Aisyah demam lagi
Bila anak hack fon kita
ISTIGHFAR KABIR 50x - BAZLI UNIC Daily Dhikr | Zikir Harian - الأذكار ال...
“Aku pohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Hidup lagi Mentadbir langit dan bumi,
Maha Pengampun segala dosa, Empunya sifat Kehebatan dan Kemuliaan,
Aku bertaubat kepadaNya dari semua maksiat seluruhnya dan segala dosa dan kesalahan,
Dan dari setiap dosa yang telah aku lakukan, dengan sengaja dan tersalah pada zahir dan batin, perkataan dan perbuatan, pada seluruh gerak geriku, diamku, lintasan fikiranku dan nafasku seluruhnya sentiasa berkekalan,
Dari dosa yang aku ketahui dan dari dosa yang aku tidak ketahui.
Sebilangan apa yang diliputi dengannya ilmu Allah dan yang dicatit oleh kitab dan yang digariskan oleh kalam dan sebilangan apa yang diadakannya oleh kekuasaan Allah dan yang ditentukannya oleh kehendak Allah,
Dan sebanyak dakwat kalimat Allah seperti mana yang sayugia bagi sifat Jalal Zat Tuhan kami dan JamalNya dan kesempurnaanNya,
Dan sebagaimana yang dikasihi oleh Tuhan kami dan Dia redhai.”
sumber: izdeen.com
Trauma masih ada lagi
Setiap kali lalu tepi almari dan tong sampah, mata Aini akan terpandang ke arah situ
Masih terngiang-ngiang suara ular tu di telinga
Setiap ada bunyi pergerakan halus atau bunyi plastic Aini akan terus pandang mencari
Perasaan masih trauma dan fobia..
Aini harap kesan dalam diri Aini ni dapat pulih secepat mungkin.
Takut melarat sampai bila-bila..
Semalam hubby balik dari kerja,
Dia bagi Aini ikan dalam plastik..Masa tu Aini xtau itu ikan..
Masa hubby bagi Aini dia suruh Aini pegang part hujung..
Aini jadi takut.. Aini cakap Aini masih takut lagi duk terbayang lagi..
Terus dia cakap ni ikan patin dia beli..
Memang besar la ikan pating ni..
Hubby minta Aini tolong bersihkan buang lendir2 tu..
Kalau diikutkan, Aini ok je nak basuh/siang ikan
Tapi entah kenapa, Aini terbayang Aini pegang ular tu..
Sambil Aini bersihkan Aini cakap pada diri Aini "It's just a fish" ulang 3 kali
Sampai hubby terdengar Aini cakap..
Hubby terus tanya "Apa Aini cakap..?" Aini jawab "takde apa2.."
Hubby tanya lagi.."kenapa..masih terbayang lagi ke..?"
Aini pun angguk.. terus hubby diam.. dia faham yang kita masih trauma
Lepas tu elok plak Aisyah datang nak tengok Aini ikan..
Sambil bersihkan ikan mula la Aisyah tanya macam2..
Atleast dapat Aini lupakan ular tu..
Ular tedung dalam rumah
Semalam adalah paling ngeri buat Aini..
Aisyah demam seminggu
Dua minggu lepas.. Aini pi kenduri kahwin dengan mama Aini dan Aisyah
Cuaca pada masa tu agak panas.
Balik rumah dah settle, Aini baringkan Aisyah bagi dia susu sambil tengok favourite cartoon Molang
Aini rasa badan dia sangat la panas..
Check suhu semua 38+..
Aini bg ubat demam.. esoknya ok..tapi bila malam je dia panas balik.
Hari Selasa dia batuk pula..malam tu dia muntah kahak banyak keluar..
Sian Aisyah sampai merah muka dia..
Doc advice klau masih demam sampai hujung minggu kene ambik darah.
Sabtu tu badan Aisyah duk panas lagi..hampir seminggu
Aini & hubby decide bawak Aisyah ke klinik lagi.
Doc kata kene ambik darah..
Klau darah putih banyak tanda dia ada bakteria
Darah putih rendah samada Influenza, Covid atau lain..
Selepas 5minit Aini berdoa minta la darah putih tinggi..
Alhamdulillah hanya bakteria je..
So doc bagi antibiotik untuk bagi cepat sembuh..
Hari esoknya Alhamdulillah Aisyah dan sembuh sehingga sekarang.
Cuma tinggal batuk je.. so kene control la apa dia makan.
Bergambar di Sawah Padi Sabak Bernam
Hi all..?
Ada yang bercuti tak minggu ni..?
Aini baru teringat minggu ni cuti sekolah kan..
Patut la Aini tengok kawan-kawan duk update IG / Whatsapp status pi cuti-cuti Malaysia..
Memang best la kan..?
Aini tak pi mana-mana, maybe akan pi short vacation pada bukan cuti sekolah.
And plan nak pi hari bekerja je..xde la hadap jam nnt..
Kesian Aisyah tak pernah dia pi bercuti mana2 sejak dia baby lagi..
Takat pi balik kampung and shopping mall je.
Alhamdulillah blog dah ok..
Bukan apa Aini takut pula bila update blog nanti kene virus kat kawan-kawan blogger.
Aini berjaya remove yang patut dibuang..
Dan ada juga seorang hamba Allah rakan blogger yang baru kenal offer diri untuk bantu tanpa caj apa-apa..
Terima kasih Dasir ya.. Leh la singgah ke blog Dasir ni..
So macam biasa Aini akan update cerita baru..
Banyak nak kene update ni..hahaha
Buat draft2 dulu.. klau ok kita post on time ataupun auto publish..
Kene 2 hari MC akibat asma yang teruk.
Alhamdulillah bukan sebab covid.
Malam-malam dah kene serang asma..padan muka..haha
Tapi tuler Doc agak risau sebab kerap pakai inhaler warna biru ni..
So dia bagi inhaler baru kene pakai 2 kali sehari setiap hari..
Itu untuk prevent dari kene asma..