Pages

Giveaway Suka-Suki Mamapipie

Dah lama tak join GA ni.. today baru la nak join ni haaa..
Busy bebenor Aini ni..So blogwalking jap ternampak la GA mamapipie..
Sila lah join ya..Leh klik di banner .. masih sempat lagi ni.. 


Tarikh GA dari 14 September - 1 Oktober 2022

Syarat penyertaan mudah aje:

  1. Terbuka lepada semua blogger di Malaysia.
  2. Buat blog post bertajuk "Giveaway Suka-Suki Mamapipie". Tepek banner di atas beserta link ke post ini.
  3. Nyatakan 1 blog post mama yang menjadi kesukaan korang beserta link post tu. Saja mama nak tahu post mama yang disukai. Nak bagi semangat mama naik sikit.
  4. Wajib letak blog http://www.mamapipie.com dalam bloglist korang
  5. Jemput Follow Media Social Mama (tak wajib pun)  || Instagram | Youtube | Twitter | FB Page| |
  6. Tinggalkan link pernyertaan korang di post ini..


Aini lebih suka baca bab Agama.. Sebab ada beberapa kita tak tahu mana betul dan salahnya..

Kite ingat boleh tapi sebenarnya tak boleh dan juga dengan cara tidak sengaja. Tapi bila kita dah tahu kita kene betulkan dan jangan la buat-buat tak tahu pula kan.

Kita as a Muslim perlu ambil berat cara solat dengan betul. Mungkin ada juga Aini sendiri terlepas pandang dengan cara tidak sengaja tapi bila dah tahu insyaAllah akan diperbetulkan..

Pilihan tajuk: Hukum Sujud Di Atas Telekung

Good luck ya you all..

Aini aim handbag tu..haha


With love,
Aini

Give Away October Birthday Aini

 


Tarikh GA dari 29 September - 10 Oktober 2022


Assalamualaikum..

For the very first time, Aini nak buat Give Away October sempena birthday Aini..

4th October 1985 was my big day.. So dah nak ke 40an ni..Uwahhh.. Macam tak caya lak..haha

Dah lama Aini tak blog ni.. busy bebenor sejak jadi vendor ni..Alhamdulillah rezeki Aini dan family..
Nanti Aini story2 ya..hehe

Syarat nak join GA ni simple aja..

1st: Wajib letak blog Aini dalam blog list you all tau.. https://ainihalim85.blogspot.com

2nd: Birthday wish untuk Aini di blog you all..

3rd: Buat post Give Away October by Ainihalim. Letak banner serta link ke post ni..

4th: Sila tinggalkan link di komen sini so Aini leh spy ya..hehe


Haa simple je kan..? Hehe

Aini akan bagi hadiah secara random ya.. Assistant Aini (Aisyah bum2) akan buat cabutan dan bagi pada mamanya..

Hadiah blum decide lagi..
Dah tamat tempoh Aini akan annouce Aisyah pilih siapa ya..hehe

Good luck you all..

With Love,
Aini

Until I Found You - Stephen Sanchez

I'm so addicted to this music..haha
Sampai Aisyah pun suruh repeat lagu tu banyak kali
Lagu dia Aini suka sebab concept tahun 70-80an punya lagu..
Which I like the sound of the melody..😄



With Love,
Aini

Tangan Aisyah dilukis menjadi apa..?

Assalamualaikum..

Happy weekend all..
Selamat Menyambut Hari Malaysia..
Wahh Aini tengok dalam Instagram semalam KL punya sesak ya..?
Nasib baik lah tak pi sana.. 
Lagipun Aini duk rumah je.. hubby demam.. Aisyah baru baik dari demam..
Ada sape2 turun KL ke semalam..?

Anyway, Aisyah suruh Aini lukis guna tangan dia..
Aisyah letak tangan dia atas board tu dengan pelbagai cara pastu Aini lukis bentuk tangan dia atas board tu..
Tak kira kembang ke, bentuk penumbuk ke.. pastu Aini akan lukis jadi bentuk yang sesuai..
Random je..
Jom tengok..



