Pages

Dapat duit raya koyak

Assalamualaikum..

Ramai yang masih lagi mencari untuk tukar duit raya kan..?
Kalau sekarang agak susah nak dapat duit yang baru.. 
Recycle je smuanya.. nak buat camne.

Cuma yang terkilannya semalam masa tengah kira2 duit di rumah nak asingkan jumlah permintaan mama and adik Aini..dapat yang ada koyak terus dan ada yang ditampal dengan tape.

Aini tak kisah duit recycle.. 
Still boleh guna tapi jangan la bagi yang koyak rabak..

Fikir malas nk ke bank untuk tukar.. 
Buang masa.. dah la beratur lama kan..

Nasib baik la dapat ganti duit dari dompet Aini and hubby..
Ada 2 keping duit kotor sangat xleh hilang pun bagi juga..


3 Jam tunggu dapat duit koyak


Jumpa article ni.. orang tunggu bank 3jam.. dapat duit macam Aini ler..
Nasib la badan.. 
You all ada kene macam Aini tak..?


With Love,
Aini

JuZabakes Almond London

Assalamualaikum..

Maaf sekali lagi lama tak updae blog..
Busy dengan tempahan Almond London..

Asalnya Aini memang tak open order sebab sibuk dengan hal lain.
Tiba-tiba ada regular customer tanya, tak buat Almond London ke..?
Kita pun faham masing-masing nak beli kuih raya untuk dibawa ke kampung. 
Nampak meriah la kan dengan pelbagai jenis kuih raya di Aidilfitri.

Aini discuss dengan adik Aini nak buat ke..
So kami pun ok lah..untuk dia buat la.. 
Customer ni nak 3 balang.

Adik Aini masih dalam pantang..
So Aini buat sorang dan dibantu oleh mama Aini.
Yang buat biskut dia renyah skit.
Chocolate tu Aini buat seorang.
Dapat siap dalam 2 hari.

Almond London Aini lain dari yang lain.
Alhamdulillah ramai sambutan.

Dalam tempoh 2 minggu ramai pula yang order dengan kami.
Rezeki..syukur Alhamdulillah.

Jom tengok gambar

Ready to deliver

JuZabakes Almond London

Gambar ni Aisyah yang tangkap.
merangkap assistant mama jadi tukang foto..hehe
Banyak dia tangkap yang ni je paling cun.

Aini akan open order untuk raya haji nanti.
Kalau nak order leh tunggu Aini update ya..

Kalau sudi boleh follow Ig JuzaBakes

Baru start tahun lepas..
dah lama kami menyepi diatas urusan peribadi..

Kini kami kembali lagi dan akan update benda baru.

See you next entry







 

10 Malam Terakhir

10 Malam Terakhir



Selepas solat Isyak, terus laksanakan ikut urutan di bawah👇

1. Solat Sunat Ba'diyah Isyak 4 rakaat. ( 1 rakaat bersamaan dengan 30,000 rakaat. 4 rakaat solat bersamaan dengan 120,000 rakaat)

2. Teraweh 

3. Solat Taubat

4. Solat Tahajud (boleh dibuat awal jika risau tak sempat tahajud di sepertiga malam. Jika dah tahajud, dan terjaga lagi 3@4pagi, boleh buat tahajud lagi dan tak perlu witir. Tahajud di sepertiga malam lebih afdhal)

5. Solat Witir

6. Istighfar 100x (Allah akan kurniakan hujan, harta, anak pinak, kebun-kebun yang mengalir sungai-sungai. Tafsirannya adalah rezki yang mengalir tak putus-putus.

