Pages

Gigi ngilu

 Hi all..
Dah lunch ke?

Hari ni Aini pi pejabat Perkeso di Klang.
Sepatutnya pi dengan bos tapi mak bos masuk hospital..
So aini pi dengan sorang staff ni.. minta dia tolong hantar and drop Aini kejap
sebab sana memang susah nk dapat parking.

Sampai je nampak beratur panjang.
Aini patutnya x perlu beratur sebab ada appointment jam 12 td.
kalau Aini beratur ntah kul brape nak jumpa org tu.. 
So Aini pi kt entrance door tanya staff kat situ kata ada temu janji dgn orang ni
Staff tu minta IC Aini dan contact person in charge.
Alhamdulillah dia suruh Aini tunggu duk dalam bilik kejap pastu dipanggil ke tingkat 4.

Masa balik tengok orang yang beratur kat luar masa Aini sampai pun tak masuk lagi..
I was thinking that I do the right thing.

Bos belanja bagi duit makan.
So Aini makan McD jelah tapi bukan prosperity..
Sebab Aini kurang gemar makan tu.
aini bungkus je makan kat ofis.


Aini sebenarnya takut nak cabut gigi
tapi nak makan kadang2 tak selesa.
Bila minum air sejuk jadi ngilu yang amat.
Tempat ditampal sudah tenggelam dalam..maknanya lubang dah besar la tu.



Bulan lepas pi jumpa Doc gigi..
Ada cerita pasal Aisyah jumpa Doc Gigi
Selepas Aisyah mamanya pula nak cuci dan tampal gigi.

Masa tu gigi yang berlubang tu berdarah dalam gusi.
Selepas doc cuci, ngilu dia takleh cakap la..
Sampai Aini cuba ngelak sbb ngilu takleh tahan.
Doc kata dia tampal sementara dulu sebab dah berdarah so nak bagi gusi tu sembuh.
So tengok next sama ada tampal yang baru bg tetap ataupun cabut.
doc kata kalau tampal pun akan tertanggal balik..

Tak sampai 2 minggu
Bila dah makan-makan, tampalan tu mula tenggelam 
Disebabkan tekanan semasa kite makan..
Sampai sekarang Aini tak pi Klinik gigi..
Seriau la nk cabut gigi.. adehhhh



Duk terbayang jarum besar nak cucuk kat gusi ni yang Aini takut..
huhu..

Tahun depan la cabut..hahaha

You all ada takut tak pi klinik gigi..?

With Love,
Aini


Selawat Nuril Mubin




AMALKAN 40 KALI SETIAP HARI PEROLEH REZEKI DAN DIMAKBULKAN SEGALA HAJAT

Semoga dimurahkan rezeki anda..

With Love,
Aini

Tanjak untuk Yusuf

Jumaat ni 17hb Disember 2021
Hari konvo Yusuf

Cikgu dia suruh cari tanjak
untuk tarian last day dia tadika Yusuf.

hari-hari Yusuf balik tadika akan nyanyi lagu yang dia practice untuk hari Konvo dia.
Ibu Yusuf tanya kat mana nak cari tanjak
So hubby Aini kata dia tahu kat mana ada jual.
Hubby Aini dah order and dapat seminggu lepas tu.

Orang tu buat di rumah dia je di Paya Jaras, Sg.Buloh Selangor.
So Aini ikut hubby pi ambik tanjak Yusuf tu.
Cantik dan kemas je orang tu buat.

Katanya dia selalu dapat tempahan dari negeri lain.
macam sekarang ni dia tengah buat 30 tanjak tempahan dari melaka.

So Aisyah la rasmikan tanjak tu dulu..

Cantik tak?

Aisyah bagi kiss tu..

Cantik kan..?


With Love,
Aini




 

Steering aisyah

Assalamualaikum..

Minggu lepas Aisyah tengok iklan dalam youtube keluar steering toys for kids.
Siap panggil "mama nk tu.."
Abah lalu pun Aisyah cakap siap tunjuk lagi "Abah nak tu.."



Abahnya pun bukak la shopee..
Tunjuk Aisyah ada 2 colour..warna kuning dan pink.
Tanya dia nak mana satu...
"Aisyah nak pink"
As usual..hehe

Benda ni plak macam biasa made in China..
Nasib baik ada stock di Puchong.

So dah order dh..
masih ada promo lagi tu..beli juga la..
Kalau tak setiap hari aisyah tanya nak tu .. nak tu..hehe

Hari dah dapat tu bila bukak bungkusan
Aisyah nampak la kotak gambar steering toy dia..
Bukan main melompat-lompat la dia..

