Pages

Dapat interview tapi...

Assalamualaikum..

Aini dapat incoming email 
Nampak tajuk interview je..so Aini buka lah


Setahu Aini memang takde apply jawatan ni..
Kalau bab sales memang tak lah.. I suka design2 je atau pun account ok lah
Sekali bila baca sampai habis rupanya jawatan sebagai Sales Manager..

Gaji memang wow lah 
Tapi Aini kureng la bab sale..
Aini ni memang tak pandai bab sales nak cari client 
Dan lagi satu Aini tak pandai bercakap..Bukan jenis yang talkative

I think I have toi just let it go..let it go..
Haa Aisyah baru la minat dengan cerita Frozen ni..
Lambat kan Aini bagi dia tengok
Sebabnya sebelum ni dia suka tengok spiderman..
Eh dahlari topik la..
Ok la itu saje nak bebel dalm blog ni..haha

With Love,
Aini




 

Wordless Wednesday: Aisyah solat bersama mama

Malam semalam Aisyah nak solat bersama Aini
Sama-sama ambil wudhu
Sama-sama bentang sejadah
Aisyah nak pakai tudung
Lengan baju nak biar camtu..haha


Malu taknak mamanya tengok
Aini curi-curi ambik gambar
Tengah berzikir tu.. tasbih tu opah bagi untuk dia guna..
Dengar la dia cakap Subhanallah
pastu selebihnya bisik-bisik angin je..haha

Ni sempat snap gambar muka dia..
Lepas dia nampak dia malu..hehe

Tunjuk hidung dia plak..haha

With Love,
Aini

Aisyah jumpa kubur Tok Wan

Assalamualaikum..

Kejap je dah masuk bulan Ogos kan..? 
Lagi berapa bulan dan nak penghujung tahun 2022..
Sabtu lepas baru ni pergi kenduri kahwin kawan mama Aini.
Mungkin setelah lama dia keseorangan akhirnya dia berjumpa dengan pasangan hidupnya
Anak-anak dia pun dah besar dah.
So dapur pun tak berasap la..hehe
Lunch di kenduri kahwin bersama mama Aini dan Aisyah.
Baju and seluar dia yang pilih.. dah besar dah Aisyah
Pandai nak pakai baju apa.


Aisyah pi kenduri bawak unicorn dia sebagai peneman.hehe

Petang pula jam 3, Aini pi Selayang dengan hubby pula
Ada kenduri Aqiqah sahabat hubby.
Aisyah kata dia lapar..
Makan la nasi lagi sebab ada lauk favourite dia.. Lauk kari..hehe
Maklum lah ada darah Kedah Penang belah abahnya..

Sebelum balik sempat ziarah kubur bapa mentua Aini..
Aini memang tak sempat jumpa arwah.
Telah meninggal pada tahun 2004.
Aini kenal hubby tahun 2007.

Aisyah banyak gak lah tanya pasal orang yang dah meninggal ni
Dia nak cuba faham..
Orang yang sakit dah meninggal akan dikebumikan..
Aisyah siap nampak kubur kecil.. kubur baby..
Aisyah cakap banyak baby..
Aini pun jawab Allah sayang baby
Allah sayang Tok Wan Aisyah..

Pastu Aisyah cakap klau Aisyah sakit..? 
Aini diam je..Hubby sambung..Aisyah sakit abah bawak Aisyah pi jumpa doktor..
Aini senyum je..




Penat sangat terus tidur dalam kereta


Sampai rumah sementara nak tunggu air masak untuk mandikan Aisyah
Aisyah berlari dari dapur ke ruang tamu
Disebabkan seluar dia terlondeh Aisyah terpijak seluar lalu jatuh depan Aini.. 
Aini panik sebab takut berdarah kat mana-mana ke..
Aini tanya sakit mana dia tunjuk kepala dia..
nampak lekuk ke dalam sebelum dahi dia membengkak..
Sian dia..



Aini nak snap terus dia tunjuk
Aini cakap Aisyah big girl kan..Aisyah kuat.. terus dia angguk
pastu dia cakap tapi sakit...

Itu la kisah Aini pada hujung minggu..
Ahad tu semua rehat..masing-masing letih..
Aisyah takyah cakap lah..sentiasa aktif..hehe

With Love,
Aini





GIVEAWAY BZ SATU 2022

Hello all dear bloggers..

