
Rasullullah SAW ada memberitahu kita bahawa Jin tidak boleh membuka pintu-pintu yang ditutup dengan menyebut nama Allah.
*1) “Tutuplah pintu-pintu serta tutuplah bekas makanan dan minum kalian.”*
(HR. Bukhori 5624).
*2) “Apabila kegelapan malam menjelma atau apabila sudah lewat petang, maka tahanlah anak-anak kamu. Ini kerana, pada waktu itu syaitan berkeliaran. Apabila telah berlalu beberapa ketika daripada malam, biarkanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu serta sebutlah nama Allah kerana syaitan tidak akan membuka pintu yang tertutup.” Riwayat al-Bukhari (3304) dan Muslim (2012).*
*Maka jika benar tandas ada dalam bilik tidur dan di dalam rumahmu, sentiasalah tutup pintu dengan menyebut nama Allah swt.*
Orang tua kita dahulu sudah lebih tahu. Sebab itu rumah orang dulu-dulu tandas diasingkan dari rumah ibu. Rumahtangga mereka pun aman damai selalu. Maghrib saja semua tutup tingkap dan pintu.
Lalu saya kongsikan kisah bahana tandas dalam bilik seperti di atas.
Hendak design rumah ini lebih seronok dan selesa bila kita tahu sunnah dan makna disebaliknya.


Kredit : pesan bonda

Rumput degil tapi banyak manfaatnya

 
Assalamualaikum..


Sudah tentu kenal rumput ni kan..?
 
DEGIL2 PUN BANYAK MANFAATNYA TAU..
 
Salah satu jenis tumbuhan yang semua orang tak pandang pokok ni walau pun sebelah mata. Sebab apa?? Mungkin sebab dia adalah tumbuhan yang menyebabkan sahabat2 semua rasa meluat dengan kedegilannya. Buang nanti akan tumbuh lagi, buang tumbuh lagi, kalau tumbuh lagi mesti dah buang.. Kan kan kan???
 
Siapa pernah tengok pokok rumput ni? Tumbuh subur dimana sahaja tanah yang sahabat2 semua selalu pijak. Saya perkenalkan, inilah Pokok Rumput Sambau, Rumput Degil, Rumput Liat, Rumput Kucing dan tah apa lagi nama orang panggil..
 
Tepi rumah, belakang rumah, dalam longkang, dalam pasu, tepi jalan, dalam garaj.. Pendek kata semua tempat dia ada. Tebas nanti tumbuh lagi, walaupun diracun, selang 2 minggu Insyaallah dia tumbuh balik.
 
Biarlah dia dengan caranya yg Allah SWT cipta malinkan untuk manfaat hambanya yang bernama manusia. Sebenarnya kita tak tahu khasiatnya sebeb itu kita meluat, rimas dan menyumpah bagai betul dak?
 
Bila dah tahu nanti boleh lah amal ya, bila dah tahu jugak nanti jangan la pi cari benih dan tanam pulak ya hehe.. Jom kita baca dan ambil tahu semua khasiatnya.

 AKAR

direbus tiada sukatan, ikut selera masing2.
- Kecutkan perut dan usus, kalau rasa perut tak selesa dan sedikit besar kedepan tu boleh lah amal ya.
- Merawat cirit birit, tak kira lah salah makan atau memang rutin mingguan atau bulanan terkena cirit ni. Amal je Insyaallah..
- Bagus untuk turunkan suhu panas yang melampau, selalu demam panas pada kanak2 lah. Bagi je anak minum..
- Penyakit hati bengkak atau apa2 sahaja masaalah pasal hati, bagus untuk amal. Tapi bukan Penyakit Hati yg suka hantar saka santau kat orang tu ya. Yang tu mau bagi 3x2 atau parang terbang je. Baru dia ada akai..
- Ada orang selalu atau mudah keluar peluh, baru angkat tangan nak suap nasik dan berpeluh, sila amal dengan rela.. Insyaallah.
 