7. Selawat 100x ( 1x Selawat, Allah Selawat 10x bermaksud 10 rahmat diturunkan ke atasnya dan malaikat memohon keampunan untuknya sebanyak 10x, 100x = 1000x)

8. AlMulk 1x (Fadhilatnya terselamat dari siksa kubur)

9. AlWaqiah 1x (Tidak akan miskin selamanya)

10. Baca Quran dan Makna ( Pahala 1 huruf = 10 pahala. Baca Alif, Lam, Mim = 30 pahala)

11. Sedekah Duit/Infak/Wakaf ( Rezeki digandakan hingga 700 kali ganda)
Pilihan
a) Transfer ke akaun penerima seperti sedekah pada mak, ayah, adik beradik, saudara mara, orang miskin, anak yatim atau sesiapa saja asalkan dibuat pada waktu malam.
b) Jika tiada akaun transfer, masukkan duit dalam sampul dan masukkan dalam peti surat penerima pada malam yang sama. Maklumkan padanya melalui wasap. Paling dekat sedekah untuk jiran tetangga atau anak-anak jiran serendah RM1. Tidak mengapa sedikit asalkan penuh ikhlas. RM1 x 30 Hari x fadilat 1000 bulan = Rm30,000). Ini jika Rm1. Jika RM10? Jika RM100? 
c) Infak atau wakaf surau, masjid, pam air boleh 

Serantau Muslim tidak ambil 1 sen pun keuntungan dari sedekah anda.
Semuanya disalurkan 100%

12. Zikir 
a) Subhanallah 100x (Ganjaran separuh timbangan)
b) Alhamdulillah 100x ( Ganjaran Seluruh Timbangan)
c) Allahu Akbar 100x (Ganjaran memenuhi langit dan bumi)
d) Laa ilaaha illallah (Wajib Syurga baginya)
e) Subhanallahi wabihamdih, Subhanallahil aziimi 100x ( Beratkan timbangan Mizan di akhirat dan 124,000 kebaikan akan dituliskan)
f) Laahaulawalaa Quwwata illa billahil aliyyil aziim 100x ( Seperti menanam tanaman di Syurga  untuk yang membacanya)
g) Laa ilaha illallah al malikul haqqul mubin 100x ( Rezeki mengalir deras)
h) Laa ilaaha illa anta subhaanaka inni kuntum minazzoolimin 100x ( Allah akan keluarkan kesusahan dari hidup kita)
i) Hasbunallah wanikmal waqeel, nikmal maula wanikmannasir 100x ( Pergantungan kepada Allah = Tawakkal = Allah akan berikan rezki yang tidak disangka-sangka)

13. Sedekah al fatihah 
Untuk diri sendiri 1x
Untuk Suami/Isteri 1x
Untuk Ibu 1x
Untuk Ayah 1x
Untuk Seluruh Umat Islam sama Ada yg masih hidup atau yg telah meninggal dunia 1x ( Bayangkan kita sedekah hanya bacaan alfatihah tetapi kepada jutaan penduduk Islam dunia selama 84tahun)

14. Ayat Qursi 3x ( Merupakan ayat Allah paling Agung dan syaitan tidak dapat menghampiri hingga pagi)

15. At Takatsur 10x ( Bacaan 1 surah seperti membaca 1000 ayat Al-Quran)

16. Al Ikhlas 39x
Niatkan setiap 10x utk bina Syurga mak, ayah dan diri sendiri dan setiap 3x untuk pahala seperti khatam al Quran buat mak, ayah dan diri sendiri
( 10x baca = Allah bina sebuah mahligai di Syurga)
(3x baca umpama khatam 1 Quran)

17. Zikir Ya Ghani, Ya Mughni, Ya Razzaq, Ya Fattah 100x 

18. Baca Doa Khas Malam Lailatul Qadar

19. Doa apa saja yang dihajatkan

20. Dengar 1 majlis Ilmu (5-10 minit atau lebih) Majlis ilmu adalah taman Syurga walaupun didalam kaca tv atau youtube. Malaikat menghamparkan sayap bagi mereka yang menuntut ilmu hingga ke langit dunia. Jika ilmu itu diamalkan dan disebarkan akan menjadi pahala yang berterusan walaupun telah meninggal dunia.