Petang tu ajak Aisyah pusing taman area rumah je
Aini tanya Aisyah
"Aisyah nak bawak mama abah pi jalan-jalan ke?"
Aisyah jawab
"Aah nak bawak mama abah jayan-jayan"

Seronok tul tengok dia..
siap ada kunci kt steering tu, bila on ada keluar bunyi engine kereta
Ada horn
Ada signal
macam real je..

Ada gam jeli leh lekat kt dashboard.
Tapi kereta Aini plak tak berapa straight dashboard dia so asyik tercabut je gam dia





Lepas ni apa plak aisyah nak..Hehe

With Love,
Aini

The Deep Sea


Assalamualaikum

Pernah tak tengok dalam laut sedalam 10,000 meter?
The Deep Sea dapat menunjukkan apa ada di dalam laut sedalam
10,907 meter yang mereka berjaya rekod.
Bukan dalam bentuk visual tapi
dengan bentuk grafik dapat memberitahu kita
apa ada di dalam hidupan laut tersebut.

Jom tengok

Kalau kapal tenggelam semua kenal Kapal Titanic kan.?
Sedalam 8000+ meter dalamnya.

Lt. Don Walsh, USN (bottom) and Jacques Piccard (center) in the bathyscaphe Trieste

Tak dapat nak bayangkan 2 orang yang telah berjaya menyelam dengan sempit macam tu.
Mesti sejuk gila duk dalam tu kan..?
Nama mereka adalah
Boleh klik nama tersebut untuk lebih tahu tentang mereka.

Dah tengok dah The Deep Sea..?
Apa komen you all..?

Quite interesting isn't it..?

With Love,
Aini


Segment Bloglist 2022 Mamapipie

 


Jom join sama-sama (^_^)

With Love,
Aini

Laksa Singapore Secret Recipe

Assalamualaikum

Singapore Laksa Secret Recipe

Tak tahu nak makan apa selain nasi.
So Aini decide beli Singapore Laksa.

Aini malas nak guna foodpanda
So Aini drive ke Secret Recipe tapi bungkus je..
Taknak makan kat kedai sorang-sorang mcm pelik plak rasanya.
Baik makan di ofis sambil tu leh layan movie.

Quite surprise packaging dia sangat kemas.
The mee laksa diasingkan dengan penutupnya sekali.
Bawah dia untuk letak kuah.

So kalau nak tak away makanan yang berkuah
Secret recipe akan bagi bungkusan macam ni.
Senang leh makan terus.
Nak makan dalam kereta pun takde hal.




Sangat sedap dan puas hati chef dorang masak.
sebiji macam dalam gamabr tu.
Dapat 3 ketul udang besar fresh.
Fish cake dan tauhu..

Harga RM18
Kalau campur dengan mana-mana delivery servis could be more.
Jimat la dalam rm5 gitu kan..

Habis licin juga la Aini makan.
Rasa dia macam laksa Johor beza dia me je lah.

Maybe you all should try.. 

With Love,
Aini

P/S: Mana nak cari laksa johor sedap di Puncak Alam ya..hehe

 

SURAH YAASIN - Pengertian setiap ayat

Assalamualaikum

SURAH YAASIN - PENGERTIAN SETIAP AYAT



Ayat 1 - 9 
Untuk keselamatan diri

Ayat 9
 Orang jahat tak nampak kita.

Ayat 12 
Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

Ayat 13 - 35
Mengisahkan orang-orang yang màti syahid. 

Ayat 22 - 23
Untuk menjaga aqidah memberi hidayah kepada anak.

Ayat 29
Sebagai amalan untuk mengelakkan diri daripada difitnah dan kejahatan mulut.

Ayat 29
Untuk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah atau aniaya kita.
Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tersebut.

Ayat 30
Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t.
(harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).

Ayat 32 
Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.
Caranya - Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t,
kita umat Muhammad s.a.w, kita orang Islam dll.

Ayat 33 - 35 
Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.

Ayat 36 
Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan.
Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.
Caranya : Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Ayat 37 
Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri... Hati yang kering akan hidup semula.

Ayat 38 
Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 39 
Mengisahkan ilmu falak.

Ayat 40 
Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 41
Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal, elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.

Ayat 44 
Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - dibaca untuk menjauhkan fitnah dalam hidup.

Ayat 45 - 48
Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.

Ayat 49 
Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
Tiupan pertama - Datang dengan tiba-tiba
Tiupan ke-dua - Hancur
Tiupan ke-tiga - Semua orang dihidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar.