DAUN
Pernah tengok kucing makan daun rumput, haaa ni la antara rumputnya. Dia makan sebab perutnya rasa tak selesa, mungkin jeracunan atau sebagainya. Lepas dia makan, tak lama kemudian dia akan muntah makanan berserta daun rumput yang dia makan. Kita pun boleh cuba kalau keracunan, itu pun kalau sanggup la hehe.
- Segenggam daun dikisar dengan secawan air untuk dijadikan jus. Bagus untuk anak2 yang kecacingan, sama ada cacing pita atau cacing ramu. Try la..
 
Ni khasiat keseluruhan POKOK bila direbus, rebus akar, batang dan daun ya..
- Merawat sistem salurang kencing, menyah toksin yang melekat atau mengganggu saluran perkumuhan anda.
- Kalau ada masalah kencing tak puas, kejap2 masuk tandas, kejap2 raja air kencing terkeluar. Boleh amal untuk melawaskan kencing, Insyaallah dengan izinnya akan mujarab.
- Bagi yang ada masalah sakit sendi, tak kiralah sendi bahagian mana pun. Bengkak ke, merah2 ke, boleh cuba amalkannya Insyaallah..
- Menurunkan suhu badan yang panas, selalunya bil demam suhu badan akan tunggi kan? Boleh amalkannya. Bukan panas baran yaaa.. Panas baran ni ubat dia pelempang hehe..
- Bagi yang ada masaalah angin pasang, boleh amalkan
air rebusan rumput ni. Tahu angin pasang?? Bukan air pasang tau.
- Yang makan tanpa fikir makanan tu bersih atau sudah rosak, sila stnby dengan segelar air rebuisan rumput sambau ya.. Rasa memulas je perut tu terus minum. Kalau belum berkesan sila amal lagi sampai nampak kesannya..
- Deman kuning selalunya pada bayi yang baru lahir, jadikan air mandian atau titskan kedalam mulut. Insyaallah..
- Penyakit hati bengkak atau apa2 sahaja masaalah mengenai hati, bagus untuk amal.
- Bagi yang ada masalah gigi dan gusi berdarah, boleh amal air rebusan dengan cara berkumur atau meminumnya.. Insyaallah dengan berkat amalan akan sembuh.


Sekian perkongsian pasal Rumput Degil ni, seliat-liatnya pun ada manfaat pada manusia dan haiwan. Manusia ni kalau liat agak susah nak berubat melinkan.. Haa hampa tambah la sendiri hai hai hai...
Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua hingga ke anak cucu, Aminn. Wallahuaqlam..
 
Kredit : C&P

Wordless Wednesday - OLD




 Cerita ni dah tayang pada bulan July 2021 tapi bukan di Malaysia.

I found this story from youtube..
Boleh tengok trailer dia Old - Official Trailer

Cerita dia sangat menarik dan scary juga la klau wujudnya Pulau ini di dunia kita..
Dalam masa 24jam, you guys dah more 10 years older than your age..

Anak mereka umur 10 tahun dah jadi dewasa.. anak umur 2 tahun jadi remaja.
Sehingga mereka terlanjur secara tak sengaja disebabkan budak2 tu kata hanya bermain tapi parents dia tengok perut anak dia dah bulat (mengandung)
Anak dia tak tahu langsung.
Cepat je 10min camtu anak dia nk beranak..
lepas lahirkan baby..baby tu meninggal pastu terus jadi abu.
Disebabkan masa di pulau tu jadi begitu pantas sehingga baby tu antibody tak jadi kuat.
Sedih kan..?

hari tu Aini tengok di Apps Stremio.
Kat Netflix tak available lagi rasanya..
so Aini tak pasti cerita ni dah tayang kat mana lagi.

Enjoy watching..

Wit love,
Aini



Salad burger king

 Assalamualaikum..