A Rooster .. Aisyah pandai teka ni ayam

Rabbit

Fish

Mice

Aisyah pandang Aini "Aisyah jadi Spiderman..?" Haha

Aini takdelah creative mana..
Tapi secara spontan kita buat anak-anak jadi seronok..

So hari ni you all pi mana..?
Rasa kejap je dah nak hujung september kan..?

With Love,
Aini

 

A&W Beef Burger yang entah apa-apa..

Mungkin lah beef burger A&W ni takde salad..
Tapi kan takkan la nak bagi yang sangat kosong macam apa Aini dapat ni..
Ini Aini beli drive-thru sebab susah dapat parking..Buat di station minyak Caltex
Kalau dine in mau patah balik ke kaunter..
Beli regular set.. takde root beer float ya.. Total RM14

Bila makan rasa agak dry..
Klau ada slice of tomato and salad ok lagi..
Aini tak ingat dah menu beef burger ni camne dulu..
Tengok pada gambar iklan tipu tu nampak sedap la.. 
Ada nampak mustard nak terkeluar meleleh and pickle situ..
Tapi tengok apa Aini dapat..? Mustard takat calit camtu je..

Gambar iklan A&W yang nampk sodap sangat tu..
Tapi tengok la apa Aini dapat..?


Tak habis pun makan..
Roti xde sapu apa terus letak daging, 2 calit mustard, tomota sauce..No pickels

Hari tu ada orang belanja Aini ayam goreng A&W
For me tak kene pada tekak..
Sangat tebal, keras
Bila dah sejuk isi keras..

Bukan nak demand cuma tak sama macam serve zaman dulu2.

Hmm entah la.. malas la nak makan benda fast food ni..
Nak serve orang tak jujur..
Macam mana nak maju..
Lama-lama tutup la..


Nope, I didn't enjoy it and I didn't even feel surprised at all..
More to the shock of what I get.

I give you 2/10

Kalau zaman dulu early 2000 boleh la bagi 8/10
Now I down rate ya.. Sorry

With Love,
Aini






Wordless Wednesday: Ice-cream after cycling

 



Seminggu tak update blog..
Cuti sekolah seminggu..blog pun cuti seminggu..hehe
Anyway Jumaat lepas bawa anak2 main basikal..
Si Abang Yusuf main scooter, Aisyah main basikal.. Zulaika tolak basikal..haha
Masing dah letih makan ice-cream sebelum balik rumah..
Aisyah sampai rumah baru habis makan ice-cream..
Yusuf dah habis dia punya pastu nak habiskan Aini punya rainbow paddle pop tu.. Haha
Masing-masing balik rumah selepas mandi masih aktif main..
Kita yg parents ni pandang sama sendiri pelik tengok dorang ni tak penat ke..?


Bila dorang dapat berkumpul sama memang happy la..
Terutama Aisyah..dapat kawan..Bila Yusuf and Zulaika balik rumah sendiri
Aisyah tinggal la seorang.. Takpe mama abah and opah Aisyah ada..

With Love,
Aini

Hubby di tengah laut

Setiap kali hubby pi kerja nak pi mana-mana site
Hubby akan share live location dalam whatsapp..
Bila dia bergerak kita akan nampak la gambar dia tu duk bergerak ke mana, berhenti mana

Ada pernah sekali hubby share live location dari pejabat nak ke rumah
Aini buka la sebab tengok jam lambat sampai so nak tahu di mana
Sekali tengok dia berhenti kat kawasan taman ni dan Aini cam tempat tu
Aini siap text dia tanya "Beli burger ke?" Terus ketawa tanya Aini balik nak ke..? Haha

Ok gambar di bawah ni adalah gambar hubby Aini di Kapar, Klang
Betul-betul di tengah laut.
Sebabnya kapal tu besar macam kapal angkut kargo
So kapal tu takleh duk tepi laut sebab pasir tak lepas la kan..
Hubby and team dia naik hilux terus sampai ke kapal
Hubby pi sana untuk tengok tempat jana kuasa ambik air laut & buat pemeriksaan atas kapal.


