Pages

Budak pomen belanja minum milo ais Kawwww

Aassalamualaikum,

Happy weekend you all.. Hari ni pi mana..?

Hari ni petang selepas balik kerja nak pi Lulu Hypermarket di Setia Mall. Mostly Lulu ni owner dia orang arab sebab klau pi hypermarket dia banyak jual barang masakan arab.. The paste, the olives and the olives oil.. Kuih arab.. segala macam la kat sana.. Memang syok la pusing dalam tu..kadang-kadang sampai berjam-jam. Teringat zaman Aini duk Morocco dulu..

Anyway, tadi Aini order Subway chicken Terriyaki Wrap.. lapar la plak kan.. tapi tak order set la.. Air dia banyak jenis soft drinks. Aini tak berapa gemar sangat soft drinks ni. So Aini buat la air panas sambil leh mkn dengan chicken wrap ni. Sekali ada sorang budak pomen ni belikan Aini milo ais.. Dia kata ni milo ais kaw kak.. sedap.. Haha mentang2 dorang dah tau Aini suka minum air milo.


Nampak tak pekat milo tu.. Pekat dia dan manis dia.. huhu.. leh potong kaki ni.. Aini minum skit2 dulu bagi ais cari so kurgn la manis dia nanti.. Tapi bilik ni dah la sejuk, pastu pagi td baru lepas hujan.. naik beku dah jari jemari ni.. hehe

Pernah makan milo ais kepal tak..? Aini tak gemar makan camtu, manis ya amat bila tengok dorang letak dalam tu.. Macam dah sunyi je orang jual tu kan atau masih ada lagi..?

With Love,
Aini



Cuci tandas pejabat/bengkel sendiri

Assalamualaikum,

Ramai yang tahu setiap pejabat ada cleaner sendiri.. Tapi tidak semua kedai kecil ada cleaner macam tempat Aini kerja. Aini kerja sebagai Admin cum Account. Memang tak ada dalam job scope Aini untuk cuci tandas tapi sebagai manusia yang prihatin dan suka kebersihan Aini akan cuci tandas demi untuk diri sendiri dan juga pelanggan. 

Dia ada 2 tandas, 1 yang toilet seat dan 1 lagi yang toilet bowl. Selalunya pelanggan akan guna toilet seat sebab yang tu lagi bersih daripada yang sebelah. Yang sebelah tu bersih juga cuma pomen selalu basuh tangan dalam tu dan kesan minyak hitam tak boleh tanggal dari sinki tu.. so hitam legam la macam kene cat hitam sebab kesan daripada minyak hitam dan tools kereta kan..? Kalau ikutkan tak sesuai basuh tangan dalam tu..

Anyway, toilet seat tu almost everyday cuci sebab orang pijak lantai akan cepat kotor. Takpelah Aini anggap je macam basuh toilet kat rumah sendiri sebab kita pun guna toilet tu selalu. Janji kita selesa bila menggunakannya kan..

Google Image

Tempat kerja you all ada tak kene bergilir dengan staff cuci tandas atau memang dah ada cleaner..?

With Love,
Aini




She's Gone (Lyric) Steelheart

Love this song like forever..


She's gone
Out of my life
I was wrong
I'm to blame
I was so untrue
I can't live without her love
In my life
There's just an empty space
All my dreams are lost
I'm wasting away
Forgive me, girl
Lady, won't you save me?
My heart belongs to you
Lady, can you forgive me?
For all I've done to you
Lady, oh, lady
She's gone
Out of my life
Oh, she's gone
I find it so hard to go on
I really miss that girl, my love
Come back into my arms
I'm so alone
I'm begging you
I'm down on my knees
Forgive me, girl
Lady, won't you save me?
My heart belongs to you
Lady, can you forgive me?
For all I've done to you
Lady, oh, lady
Oh, lady
Lady, won't you save me?
My heart belongs to you
Lady, can you forgive me?
For all I've done to you
Lady, oh, lady
My heart belongs to you
Lady, can you forgive me?
For all I've done to you