Hari ni mood nk lunch berat xde rasa sangat.. 
Pukul 2 Aini order burger king tp  bukan yang berat. 
Just Salad & fries je..

Expectation salad seperti digambar nampak sedap tp bila dapat alaaa mcm ni je ke.. portion dia x brape byk nasib baik la order fries yg large..

For me rasa tak kenyang sangat kalau makan tu je..hehe


With Love,
Aini


Dah boleh rentas negeri





 Assalamualaikum...

Ya.. pasti semua seronok kan dapat rentas negeri..?
Kita pun seronok juga. 😀
So klau nak pi bercuti boleh la cuti2 Malaysia.
Tapi jangan lupa..jaga SOP ya orang Malaysiaku sayang.
Klau kite jaga SOP InsyaAllah mana tau rezeki kite tahun 2022 negara Malaysia dah bebas..
InsyaAllah

So far dalam masa terdekat ni takde nk pi rentas negeri mana2..
Hubby pun tengah busy dgn kerja dia yang tgh ketat jadual dia sekarang ni.
Tapi minggu depan dia kata nk ambik cuti 2 hari juga sbb nak habiskan masa dengan anak.

Sian pagi tadi anak bangun tido cari abahnya..
Tanya Aini " abah g umah nani ke?
(rumah mak hubby di Tronoh, perak)
Aini jawab la abah kerja.. nnt ptg abah balik ya..
terus dia nangis kata nak abah.

Hubby Aini kerap kerja luar..
kadang2 balik dh collapse sbb penat sangat..
tapi hubby gagah juga lah main dengan Aisyah..
cuma mungkin Aisyah tak puas main dengan abahnya.

Hubby pun pujuk Aini minggu depan dia akan bawak Aini n Aisyah jalan2..
Aini pun senyum sampai ke telinga la..hehe

Aini memang dah lama tak jalan2 dengan hubby n bawak Aisyah jalan
Sebab covid ni tak berani sangat nak bawak budak kecik pi mana2..
InsyaAllah semoga dipermudahkan urusan kami sekeluarga..
Nak bawak aisyah rasa seronok mcm dulu balik..
Sian dia bosan duk rumah lama sangat..

you all pi dah plan pi mana2 ke..?
Confirm balik kampung jumpa parents kan..?
Apa2pun drive save and stay safe..

Ok thank you for dropping by..

With Love,
Aini

Kerja hari Sabtu

 


Assalamualaikum,

Happy weekend all..
Aini kerja setiap hari Sabtu dari jam 10am -2pm.

Klau leh nk cuti sabtu ahad..
penat tau kerja hujung minggu..
Dengan nak kemas rumah, bilik bagai..
setelah Isnin-Jumaat kerja sampai ke ptg.
Walaupun Aini duk dengan mama Aini tapi Aini xnk mama Aini buat semua kerja tu.

Kadang2 lepas balik kerja sabtu tu rasa letih nak buat kerja rumah..
So aini akn buat kerja rumah hari Ahad dr pagi sampai la ke zohor termasuk masak utk lunch skali la tu.
Harap one day dapatlah cuti Sabtu..
Bengkel kereta dorang bukak setiap hari 9.30am-6.30pm kecuali Ahad 
Tapi sebab Aini kerja ofis so masuk kul 10am-6pm je.
Sabtu je halfday.

Sebelum2 ni keje pejabat Sabtu Ahad cuti.. 
so nk pi jalan2 leh la pi hari sabtu.. Ahad duk rumah rehat.
Ni sabtu kerja nk pi jalan2 pun dh mcm lewat.. malas nk balik rumah lepas maghrib.
Dah terbiasa pi jalan2 balik rumah sebelum maghrib sejak sebelum kawin lagi.
Sampai hubby pun dh terikut melainkan dia ada urusan penting di luar.

Lagi 2 jam nk balik..
I is bosan..haha

Sabtu takde kerja sangat.. sebab hari biasa dh siap dh semua kerja..

ok that's all for now..