Gambar nescafe hubby Aini la tu..

Ni naik Hilux..dekat 3km baru sampai ke kapal

Hubby kata time ni rasa bahang sangat

Atas kapal

Sangat mencabar kerja dia..
Almost setiap hari duk kerja luar.. Kalau masuk ofis pun sekejap je
Pagi semalam pi Pahang lepas tu terus ke Kapar..

Ingat kerja dengan kerajaan ni relax je kan 
Rupanya tak..haha
Walaupun penat bagai nak gila
Tapi dia seronok dengan kerja dia sebab boleh tengok mother nature
Cuma kerja dia ni banyak risiko dn merbahaya..
Semoga Allah lindungi hubby Aini..Aamiin

With Love,
Aini


The Parenthood at Sunway Putra

Assalamualaikum..

Cerita kelmarin.. Aini & hubby nak bawa Aisyah pi jalan²..
Kesian tengok dia lama tak bawak dia enjoy di luar.. Asyik duk rumah je
So lepas breakfast Aini & hubby pi Sunway Putra, KL..
Ofcoz jam sikit tapi bila nak masuk ke Sunway Putra jam dia lain semacam
Rupa-rupanya ada Matta Fair..

Macam mana la Aini leh lupa..memang wrong timing la..
Aini tak suka pi mana-mana event sebab tak suka crowded
Tapi tuler dah sampai kan dekat 30min gak nak cari parking..
Alhamdulillah dapat juga.

Before Aini pi Sunway Putra, Aini ada buat research tempat indoor games untuk kanak2
Ada la satu level di Sunway Putra ni tempat dia nampak menarik dan besar
Rupanya sebelum ni Aini & hubby penah pusing situ dulu..
Masa tu Aisyah umur 6 bulan..
So hubby setuju la nak bawak Aisyah main sana..

Dah masuk dalam pi makan jap..
Aisyah dah lapar..baru leh bawak dia main..
Bila nak pi tempat mainan tu tak ada....Aini & hubby siap cakap sama tempat ni la dulu
Tapi dah tukar jadi kedai lain.. Macam kedai RM2..
Sedih yang amat.. So bawak je lah Aisyah main..
Aisyah memang seronok la tapi bagi kita tak syok la..
Tempat pun kecik je..

Anyway jom tengok gambar..

Entrance
Anak RM5 Dewasa RM7 tambah dewasa RM5



Kecik je tempat dia..

Mana Aisyah?

Father daughter sama je..haha




Baling bola bagi kene


Aisyah ajak mama naik sekali

Haa bukan sekali naik main slide..
Berkali-kali sampai naik semput mama Aisyah tau..
Abahnya jadi jurufoto sambil main baling bola kat kitorang..
Bila Aini start masuk makin ramai lak yang nak main..
Pastu kite keluar.. Ada la dekat sejam main tu..

Takpelah janji Aisyah seronok ya..
Malam tu memang tidur pengsan dah dia kepenatan..
Mamanya sakit kaki..haha

With Love,
Aini

Salam Jumaat: Budi Baik Dibalas Baik


Seorang pelajar setiap hari akan beli nasi putih dari kantin ni sambil menangis. 20 tahun kemudian, ketika pemilik kantin resah kerana gerai akan diroboh, “sesuatu” di luar jangkaan berlaku. Siapa sangka…..