Mama tegur jangan pakai sandle pi kerja

Semalam public holiday Thaipusam so pi Aeon Shah Alam dengan hubby and mama sekali. Plan nak pi awal la.. Kalau pegi awal boleh balik awal. Asalnya mama Aini tak nak ikut sebab nk rest tapi bila Aini cakap sampai sana leh lunch awal makan Chicken Rice Shop (one of my mama's favourite food in any mall) terus mama cakap boleh juga lama tak makan Chicken Rice Shop..Hehe.. Aisyah pun dah siap pakai baju cantik dah.. Aisyah ni pantang kalau dengar nak pi jalan.. siap cakp tak nak opah tinggal. Bila Aini cakap macam tu kata Opah Aisyah..Opahnya apa lagi terus siap pakai baju cantik...hehe

Jam 11 dah sampai Aeon. parking semua masih penuh.. Awal benor orang datang Aeon.. maklumlah Selangor cuti kan memang la ramai. So hubby drop Aini Aisyah and mama dulu terus ke Chicken Rice Shop. Sampai sana dah penuh tp nampak ada 2 meja baru je kosong. Alhamdulillah takdelah tunggu lama sangat nak dapat meja makan. 

Selepas dapat meja terus order makanan. Selepas 20min macam tu baru hubby sampai.. Susah cari parking, penuh sangat. hubby duduk je makanan dah sampai. Selepas makan Aisyah nak naik kuda bergerak. So naik la dengan abahnya selama 10min dengan harga RM10. ok la kan.. seronok la Aisyah pusing-pusing naik kuda dia tu. 

Singgah dalam Aeon mall beli lah baju Aisyah skit, kasut kerja Aini. Selama ni Aini pi kerja tu lah kasut kerja tulah kasut jalan.. sedih kan...? Dekat setahun Aini kerja kat bengkel ni pakai kasut lama.. Bukan kedekut tapi masa tak mengizinkan nak beli yang baru..Hehehe..

Aini suka pakai sandle sekarang ni sebab bila nak pakai terus sarung je. Sekali mama Aini tegur, beli la kasut yang tutup skit, baru nampak kemas nak pi kerja. Ni pakai kasut makcik-makcik..Haahaha.. Tau kan sandle jenis macam mana..? So Aini beli lah kasut yang bertutup.. Kasut baru pun mama Aini yang pilihkan.. baru la mama cakap "Haa ni kan lawa, kemas je bila nk pi kerja". Aini ketawa je lah..

Aini share gambar Aisyah naik kuda dengan abahnya..


With Love,
Aini



Birthday lunch surprise for my mama

Assalamualaikum,

Malam sebelum bawa mama ke tempat birthday lunch. Aini bagi tahu mama esok kita akan lunch luar tempat special. Mama pun tanya "kat mana tu..?" dengan nada suara yang excited. Aini jawab "It's  a surprise.." dua-dua ketawa.

16hb Januari 2022 - Hari lahir mama yang ke 72 tahun. Alhamdulillah mama still look strong and a healthy woman. Pagi tu sarapan yang ringan-ringan je. Aini buat roti telur. Dalam pukul 11.30 macam tu Aini semua gerak ke ATSKY. Adik Aini akan gerak dari rumah dia so sama-sama jumpa di sana kemudian.

Dah sampai tu kami terus naik lift tingkat 3A..Masuk je tengok dah penuh, nasib baik lah Aini dah rezerve meja siap-siap. Memang nampak peak hours juga dalam kul 12-2pm.. Selepas pukul 2pm tu ramai dah balik sunyi la tapi Aini sekeluarga masih lagi kat situ. . rehat-rehat lepas makan tu order dessert plak.

Dinasihatkan kalau nak buat birthday cake Aini suggest beli sendiri sebab dorang takde provide apa-apa cake. Dessert dorang hanya ada waffles dan creme brulee je.. So silap Aini juga tak beli cake siap-siap so Aini order creme brulee and waffles for the kids je. Kalau nk nanyi bagitau waiter nk wish birthday so dorang akan pasang lagu and lampu disco..hehe


Cousin Aisyah pi toilet so dorang takde dalam picture ni
Kids seronok tengok belon banyak


I made weird faces so tutup la..malu la..haha (hubby suka buat candid camera)


Last menu was dessert.. Aisyah suka..habis licin..mamanya tumpang skali


Mata Aisyah dah ngantuk tu.. hehe

Sorry tak sempat nak snap makanan yang kami makan. masing-masing dah kelaparan.. Kitorang order Chicken chop, Pasta Carbonara, Chicken Buttermilk with rice, Squid Buttermilk woth Rice & Chicken salted egg wih Rice.. portion dia nampak sikit tapi sebenarnya memnag kenyang.. cukup untuk seorang.