With Love,
Aini




Suami seronok dapat guna public phone

 Assalamualaikum

Tiba-tiba Aini dapat panggilan dari nombor yang tak dikenali tapi Aini jawab juga la..
Kot2 ada panggilan kecemasan, kita pun xtau kan..?
Sekali keluar suara jantan.. 

Suara dia sampai Aini tak paham apa la orang ni cakap.
Aini tanya sape ni.. Dia jawab Abang..Aini diam je sambil ckp dlm hati abang mana plak ni..

Hati mula risau macam mana dia tau nama panggilan nickname dalam keluarga Aini.. 
Family Aini tak panggil diri kita Aini.. Ada la nama tersendiri..bermula dgn huruf J..hehe

Aini hampir tutup panggilan tu.. Sekali kuar whatsapp hubby.. Aini guna whatsapp web masa tu..
Bila bukak rupanya dia bagi gambar dia dengan guna public phone..

Adeii hubby hubby..
Buat kita takut je..
Rupanya dia excited sangat lama giler bertahun2 tak guna public phone.
So dia cuba try in error boleh plak call.. Hahaha



With Love,
Aini


Vector Noor Aisyah


Assalamualaikum..

Dah lama Aini tak buat vector dengan Adobe Illustrator..
Agak mencabar klau kite dah lama tak buat.

alhamdulillah berjaya juga la.

Ni gambar Aisyah masa dia 6 bulan. 

Sama tak..? hehe

       

With Love,
Aini




Happy birthday dear self

 



Happy Birthday to my beautiful self.
Xde gambar birthday girl dalam gambar ni..hehe

Ni gambar semalam..pi lunch dekat luar dengan my mama skali..
Visit cafe baru uncle Aini di Glenmarie Golf Club, Shah Alam.
Nama restaurant dia Pine Cafe
Western food dia sedap.. 
You all should try ya..

Actually lunch sana bukan celebrate birthday Aini pun..
saje jln2 bawak my mama and Aisyah kuar jalan2..
Yelah dh lama tak bawak dorang pi jalan jauh.

Alhamdulilah hari ni Aini masih bernafas di dunia ini.
My wish untuk birthday present so far taknak apa2 pun.
Klau dah boleh rentas negeri mmg Aini ajak hubby pi cuti di Penang or Langkawi.
InsyaAllah ada rezeki dapatlah pi sana..
Tak kemana pulau2 tu..hehe

Yang penting Aini dapat doa dari parents Aini..
Mother in-law..
Adik beradik dan Suami tercinta.
Tupun dia tak wish lagi ni..
Kite diam je dulu.. kot2 la dia saje nak buat surprise ke apa..hehe..
Selalu dia akn wish kul 12mlm..
Kite pun tunggu la buat2 tido aleh2 dua2 tertido..
sedar2 dah subuh..hahaha..

Dengan sempena Birthday Aini..
Aini sedekah budak2 bengkel ni dan bos Aini nasi beriani gam..
Semoga Allah murahkan rezeki Aini sekeluarga.. Aaminn..

Nak tau umur Aini ke..?
Yelah Aini bagi tau la,..
Aini dah 36 tahun..
Numbers doesn't matter as long as the heart the image is pure and young..kan..kan..?
Hehehe

With Love,
Aini




Cuci mulut sebelum terlambat

 Assalamualaikum,

Semalam pagi sebelum subuh, Aini ke toilet..tiba2 ada rasa benda ketulan kecik keluar dari mulut. Warna dark coklat. Fikir dalam kepala kelmarin takde minum air milo or bende2 bersusu mcm kopi ke apa.. pastu bila buang kahak ada warna brown and darah skit..

Maaf klau ada rasa geli bila dibaca.

Aini rasa tak sedap hati.. Aini tak bagi tau hubby lg sbb taknak dia risau sangat.
Semalam plak dia ada kerja operasi tempat jauh.