NAK BELI NASI PUTIH SAHAJA
“Pakcik, saya mahu beli sebungkus nasi putih.” Datang satu suara entah dari mana ketika sibuk masak di dapur. Selepas mencari akhirnya ternyata suara ini milik seorang pelajar yang kelihatan agak lapar.Suami isteri yang mempunyai kantin ini hairan, tapi tetap memberikan apa yang diminta.
MINTA TAMBAHAN KUAH SAHAJA
Pemilik kantin kemudian mengisi pinggan dengan nasi putih dan memberikannya kepada pelajar tu yang memintanya. Pada masa hendak buat bayaran, pelajar tu kemudian bertanya, “Maaf, boleh tak saya minta sedikit kuah. Kuah sahaja?”Si suami pemilik kantin itu kemudian menjawab, “Boleh, tak apa-apa! Percuma sahaja buat kamu!”Setelah makan, pelajar tersebut seperti teringat yang kuah sayurnya percuma, dia kemudian meminta nasi putih lagi.Pengusaha kantin tu kemudian bertanya, “Wah lapar ya? Saya bagi kamu lebih banyak lagi. Jangan risau.”“Tidak lah pakcik, saya nak bungkus nasi putih sahaja dan mahu saya bawa pulang, biar jadi bekal masa saya pergi ke kuliah besok.” Katanya.
BAGI SEDEKAH LAUK EXTRA
Pakcik tu pun kemudian berfikir, “Hmm … Mungkin anak ini ada masalah wang, atau keluarganya ada masalah ekonomi jadi dia cuma minta nasi putih.”Dia kemudian memberikan sedikit daging cincang dan sebutir telur yang disembunyikan di bawah nasi putih. Dia kemudian membungkus semuanya dan memberikannya pada pelajar tersebut.Isteri pakcik kantin yang melihat hal ini bertanya, “Bang, saya nampak kamu mau bantu pelajar itu, kasihan juga dia cuma makan nasi putih, tapi kenapa perlu kamu sembunyikan lauknya?”Pakcik kantin menjawab, “Sayang, dia itu pasti anak baik. Dia tidak mengemis, malahan tak minta lebih dan kuahnya pun cuma minta sedikit walaupun secara percuma. Kalau dia nampak kita kasihan kat dia bagi lauk lebih masa dia buka kotaknya, dia pasti jadi tidak sedap hati dan nanti tak berani datang ke sini lagi. Lagi pun dia itu masih belajar, kalau cuma makan nasi, nanti tak ada tenaga buat studi pelajaran.”“Abang ni memang baik sangat. Suka bantu orang yang dalam kesusahan.”
MENANGIS TIAP KALI BALIK DARI KANTIN
Balik dari kantin tersebut, ternyata pelajar tu tahu apa yang terjadi, tapi dia hanya diam, juga demi menjaga niat baik pakcik kantin yang sudah diberikan.Dia kemudian menangis di jalan, tanpa terlihat oleh pemilik kantin tersebut. Sejak hari itu, pelajar tersebut hampir setiap hari datang dan menempah nasi putih yang sama.Tentu saja untuk bungkusan nasi yang dibawa pulang, selalu ada “rahsia” di sebalik timbunan nasi putih yang hangat itu. Hal ini terus berlangsung sampai pelajar tersebut lulus. Sejak graduasi dari universiti, suami isteri pemilik kantin itu tidak pernah lagi melihat susuk tubuhnya selama 20 tahun.
“SESUATU” BERLAKU SELEPAS 20 TAHUN
20 tahun kemudian, kantin ini mendapat amaran dari pihak berkuasa tanah mereka akan diambil dan mereka tidak lagi boleh berniaga lagi.Pasangan yang sudah cukup tua ini sedih bukan main karana dengan usia mereka yang seperti itu, mereka tidak lagi boleh mencari pekerjaan lain apapun.Tapi tidak lama kemudian, datanglah seorang lelaki dengan sut mewah masuk ke dalam kantin dan bercakap dengan pemilik kantin.“Maaf, apakah anda pemilik kantin ini? Pengarah pejabat kami ingin bertemu dengan anda, dan meminta anda untuk bekerja di kantin pejabat kami. Soal peralatan dan bahan mentah yang diperlukan setiap hari, anda tidak perlu bimbang. Pejabat kami akan membayar semuanya dan anda hanya perlu memasak bagi kami. Di samping itu, semua keuntungan yang anda dapatkan dari jualan semuanya adalah milik anda.”Mendengar berita ini, pemilik kantin terkejut dan bertanya, “Maaf, kalau boleh tahu, siapa pengarah anda? Kenapa orang seperti anda baik sekali pada kami?”“Pengarah kami berkata anda berdua adalah penyelamat hidupnya. Dia sangat suka daging cincang dan telur yang kalian masak. Kalau anda berdua tidak keberatan, datanglah ke pejabat kami besok pagi untuk bertemu dengan beliau.”Ternyata pengarah yang baik hati itu adalah pelajar mahasiswa yang sudah lulus 20 tahun lalu itu. Selama 20 tahun, dia berusaha keras dan berjaya menjadi seorang pengarah daripada syarikat yang sangat besar. Kalau bukan kerana pasangan yang menolongnya, dia mungkin tidak dapat hidup sampai hari ini.Ketika mereka bertemu dan selesai berbincang-bincang, anak muda itu kemudian membongkok dan berkata, “Pakcik, terima kasih ya. Budi pakcik makcik sampai mati saya tak lupa.”
BUDI BAIK DIBALAS BAIK
Setiap perbuatan baik pasti akan berbuahkan hal yang baik. Kita belajar dari pakcik pemilik kantin, kalau mau berbuat baik, berbuatlah baik dengan tulus dan ikhlas.Kita juga belajar dari si pelajar tadi, jangan pernah lupakan kebaikan orang lain, walaupun masa sudah berlalu bertahun-tahun!