Bilangan zikir 100x hanya cadangan. Boleh buat setakat yang mampu. Jika dilebihkan lebih baik.
Pastikan di usahakan buat sebelum tidur setiap malam selama 10 malam terakhir ini. InshaaAllah tiada pilihan lain melainkan setiap amalan kita akan jatuh juga pada malam Lailatul Qadar.

Bayangkan jika kita selesai 20 tasking ni umpama kita melaksanakan 20 tasking ni selama 1000 bulan = 84 tahun tanpa henti. Sebarkan pada keluarga, jiran, saudara mara dan sahabat2 yang anda sayang. Semoga segala amalan mengalir untuk sesiapa yang menyebarkan kebaikan tanpa mengurangkan pahala orang yang melaksanakannya. Allahumma aameen ☺️

Shopping Raya di Sogo

Assalamualaikum..

Dekat seminggu Aini tak update blog.. 
I was super busy.. nak dekat raya ni byk keje nak disiapkan..
Nanti nak cuti seminggu terus..haha..

Aini pi Sogo KL hari Ahad. Confirm akan ramai orang kan..
Plan nak pi pagi sebab di Sogo buka kul 9pagi.. End up keluar lambat juga..
Biasa la kalau ada anak kecil ni.. 

Sampai parking ngam2 pula dapat sebelah pintu masuk Sogo di basement.
Nak pi level kanak-kanak, Ya Allah punya la sesak so Aini tak pi langsung la..
Masa naik escalator terus nampak kedai Poplook.. aim kat baju budak.
Cantik sangat.. belek2 jumpa satu ni warna ocean blue. 
Poplook harga dia agak mahal hampir RM200 tapi hubby dah berkenan sangat so ambik la
Ambik besar skit Aisyah leh pakai lama..

Nak cari untuk Aini di Poplook takde langsung so Aini pusing2 la cari warna ocean blue juga.
Dan hubby juga la jumpa,, cantik sangat classic.. tengah offer so Aini pun grab.

Lepas tu naik la atas, book meja makan untuk berbuka.
Nak berbuka di rumah takut tak sempat.
Mulanya nak berbuka di Fish Manhattan tapi menu dia totally lain.
Menu yang Aini selalu order dah takde dan Aini hubby frust gak la so makan tempat lain.
Makan di Chicken Rice Shop je.


Waterfall dalam Sogo (foodcourt)

    

Tengok la Aisyah ni.. pantang nampak camera.
Kalau tak pakai mask tu ada je buat muka kelakar..

" ok good mama.. Like this.."

Aisyah tak puasa.. Mama Abah tengok je la Aisyah makan ya
Aini siap bawak bekal roti telur mayo untuk dia.. kenyang skit.

Leka tengok fountain

Berakhir shopping selepas berbuka puasa.
Baju untuk hubby takde yang dia berkenan.
Jadi hubby kata nanti dia shopping sendiri sebab ofis dia dekat dengan PKNS.
Sama macam tahun lepas la.. dia shopping sendiri gak..

Hari Selasa baru ni.. Nudzul Quran
Berbuka puasa dengan ofis mate and Boss di Bukit Jelutong
Makan buffet.. Selalu Aini akan banyak kali bangun duduk ambil makanan
Tapi entah kenapa selera nafsu tu tak kuat..hahaha
Aini makan nasi beriani dan kuih n buah je
Makan daging kambing pun sebanyak 1 senduk nasi je..skit kan..?
Tak nak bangun pi cari makan sup ke, dessert banyak ke..memang takde
Kalau nak bandingkan boss dan staff lain penuh satu meja dengan macam2 makanan..
Habis pulak tu..

Selepas makan Aini hubby decide nak turun ke Jaya Grocer
Beli barang skit-skit lepas tu balik.
Jam pada masa tu 9mlm

Gambar menunggu hubby bawak kereta berhenti depan Jaya Grocer


Ok see you next entry..