Ayat 50 
Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.

Ayat 58 
Merupakan salam daripada Allah.
Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3 kali.

Ayat 76 
Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan. 

Ayat 76 
Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tersebut.

Ayat 78 - 79 
Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. 
Untuk doa bermula daripada ayat yang bermaksud :
"dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?" 
(Ayat 78 dan 79) - Bacalah jika sàkit tulang, uràt atau tulang patah.

Ayat 79 
"Katakanlah, yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali.
Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."

Ayat 82 
Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu, bacalah 100 kali.
Dibaca pada air dan minum selama 40 hari.
Perlu Baca Dengan Penuh Keyakinan..

Sumber : Noami Mohd Nor




Word Dimension aka scrabble

Assalamualaikum,


Semalam and hari ni agak busy dengan kerja..
sampai tak sempat nak update blog and blogwalking.
Hari ni update skit je janji dapat update.


Disebabkan ada sedikit stress dengan kerja
Aini main la game Word Dimension ni, walaupun kene perah otak jugak
Aini suka main scrabble sejak kecil lagi
So Aini, adik even mama Aini sendiri download and main game ni.
Mama Aini paling advance la..
bila dia free dia main la game ni..
Sebelum dia nak tidur pun sempat lagi mama Aini main word dimension ni.



Semakin lama kita main
semakin susah ayat dia nk letak.
Tapi sekurang-kurangnya dapat tau ayat baru English

Kita dapat berlawan dengan opponent dari luar negara juga.
Dari beginning sampai la ke advance.
Tapi takde la sampai chatting bagai.

Sape minat main scrabble angkat tangan.. hehe

With Love,
 Aini

Gejala virus COVID-OMICRON

 


Pastikan anda memakai pelitup muka, kerana coronavirus varian COVID- OMICRON baharu adalah berbeza, mematikan dan tidak mudah dikesan dengan betul:-

 Gejala virus COVID-OMICRON baharu adalah seperti berikut:-

   1. Tiada batuk.
   2. Tiada demam.

   Hanya akan ada banyak:-

   3. Sakit sendi.
   4. Sakit kepala.
   5. Sakit di bahagian leher.
   6. Sakit pinggang bahagian atas badan.
   7. Pneumonia.
   8. Dalam keadaan biasa, tiada selera makan

 Sudah tentu, ketoksikan COVID-Omicron adalah 5 kali lebih tinggi daripada varian Delta, dan kadar kematian juga lebih tinggi daripada Delta.

 Ia mengambil sedikit masa untuk penyakit itu berkembang ke tahap keterukan yang melampau, dan kadangkala tiada gejala yang jelas.

  Marilah kita lebih berhati-hati!

 Strain virus ini tidak akan disimpan di kawasan nasofaring. Ia secara langsung memberi kesan kepada paru-paru, iaitu, "tingkap", dan tempohnya agak pendek.

 Beberapa pesakit yang telah didiagnosis dengan Covid Omicron akhirnya didiagnosis sebagai tidak demam dan tidak sakit, tetapi radang paru-paru dada ringan ditemui pada sinar-X.

 Keputusan ujian swab hidung untuk COVID-Omicron biasanya negatif, dan bilangan kes negatif palsu ujian nasofaring semakin meningkat.

 Ini bermakna virus itu akan merebak dalam komuniti dan menjangkiti secara langsung paru-paru, membawa kepada radang paru-paru virus dan kemudian menyebabkan tekanan pernafasan akut.

 Ini menjelaskan sebab Covid-Omicron telah menjadi sangat berbahaya, virus itu sangat ganas, dan kadar maut adalah tinggi.

 Sila berhati-hati, elakkan tempat yang sesak,
jaga jarak 1.5m walaupun di tempat terbuka,
pakai topeng dua lapis, pakai topeng yang sesuai,
dan basuh tangan anda dengan kerap apabila semua orang tiada simptom (batuk atau bersin).

  COVID OMICRON 
"GELOMBANG" ini lebih mematikan daripada gelombang pertama Covid-19.
Jadi kita mesti berhati-hati dan mengambil semua jenis langkah untuk mengukuhkan pencegahan coronavirus.

 Jadilah juga seorang komunikator yang sangat berwaspada dengan rakan dan keluarga anda.

 Jangan tinggalkan maklumat ini kepada diri sendiri,
kongsikan dengan saudara-mara dan rakan-rakan lain sebanyak mungkin,
terutamanya dengan keluarga dan rakan-rakan anda.

#Copypaste


Labels

Followers