Sumber: Facebook

Lama Aisyah tak main playground

Semalam cuti Hari Kemerdekaan yang ke 65
Sama umur dengan mother in-law Aini
Birthday dia awal..20 Ogos
Kalau sama tarikh leh buat kek warna bendera..Hehe

Petang semalam Aini pi umah adik Aini
Berpakat nak bawak anak-anak pi main taman.
Aisyah lagi lama tak main..
Berapa kali cancle sebab kerap hujan petang-petang ni..
Disebabkan dah agak mendung so kita pi yang dekat je..belakang rumah adik
Kalau tak Aini nak pi taman besar skit tapi tu kene bawak kereta la..


Baru je 15 minit main dah mula rintik..
Cepat2 la balik..nasib baik dah stanby payung
Aisyah main swing pun kejap je..muka nampak takut je kata nak turun..haha
Mungkin Aisyah gayat skit la tu..sian dia
Tapi masa nak balik rumah Aini tanya dia best tak..
Dia jawab besttt....

InsyaAllah weekend ni nak bawak dia pi main dalam mall 
Macam Molly Fantasy tapi nak cari lagi tempat menarik..

You all tahu ke tempat mana best untuk indoor game budak-budak?

With Love,
Aini

 

Merdeka Special by Juzabakes




Merdeka Special

Assalamualaikum..
Promo 10% sehingga 4 September 2022

"Tapi nak makan minggu depan, boleh ke book masa promo ni..?"
Yes, boleh..so cepat2 grab Merdeka Special Offer ok?🤩

Pos✅
Pick-up sahaja🔹

Premium Almond London Biscuits 
Sebalang - RM31.50
3 balang - RM94

Premium Cakes
✅Marbel chocolate / Red velvet / pandan RM49.50
✅Marble plain RM45
✅Lemon poppyseed Loaf buttercake RM40.50
✅Moroccan Yogurt RM36
🔹Red Velvet RM67.50
🔹Pandan Gula Melaka RM63


Boleh hello Aini untuk order ya..
6012-3004324

With Love,
Juzabakes

 

Labels

Followers