With Love,
Aini

Menghayati Peristiwa Nuzul Al-Quran


Nuzul al-Quran merupakan peristiwa penting yang memperlihatkan keagungan dan mukjizat baginda Rasulullah S.A.W
Memperingati peristiwa Nuzul Al-Quran bukanlah sekadar mengetahui sejarah dan tarikh penurunannya. Bahkan, apa yang lebih penting adalah menginsafi matlamat ia diturunkan dan melaksanakannya.
Al-Quran merupakan  satu-satunya kita yang kekal terpelihara sehingga kini. Allah tidak menjadikan sebarang jaminan kepada kitab Taurat dan Injil, lalu ia diubahsuai oleh manusia. Tetapi Allah telah menjamin Al-Quran ini terpelihara hingga hari kiamat. 
Pun begitu, Al-Quran bukan hanya untuk disimpan sebagai perhiasan dinding atau dalam almari serta bukan juga sebagai selingan ketika sunyi atau menghadapi gangguan makhluk halus. 
Sebaliknya, Al-Quran adalah panduan harian kita, yang membimbing kita dalam menghadapi masalah dan cabaran kehidupan kita. Bahkan sebagai panduan hidup bermasyarakat dan bernegara. Barulah kita benar-benar menghargai Al-Quran dan memahami tujuan ia diturunkan oleh Allah SWT.
Semoga pada tahun ini kita terus menghayati peristiwa yang bersejarah ini.
Salam Nuzul Al-Quran.
With Love,
Aini

Sahur simple je

Happy weekend you all..

Ada ambik sambung cuti tak sampai ke Selasa ni.. Aini tak cuti.. nak jimat untuk cuti raya dan cuti -cuti Malaysia.. Kalau ada lah..hehehe

Image: google

Pagi tadi bangun sahur Aini tak rasa nak makan nasi berlauk. 
Hanya mama dan hubby je makan nasi.
Aini makan telur halfcook bersama sekeping roti gardiner..
Letak kicap skit [atsu koyak2 roti tu letak dalam telur halfcook gaul sebati pastu ngap..
Sedapnyaa.. Eh sorry puasa la.. Hehe

Aini pula akan minum air XS Perfect sekali untuk sentiasa rasa kenyang.
2minggu Aini puasa ni, berat badan turun hampir 3kg.

Kalau Aini makan dengan berdisiplin, tak ikut nafsu sangat memang banyk turun. 
Mau 5kg leh turun tapi takpe janji ada turun.

Selepas minum XS Perfect memang membantu untul membuang toxin dalam badan.
Boleh baca entry XS Perfect

Hari ni Aini kerja halfday..
Esok baru nak shopping raya..hehe..

Selamat erhujung minggu..

With Love,
Aini

Bukan kali pertama tapi kali kedua

Assalamualaikum,

Baru-baru ni boss update di FB pasal perbuatan manusia yang suka buat benda syirik.
Ia berlaku tempat Aini bekerja.
Bengkel kereta yang non-stop orang datang untuk buat penyelenggaran/servis kereta.
Budak-budak sini buat kerja memang jujur dan ikhlas.
Itu apa yang Aini nampak dorang buat kerja sepanjang Aini kerja hampir setahun.

Ya, pada mulanya Aini tak percaya sebab dorang pun tak pernah cerita pada Aini.
Yelah buat apa nak buka cerita kalau benda ni dah lepas kan..?
Tapi kali ni, mungkin disebabkan boss Aini dah tak tahan maka dia post juga di FB.
Berkemungkinan orang tu juga ada follow FB boss atau pun mungkin sebagai stalker.

Benda ni rupanya dah berlaku sebelumnya bulan puasa.
Ada customer bagi tau staff dia lalu depan kedai nampak tutup..
Padahal bengkel ni sentiasa buka kecuali hari ahad.
Dan customer lalu di waktu hampir tengah hari.. So what you guys expect..?

