Pages

Suami positif covid

 Assalamualaikum..

Dah lama Aini menyepikan diri.. klau ikutkan hati memang nk update blog 2 kali atau lebih utk sebulan.. tapi bulan July tu adalah bulan yang paling perit buat Aini dan keluarga. 

15 July 2021 adalah birthday anak Aini (Noor Aisyah) dah 3 tahun dah dia.. yang sedihnya abahnya xde disisi dia.. Pagi tu dapat call dari hubby pagi tu yang hubby positive covid. Masa tu hubby ada di Tronoh, Perak. Cerita dia camni..

7 July 2021, Aini & hubby ambik 1st vaccine di IDCC. Esoknya pula, hubby kene pi kerja operasi bersama kawan ofis dia. So berdua la naik kereta pejabat untuk pi operasi di luar. Masa tu dia kene pi Pahang. Malam balik rumah dia dah mula rasa tak sedap badan, masing2 ingat kesan daripada vaksin tu sbb Aini sendiri pun ada demam skit so kami fikir daripada kesan vaksin tak fikir pasal Covid.
Esoknya dia balik Tronoh sbb nak hantar maknya pi ambik vaksin. Maknya duk sorang di kampung. day after day dia start demam. Dia video call Aini tgk hubby mmg nmpk weak.. masih lg tak fikir pasal covid sbb mungkin dia x cukup rest selepas ambik vaksin tu.

3 hari demam tak baik2, kakak ipar Aini call hubby suruh pi buat swab test termasuk maknya skali. Dapat result tempoh 48jam.. hati makin lama x sedap tapi cuba fikir yg baik2. 

15 July 2021, hubby call Aini yang di positive covid. Aini terdiam agak lama dan terus nangis. Maknya negative. 


hubby dalam ambulan

Aini tunggu klinik buka untuk buat swab test

Esoknya KK ambik suami untuk kuarintin di Stadium Ipoh disebabkan dia ada darah tinggi. hubby minta Aini, Aisyah dan Mama Aini untuk buat swab test sbb hubby ada dengan aini 3 hari sebelum dia demam. 

Alhamdulillah result Aini bertiga negative covid. Cuma masih risau kata Aisyah sbb dia tgh duk demam. Aini rasa dia demam sbb rindukan Abahnya. Hampir sebulan dia tak jumpa Abah dia. 
Everyday buat video call dengan hubby, sama2 nangis, sama2 ketawa untuk sedapkan hati masing2 dan sama2 fikir positive untuk bagi hubby terus kuat. 

Alhamdulillah doc bagi tau dalam darah hubby xde covid, xde main2 kat area paru2. dia main2 kat area tekak je, disebabkan juga hubby dh ambik 1dos vaksin so doc nmpk ada vaksin dlm darah hubby. Jadi dia dapat kuarintin di Stadium Ipoh selama 6 hari je tak lama sebab bacaan darah tinggi dia rendah dan tahap level covid dia sght2 rendah. 
Maknya kene pakai gelang pink sbb close contact walaupun dia negative.

26 July 2021, hubby dapat pulang ke rumah jumpa Aini dan Aisyah.
Rasa nak peluk terus tapi kami setiap kali balik rumah dari mana2 akn naik mandi dulu. Selepas mandi sama2 peluk lama2, aisyah pun duk lekat kt abahnya walaupun dia xtau apa yg jadi tp nampak aisyah melepaskan rindu kat Abahnya.

Ya Allah, aku bersyukur suamiku dipanjangkan umur. Aku tak bersedia lagi klau suami tinggalkan aku tapi kalau Allah lebih sayangkan suamiku, aku Redha. 

Semoga kami sekeluarga dilindungi dari penyakit bahaya ini. 
Kau angkat la penyakit wabak ini agar kami dapat hidup seperti biasa.
Aamiin.

Bagi yang kehilangan insan tersayang akibat covid19, Aini ucapkan takziah buat kamu sekeluarga dan bagi yang sedang melawan covid ni Aini doakan semoga cepat sembuh dan kembali bersama insan tersayang.

Terima kasih sudi baca blog Aini yang tak seberapa ni sehingga habis.

With Love,
Aini






3 comments:

  1. Allahu..dugaan bila pasangan dijangkiti virus COVID-19. Syukur berjaya melawan virus jahat dan dah habis kuanrantin. Dapat anak jumpa ayahnya. Semoga Allah lindungi kita semua. Aaminnn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah semoga kami semua dijauhi penyakit bahaya ini..Aamiin Aamiin

      Delete
  2. Semoga kita semua dilindungi oleh wabak brbahaya ni

    ReplyDelete

Thank you for dropping at Aini's blog.

Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For further inquiry kindly email me at noorainimohdhalim@gmail.com

Happy Blogging (^_^)

Labels

Followers