Saje-saje Aini blogwalking
Nampak lah kawan-kawan share GA ni..
Rasa macam dah lama tak join GA ni kan.. 
Ok sape nak join leh klik banner di bawah ni ya..



 Syarat-syarat dia simple je..

💝 FOLLOW blog ZARIDA
💝 Beralamat di MALAYSIA
💝 Buat satu posting dengan tajuk GIVEAWAY BZ SATU 2022 dan masukkan sekali banner di atas dalam entry tersebut dan back link ke entry giveaway ini
 💝 Sila tinggalkan link entry korang tu di ruangan komen entry giveaway ini.


TARIKH TUTUP:
13 OGOS 2022, jam 11.59 malam


SENARAI HADIAH:
👉 1x set Inai Republic (Pilihan Leopard Edition atau Chocolate Edition)
👉 1x Inai Mommy (Pilihan warna:  Red, Maroon, Pink, Brown, Black)
👉 2x Inai Baby (Pilihan warna:  Red, Maroon, Pink, Brown, Black)
👉 Saguhati Penyertaan - akan dimaklumkan kemudian.


Wishing you all good luck..
Menarik tengok hadiah2 dia tu..kan..kan..hehe

With Love,
Aini

Wordless Wednesday: Aisyah & ice-cream



Ice cream tu mama Aisyah punya..
Memang tinggal satu pun sebab dia punya dah makan dah minggu lepas..
Ni mama Aisyah baru nak makan..
Dia pun nak rasa skit..
End up dia yang habiskan semua..
Takpelah nakk... janji happy..
Mama dapat rasa skit pun jadi lah..hehe

With Love,
Aini

 

Limau kukus boleh buang batuk degil

Assalamualaikum..

Petua ni dari mama Aini..
Bila Aini batuk mama Aini akan buat ni untuk Aini sejak kecil lagi
Hari tu Aini kerap batuk..Ubat batuk pun dh sampai 3 botol
So mama Aini cakap buat yang mama biasa buat tu..
Kukus buah oren dengan gula batu

Kali ni Aini buat bersama assistant Aini.. Aisyah bumbum..
Nak sangat tolong katanya..

Sejak bulan lepas dia duk rajin tolong mama dia basuh pinggan
Suap ubat bila kali nampak mama n abahnya nk makan ubat
Bila abahnya demam, Aisyah rajin letak kain basah letak atas kepala
Syukur, Aisyah akan jadi anak yang baik bantu parents dia bila besar nanti..InsyaAllah

Ok cara nak buat ni simple je..

Dua biji limau.. Nak letak lembih limau pun xpe

Gula batu (Apa brand pun takpe)

Gula batu ditumbuk kasar..Jangan halus sangat

Limau dipotong suku.. Jangan separuh
Cucuk dengan garpu untuk bagi gula batu masuk dalam limau
Nampak assistant Aini buat tu..hehe

Tabur gula batu di atas limau dan tekan sedikit utk bagi gula tu masuk dalam

Tutup limau di bahagian atas dan cucuk toothpick supaya limau stim dalam tu steady
Kukus selama 3-5min.. 


Selepas kukus, letak tepi bagi suam sejuk dan makan..

Amalkan 3 hari berturut, InsyaAllah kurang dah batuk tu..

Aini buat limau tu untuk hubby Aini..
Dia dah mula kerap batuk, so Aini buatkan untuk hubby and Aisyah
Aisyah suka makan limau.. her most favorite fruit
Malam tu hubby makan
Hari esoknya batuk dia pun dah kurang..Alhamdulillah

Selamat mencuba..💓

With Love,
Aini

Adab kat mana???


