Pages

Rahsia besar cili hijau

 

Tahukah anda cili hijau juga mempunyai manfaat untuk kesihatan badan.
Ini kerana, cili hijau kaya dengan zat.

Dr Harsh Vardhan berkongsi kepentingan cili hijau yang boleh dijadikan sebagai satu bahan diet.
Cili hijau kaya dengan pelbagai nutrisi termasuk lebih enam kali ganda vitramin C 
yang terdapat dalam buah oren.

Ia juga memberi kita vitamin A, B2, B6, niasin dan folate yang penting dalam tubuh badan.


Kenapa cili hijau penting dalam diet seharian?


 Kaya dengan fiber yang penting untuk sistem penghadaman sihat.

Membantu melicinkan kulit kerana ia kaya dengan vitramin C dan E.

Mempunyai kandungan air yang tinggi dan tanpa kalori, sekaligus menjadikan ia pilihan sihat kepada mereka yang ingin turunkan berat badan. Ia juga meningkatkan metabolisme dan mempercepatkan proses pengurangan berat badan.

Kaya dengan beta seperti karotena, antioksida dan 'endorrphins' yang membantu menjaga kesihatan jantung.

Penggunaan cili hijau yang kerap boleh menyeimbangkan tahap gula dalam darah dengan mengawal tahap insulin.

Dapat membantu meningkatkan imuniti dalam badan.

Kandungan vitamin K dalam cili hijau mampu mengurangkan risiko Osteoporisis dan pendarahan serius jika tercedera.

- Sumber: Mstar -


Jadi kita rajin-rajin makan cili hijau ya..
Memang ada cili hijau yang pedas dan ada juga yang tak pedas langsung.

Ada kawan IG Aini dari Australia.. anak umur 3 tahun boleh makan cili hijau macam tu je..
rupanya yang tu jenis tak pedas punya.. 

So lets eat green chili people.. 

With Love,
Aini



3 comments:

  1. Tak pernah beli lagi cili besar hijau ni. Pernah makan sekali dalam nasi ganja. Sedap pulak makan rangup rangup macam tu. Banyak juga khasiatnya tu. terima kasih share. Mungkin lepas ni boleh masukkan dalam list barang dapur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama (^_^)..
      Ya betul.. sedap juga klau mkn dengan nasi mcm jadikan ulam kan..

      Delete
  2. Anak2 ammi suka sambal ikan Cili hijau..

    ReplyDelete

Thank you for dropping at Aini's blog.

Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For further inquiry kindly email me at noorainimohdhalim@gmail.com

Happy Blogging (^_^)

Labels

Followers