What A Romantic Animal..
TaiWani’s Dessert
Sebelum puasa Aini terasa nak makan dessert yang sedap dan benda baru.
Sekali terjumpa la Taiwani's Dessert. Mula-mula ingat makanan non muslim..
Bila Aini buka website dia, rupanya orang melayu yang buat.
Nama owner ni Shazwani. Dia baru je buka bisnes ni tahun lepas tapi tengok sekarang dah jadi famous.
Dengan dessert homemade dia dan lihat gambar-gambar dia memang buat orang terliur.
Kenapa terliur..? Jom tengok gambar dia..
| Signature Taro Balls (RM15.90) |
| TaiFooFah Taro (RM17.90) |
| Ramadan Special: JellyFig Taro (RM17.90) |
Tengah bulan puasa ni leh la kejar order Ramadan Special tu..
Takut habis bulan puasa dah takde dh..
Kalau nak tengok cawangan boleh pi kat Instagram, highlight Agent. Klau takde boleh order online kat website dia..
Aini
With Love,
Macam biasa tetapi bahaya
MACAM BIASA TETAPI BAHAYA
1. Seorang sahabat bertanya : “Berapa gajimu sekarang disini?”,
Maka dia menjawab: “Cuma RM1200 sahaja”
“La banyak tu sahaja, cukup ker nak hidup di bandar besar nie?”
Sejak saat itu, sahabat kita mula membenci pekerjaan yang dia suka dan bahagia selama ini. Ketika dia meminta dari majikan untuk dinaikkan gaji dan ditolak hingga akhirnya dia diberhentikan kerja dan tiada pendapatan hingga kini.
2. Ketika undangan seorang saudara dekat kita bertanya: “Wah, makin ramai ya anak kau ya Jemah, tak sempit ka rumah macam nie?”.
Rumah yang selama ini kita rasa lapang dan bahagia mula rasa sempitnya.
Kebahagian rumah tanpa hutang kita mula memikirkan untuk beli kediaman yang lebih besar dengan hutang besar yang baru. kita mula hilang rasa bahagia dari kediaman kecil kita.
3. Bapa saudara datang berkunjung untuk melihat adiknya yang baru melahirkan anak kecil: “Dapat hadiah apa kali ini dapat anak baru nie?” “Tak da lah bang” Jawab adiknya pendek sahaja.
Maka bapa saudara ini berkata; “Takkan lah tak kasi apa apa, pakcik baru hadiahkan makcik kau sempena habis kelas mengaji dengan gelang bunga ketum baru baru nie”.
Bila petang sang suami pulang, sang isteri mula masam muka memikirkan dia tidak beruntung bernikah selama ini, sejak itu mula jadi sensetif dan rasa tidak dihargai.
Bila sedikit pergaduhan berlaku akhirnya membawa kepada penceraian.
Dari mana puncanya?
Dari pertayaan sederhana saudara kita sendiri akhirnya.
4. Seseorang bertanya kepada pasangan ibubapa yang tua di kampung: “Berapa lama dah anak kau tak balik nie Musalmah?” “dah masuk 3 bulan tak boleh balik nie Rosmah”.
Maka yang bertanya sambung lagi; “ish anak anak aku balik jer tiap tiap bulan waktu PKP ini. Pandai pandai la diorang cipta alasan dan cari jalan”.
Maka hati ibubapa tua ini menjadi sempit, mula membanding bandingkan anaknya dengan anak tetangganya tadi.
Dari dia redha selama ini, akhirnya dia mula berasa sedih sebab anak tak hargai dan mula rasa sakit sebab banyak bersedih hati.
Kawan kawan yang mulia,
Apa sebenarnya keuntungan yang kita dapat ketika kita bertanyakan persoalan ini?
Jagalah diri dan janganlah mencampuri urusan kehidupan orang lain. Jangan kecilkan dunia orang berdasarkan kacamata kita.
Kita akan menjadi ejen kerosakkan dimuka bumi ini, tanya diri kita apakah kita sedang menjadi api yang menyalakan sumbu pelita kemusnahan pada orang lainnya.
Setiap dari kita ada neraca bahagia yang berbeza beza, raikan perbezaan ini kawan kawan
.
.
Sumber : Jom Dakwah
With Love,
Aini
Menu bulan puasa di Rabat, Morrocco
| Harira |
Harira dibuat bersama pelbagai jenis yang dimasak pada waktu yang begitu lama..
Lebih kurang lebih 2 jam baru siap.
| Harira |
| Tarjin couscous |
Setiap kali bulan Ramadan Aini akan ingat bubur Harira ni.
The Devils Wears Prada
Release pada tahun 2006 tapi samapi sekarang Aini masih layan cerita ni
Jalan cerita dia sangat menarik.
Ni buka cerita hantu ya..
Devil ni refer pada boss dia yang selalu bagi pressure pada 2nd PA boss ni..
20 minit nak habis waktu sahur
Aini dah set jam kul 5am.. biasa kau alarm bunyi kul 5..dalam 15minit baru nak bangun.haha
Ntah kenapa semalam aisyah duk kerap jaga plak..
Memang tangkap kepala la kene matahari direct.
So tengah picit kepala hubby si Aisyah ni pun sibuk gak nak tolong juga..
Kalau dia pijak belakang pun dah terasa dah.
Memang sedap la sebab berat dia ok ok je.
| Image google |
Wordless Wednesday - Yunus dah sebulan
Hari ni anak buah Aini yang ke-3 dah genap 1 bulan.
Muka sebiji macam abang dia masa baby dulu..
![]() |
| Yunus Mateen Bin Ibrahim |
![]() |
| Yusuf Idlan Bin Ibrahim (Abang Yunus) |
Kenapa tak sampai-sampai lagi
| Google image |
Tajuk kali ni macam suspen je kan..hehehe
Anak nak tangga bergerak dalam rumah
Hari ni tengok luar blue sky sangat la cantik..
Aisyah pun cakap kat abahnya.. "Abah hitam.." hahahaha
Cerita pagi tadi selepas Aini mandikan Aisyah.