Semalam saya pulang awal ke kolej kediaman universiti,

memandangkan masih ada urusan yang perlu diselesaikan, walaupun pelajar lain masih bercuti, peperiksaan akhir semester bermula minggu depan. Ketibaan saya disambut oleh polis kampus. Parkir kosong. Blok sunyi.
Pagi tadi selepas pulang dari bersarapan di pekan, saya bertemu dengan kontraktor pembersihan yang sedang menyapu lantai di sekitar koridor blok asrama.
"Awal masuk kerja bang, orang lain cuti lagi". Saya sapa dengan senyuman. Membuka perbualan.
"Haah dah kerja dik, dari hari ahad lagi". Beliau hanya mengangkat kepala sedikit tanpa tangannya berhenti menyapu.
Saya senyum. Dikala orang masih cuti beraya, beliau sudah mula bekerja. Saya guna peluang waktu lapang yang ada untuk berbual dan bertanya khabar. Sejujurnya, itulah kali pertama saya sempat berbual dengan beliau. Kebiasaannya hanya sempat memberi salam ketika bertembung hendak ke kelas waktu waktu pagi.
Beliau masih menyapu lantai. Matanya tertumpu pada bulu-bulu penyapu yang bergerak menolak habuk dan sesawang, alat dia mencari rezeki. Saya memandang penuh minat. Minat pada orang yang berhati cekal.
"Bang, selama abang kerja sini, ramai tak pelajar yang ucap terima kasih dekat abang?". Saya bertanya spontan.
Kali ini tangannya berhenti menyapu. Beliau mengangkat kepala memandang saya. Tampak bibirnya sedikit muncung, tanda jawapan kepada soalan saya. Matanya tersenyum. Saya diam.
"Adik perasan tak ramai pekerja baru?" beliau mengaju soalan pada saya. Saya hanya menggeleng.
"Ramai yang berhenti sebab tak tahan. Kebanyakkan sebab sikap pelajar sendiri". Beliau membuka cerita. Saya hanya mendengar penuh perhatian.
Dari perkongsian beliau, sepanjang bekerja, hanya dua atau tiga orang pelajar yang menegur atau berterima kasih kepada pekerja kontraktor pembersihan sepertinya jika bertembung. Selebihnya hanya bermasam muka dan cercaan.
Sudah beberapa kali ketika menyapu lantai, pelajar yang lalu berhampiran akan mencampakkan pembalut gula-gula atau tisu ke lantai, isyarat untuk pekerja pembersihan menyapu sampah tersebut.
Ada pelajar yang ketika hendak lalu di koridor yang sedang beliau bekerja, beliau akan berhenti menyapu untuk memberi laluan. Sebaik melepasi beliau, pelajar tersebut berpaling dan meludah ke lantai, dekat dengan penyapu beliau. Pada awalnya beliau ada menegur, namun lama-kelamaan dibiarkan saja. "Masing-masing dah besar dik", jawab dia ringkas. Bermakna perkara ini bukan baru terjadi. Iya, ini dilakukan oleh pelajar universiti.
Sambung beliau, dua bulan lepas ada kakak yang juga kontraktor pembersihan berhenti bekerja. Kesnya ketika dia sedang menyapu lantai di blok asrama, ada pelajar perempuan meludah dekat dengan dia. Ditegur penuh hemah. Kesannya dia dimaki oleh pelajar tersebut. Iya, pelajar universiti. Perempuan.
Katanya lagi, makian dan cercaan tu sudah biasa. Ada pelajar yang simpan sampah dalam rumah (kolej kediaman seperti apartmen), selepas dua tiga hari baru dikeluarkan. Akibatnya sampah sudah membusuk dan berair. Mereka, pekerja pembersihan yang disalahkan.
Ramai pelajar yang membuang lebihan lauk atau ais ke dalam tong sampah, bukan ke dalam sinki. Bila ais mencair, bercampur dengan lauk dan sisa makanan lain, bau busuk memenuhi blok. Jika ada yang tumpah ke lantai, esok mereka akan dipanggil oleh penyelia asrama, diberi amaran atas aduan pelajar, pekerja pembersihan tak pandai buat kerja.
Saya bertanya pada beliau, siapa pelajar ini?
"Sama je semua dik, Melayu, Cina, India. Baik jahat ni tak tengok bangsa dengan agama, dia atas diri sendiri". Ringkas jawapan beliau.
"Nak kerja macam ni hati kena kental dik. Kami bukan nak pujian pun, cukup lah kalau orang buat macam kami ni wujud. Beliau sambung bekerja. Saya diam, termenung. Seakan tidak percaya.
Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku, tambahan pula di universiti, institusi pengajian tertinggi dalam negara, tempat para ilmuan dan para sarjana menuntut ilmu. Bagaimana mungkin orang berilmu berperilaku sedemikian? Apa makna pada sijil diploma dan sarjana jika tiada keluhuran budi pekerti dan adab?
Akan datang, pelajar universiti ini akan bercampur dengan masyarakat, jadi cikgu, ketua masyarakat, akan jadi ketua-ketua jabatan, pegawai di pelbagai agensi, bekerja di kementerian, bahkan mungkin ada yang akan jadi menteri. Bagaimana nasib generasi akan datang jika negara ditadbir mereka yang tiada adab?
Kita tidak maju bukan kerana salah parti politik atau para politikus. Tapi kita tidak maju kerana masyarakat masih mempunyai pemikiran yang mundur, jiwanya tidak merdeka, akalnya sempit.
Tiada makna segala kemajuan infrastruktur dan ekonomi yang kukuh jika kita masih hidup berkasta.
Sumber : Mohamad Reeza