Ada juga manusia yang masih guna benda-benda syirik ni kan..?
Walaupun dah zaman modern tapi kalau manusia ni masih percaya pada bomoh memang akan sanggup buat apa saje. Takboleh nak tengoko member ni berjaya dalam bisnes.

Sejak Aini kerja sini Aini sentiasa buka surah Ayat Kursi, Zikir berjam2.. Surah Ruqyah dll..
Boss macam dapat tahu siapa cuma dia hanya berdiam diri dan tak bagi tahu sape2..
Semoga Allah lindungi kami semua.









P/s: Sekarang dan boleh solat jumaat selalu Aini akan duk sorang2 dalam bengkel. tapi dah dengar cerita ni takut la pula..huhu

With Love,
Aini

Salam Jumaat - Fajr Salaah (prayer

 



IMAGINE! It's 5 AM in the morning... you can smell something burning... you realize that the house is on fire... what do you do? Will you evacuate the house and leave your family to burn?

No! You will do anything to wake them up & take them with you!
So how can you know about the blazing hell fire, wake up for Fajr Salaah (prayer) but don't bother waking up your siblings and parents?? #Think? Act! ðŸ™‚

"O you who have believed, protect yourselves and your families from a Fire whose fuel is people and stones, over which are [appointed] angels, harsh and severe; they do not disobey Allah in what He commands them but do what they are commanded." - Qur'an 66:6 -


With Love,
Aini



N'Amour Premium Edition Eau De Parfurm

Assalamualaikum..

Keluaran produk baru Nurraysa..

Berminat boleh hello Aini..






Hari ini 14 April adalah harga promo.
Boleh beli untuk diri sendiri, anak, mak, makcik, isteri or adik perempuan 
sebagai hadiah sempena Aidilfitri.

Jom grab sementara masih tengah duk offer lagi ni..


With Love,
Aini

Aisyah dan Ice-cream Durian Musang King

Assalamualaikum..

Semalam selepas Isyak, rasa nak makan ice-cream.
Aini saje beli Ice cream Musang King sebab teringin nak rasa dia macam mana.
Mahal juga ya harga dia. RM6.30.. Lagi mahal dari Magnum.

Dialog anak beranak..

Aini        : Aisyah mama nak makan ice-cream lah
Aisyah    : Aisyah nak makan ice cream durian
Aini        : Eh tu mama punya. Aisyah kan ada ice-cream oreo mama beli. Aisyah kan suka..
Aisyah    : Nak ice-cream Du..Ri..Annnnn..
Aini        : Takpe Aisyah share sikit dengan mama ya..?
Aisyah    : Ok.. makan sama-sama
Aini        : Emm yelah.. tapi Aisyah makan la ice-cream Aisyah ya..?
Aisyah    : Ok....

Buka peti ais.. bawak ke depan.
Bagi ice-cream oreo dia boleh kata tak nak pulak.. 
Aisyah capai tangan nak pegang ice-cream durian dengan penuh excited..



Bagi oreo dia mengelak.. Bagi Durian senyum sampai ke telinga


Bukan main seronok dia makan ice-cream durian

Kesimpulannya, Aisyah dapat makan ice-cream durian sampai habis.. Mama Aisyah makan la ice-cream oreo sambil mata tengok Aisyah makan..haha

Dia minta tukar ice-cream.. Aini curi2 rasa pun dia marah..
Aisyah..Aisyah..

Pastu masa nak bagi dia tidur.. dia leh jd hyper lak..
hubby cakap.. tuler bagi dia makan ice-cream malam-malam.. kan dh hyper.. Hahahaha

Bagi Aini ice-cream musang king tu sedap..memang terasa durian dia cuma manis dia kuat..
I cannot..

With Love,
Aini


Labels

Followers