So pagi dah pi kerja Aini sempat lah tanya Mr.Google nak tau apa tanda2 klau jadi macam tu. Aini jumpa ada seorang perempuan ni sama kene macam ni dan berlaku waktu pagi je. Salah satu effect boleh punca dari paru2 kita ada bakteria or cancer paru2..

Bila baca cancer Aini mula takut..
So Aini msg hubby tapi hubby tak jawab.. lama gak.. pastu hubby call.. 
dia kata dia ada meeting pastu dia minta Aini pi klinik terus check. Asalnya dia nk hantar Aini ke klinik tapi dia byk kerja so Aini ckp Aini leh pi sendiri je.

Alhamdulillah..doc kata x serius.. cuma ada merah skit kt tekak..
tonsil tak bengkak.. paru2 cantik. jantung & BP ok..
Klau lambat jumpa doc mungkin akan jadi teruk.

Apa yang menyebabkan Aini ada bende ketulan n luka..?

Bakteria.. 
luka ketulan datang dari tempat tekak bukan dari paru2 Aini.
Klau datang dari paru2 mesti ada bunyi yang tak best and Aini akn kerap batuk dan sakit dada.
Aini memang ada radang paru2 tapi kes yang ni xde related pasal radang paru2 Aini.
Ni sebab bakteria..kadang2 bende kite makan kite lupa nk kumur..
bukan sebelum tido je mungkin semasa lepas lunch or breakfast.


Semua ubat ni Aini takleh skip sampai la tekak rasa ok..

So to you all, lepas makan kene kumur seeloknya guna mouthwash.
Gosok gigi pun tak semestinya semua bersih sbb keliling dalam mulut kite bukan kite berus pun kan.. sebab tu dia ada mouthwash skali mcam Colgate, Listerine semua tu.
Tapi Listerin ada alkohol tau.. so cari yang xde alkohol.

Yang spray tu doc bagi untuk hapus bakteria dalam mulut... klau Aini tertelan pun takpe.
Sedap gak spray tu rasa minty..haha

You all ada amalkan guna moutghwash tak..? 

Til then see you next topic.

With Love,
Aini









Hello October..

 Assalamualaikum..



Hari ni dah bulan  Oktober 2021..
Rasa masa sangat pantas..
Tahun ni masih xde rasa keseronokan sangat sebab pandemik covid-19

Yelah.. pegi kerja terus balik rumah.
Hujung minggu keluar pun depan rumah je..
ajak anak main bubble or mandi kolam nak bagi dorang seronok.

Kesian sebenarnya bila tengok anak jadi bosan sangat.
Walaupun dah boleh rentas daerah.. nak pi mall ke apa boleh je..
Tapi Aini tak berani nak bawa si kecik ni..
Kalau tak kene kat kite tapi kene kat dia,, 
menyesal tak sudah lah.

Ada terbaca 1 certia dari IG ni..
Mungkin ramai ada baca dan tengok juga..

Hari diumumkan dah boleh rentas daerah.. (KL, Putrajaya & Selangor)
Di tempat air sungai..air terjun yang sesak sangat dengan manusia.
Dorang kata sungai tu kat sungai area Gombak.

Ada seorang ibu ni bawak anak dia pi tempat mandi sungai tapi rasanya bukan tempat yang video viral tu.. Wallahualam..
Balik anak dia sakit, kene positif covid dan meninggal dunia.
Punca kata ibu tu bawak anak tempat macam tu yang sesak.
Dia menyesal tak sudah.

Jangan selfish untuk diri sendiri.. 
kite dah lengkap vaksin tapi anak bawah umur 12 tahun ni xde vaksin untuk lawan covid ni.
Jaga lah harta kite yang memang tak dapat diganti.

Semoga kite semua dalam keadaan yang selamat.
Sama2 kite berdoa agar tahun depan dapat hidup seperti sedia kala.
Semua rindu dengan life yang normal.

Take care ya..

With Love,
Aini

Labels

Followers