The menu superb. It's worth the price. Decoration satisfy. the seats cozy and comfortable. Kalau dapat seat sofa tu dia ada bantal.. bila dah kenyang boleh la tido landing kat situ ya..hehe..


Facebook: ATSKY
Instagram: atskydamansara
For Reservation : Whatsapp

With Love,
Aini

JJM Bloglist Year 2022

 


Assalamualaikum..

Jom sama-sama join Bloglist 2022 from Ika ya.
klink banner di atas.

good luck you all..

With Love,
Aini

Birthday surprise untuk mama

 Assalamualaikum,

Hari Sabtu ni macam biasa Aini kerja half day. Semalam Aini hubby dan adik berpakat nak celebrate birthday mama Aini di ATSKY di Damansara esok nanti. Ingat nak celebrate dinner tapi adik ipar Aini kerja shift malam. So kita semua setuju untuk buat lunch.

Semalam Aini contact ATSKY untuk reservation dengan deco sekali la. Dia bagi pakej 8pax with deco RM160. Dia bagi gambar sekali so nampak la dorang akan deco macam mana.


Gambar dari facbook ATSKY

Gambar contoh deco dari ATSKY


Not bad la kan harga dia. Jadi Aini dah buat full payment as confirmation untuk esok. Lunch ATSKY buka jam 1pm-4pm. Untuk malam tak sure pukul berapa. Peak hours from 8.30 -9.30 so kalau nak makan malam waktu peak hours di sana baik buat reservation ya. Takut penuh pula.

Next Aini akan update hari jadi mama Aini. 

Facebook: ATSKY
Instagram: atskydamansara
For Reservation : Whatsapp

With Love,
Aini

Aisyah jadi spiderman

Assalamualaikum,

Ada kedai MyOne buka di Eco Grandeur Puncak Alam.. haihhh sejak Eco World & Eco Grandeur ni dah membangun di Puncak Alam macam-macam kedai and restaurant ada kat situ. Aini pi kedai MyOne ni dengan hubby & Aisyah. Saje nak tengok apa di dalam, sambil tu nak survey la basikal untuk Aisyah.

Pastu pusing punya pusing hubby nampak mask spiderman ni.. Tunjuk pada Aisyah nak ke tak.. Well ofcourse la Aisyah nak.. Sekarang ni dia suka spiderman.. terikut sepupu dia la si Abang Yusuf dia tu. Cantik plak ada lampu kelip2 kat area mata tu. Harga below RM10.. ni pakai bateri..Takpelah janji Aisyah happy.

Balik dah mandi bagai, terus Aisyah nak pakai. Siap tunjuk gaya spiderman keluarkan web dia lagi. Tengok video tu..siap ada sound spiderweb dia keluar dari tangan dia.. haha comel sungguh..


"Hi..I'm spidergirl.."


"This is my stunt. Stay away.."


Aisyah taknak jadi supergirl.. nak jadi spiderman..Aisyah...Aisyah..
Nak beli dress gown comel-comel pun dia tak mau.. pening mama..

With Love,
Aini




 

Keranda di tempat kerja

Assalamualaikum

By google





Depan bengkel pun ada keranda. Baru bersihkan van jenazah akibat banjir teruk hari tu.
Termenung la kejap..

With Love,
Aini

Faham tak gambar ni..?

 

Sumber : Facebook 


Faham tak dari gambar ni..? Nak tahu jawapannya..?

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

Budak ni letak siku atas tembok...Haha..
Aini sampai nak sakit kepala duk fikir mana kaki dia..macam mana dia duduk ni.. Adoiiii

With Love,
Aini



Labels

Followers