Wordless Wednesday: Aisyah loves art


Aisyah suka dengan seni
Macam mama and abah dia..
Dari kecil suka seni
Tak kisah la melukis, mewarna ataupun deco2 diy bagai..

Aini ikut je klau dia masih minat dengan arts why not..
Maybe klau dia besar nanti nak attend art class pun ok..
We do our best for our child's interest..

With Love,
Aini

 

Aktiviti hujung minggu

Assalamualaikum,

Hari Ahad lunch di Secret Recipe, Puncak Alam
Bersama dengan mama Aini & Aisyah sahaja
Hubby Aini demam sejak balik dari kerja hari Sabtu tu
Suhu terus naik 39-40 off and on.. 

Aisyah letak kain basah di kepala abahnya

Selepas solat Zohor Aini bertiga gerak ke Secret Recipe..
Kalau makan waktu makan memang sesak nanti.
Sampai je sana, Aisyah nampak cake..
Terutama kek yang ada duri-duri..
Kek tu plak tak dipotong lagi, masih elok in one piece

Aini tanya Aisyah, "Aisyah nak kek durian ke?"
Aisyah terus angguk. Aisyah memang suka durian..haha
So cari tempat duduk order makanan.
Kek Aisyah yang sampai dulu..siap request small candle..

My beloved mama and lovely Aisyah
Baru lepas tiup lilin.. pandai dia.. 1st time tiup lilin
aisyah cakap mama api..api..haha comel je


Celebrate bertiga je.. Abahnya demam

Nak order nasi goreng sate untuk hubby tapi semua nasi dah habis..
Mesti ramai datang makan tengah hari masa tu..

So Aini belikan mee kari untuk hubby..
Berpeluh-peluh dia makan kat rumah 
Dia kata sedap.. 1st time dia makan..

Mee kari di Secret Recipe memang sedap
Dan juga Singapore Laksa..
Tu one of my favourite la klau Aini pi sana..

Tak sempat nak snap gambar Aini makan..
Lapo bebenor..haha

Mama makan Mee Kari
Aisyah Pasta Carbonara - memang tu je dia makan
Aini makan Ipoh Hor Fun (mcm kuehteow sup)
Saje nak merasa..hehe

Selepas balik dari lunch
Ada parcel atas mailbox
Aini beli pelampung untuk Aisyah mandi kat pool nanti
Aisyah suka kuda so dia pilih unicorn warna pink..

Klau ikutkan pelampung ni sesuai untuk umur 1 - 4 tahun
Tapi klau bdn kecik and ringan rasanya Aisyah 5 tahun leh pakai lagi tu..


Sejak dapat pelampung ni sampai sekarang duk main ke hulu ke hilir..haha

Aini beli dengan harga RM16.90
Harga asal RM34.. banyak kan diskaun dia..?

Nak beli pelampung macam Aisyah ni leh klik di link bawah
Ada banyak design

With Love,
Aini

Happy weekends

Assalamualaikum..

May you all have a very happy weekend with your family and loved ones.

I didn't get to celebrate my daughter's birthday this month 

But I promised her that I will bring her somewhere and make her enjoy her fun time

Today my hubby had to work, probably he will be home by night

So I will spend the time with Aisyah and my mum at home


from Mr.Google


I am planning to go to the nursery to buy new flowers for our garden

Seems our garden haven't much of other colors than greens

Trying to find some yellows, pinks, and reds

After I watched it from this YouTuber it really inspires me a lot

And if only I could stay in a place like her

Such calm, beautiful nature surrounded you


You can watch her YouTube at Her86m2

She also owns her personal blog too Blog Her86m2


Selamat beristirehat..


With Love,
Aini

Labels

Followers