Giveaway Buku Kereta Lembu Dari Melaka oleh www.fairusmamat.com
Bersabar ada hadnya
MINI GIVEAWAY SS 2022
Salam Jumaat - Gemba Bumi
Ramai kecoh 1 Malaysia cerita pasal gemba bumi pagi tadi. Dalam facebook Taman rumah even jiran2 kecoh dalam whatsapp utk tanya kepastian ada sesiapa rasa gegaran.
Pagi tadi adik whatsapp Aini ada rasa gegar tak tadi..? Aini jawab Aini tengah drive nk pi keje so ada rasa goyang2 tapi tak pasti itu gegaran ke tak sebab jalan raya nak ke ofis memang tak rata..hahaha..
Adik Aini lagi best..dia tak rasa gegaran tapi dia rasa gegar baby dalam perut.. Hahaha
Adik Aini dah nak due dah ni.. expect bersalin minggu kedua Mac nanti. Hubby Aini nak baby tu lahir pada bln Feb ni, dia kata baru ada gang..Haha..
Kalau adik Aini bersalin bulan Mac maka 3 beranak la sambut hari jadi pada bulan yang sama. Iaitu Ayahnya, Zulaika & baby.
Semoga adik Aini selamat bersalin dan kedua-duanya selamat dan sihat.
Semoga Allah S.W.T lindungi negara Malaysia dan kita semua dijauhi dari segala bencana alam dan benda-benda yang tidak diingini. Aamiin.
Take care and stay safe.
With Love,
Aini
Pizza Hut - macam tak ikhlas nak buat
Assalamualaikum,
Aini order pizza hut online pastu tapau di kedai dia lah. Aini ambik promotion 4pax 4menu. Total semua RM68. Disebabkan beli lebih dari RM50 Pizza Hut bagi free mushroom soup.
Selepas ambik Pizza Set terus balik rumah. Aini bukak je terus down. Sebab macam tak ikhlas nak buat je. Aini takdepun tambah crust apa2.. Just normal Regular Pan Pizza.
Perbualan dengan anak umur 4 tahun
Mainan baru Aisyah |
Aisyah suka kucing termasuklah mainan.
Aini: Aisyah.. apa nama meow ni?
Aisyah: Cat
Aini: Taknak bagi nama oyen ke?
Aisyah: Taknak.. Nak Cat..
Hehe ok la..cat pun cat la..
Aisyah suka tengok cerita Blippi. It's an education for pre-school. Ada Blippi ni pi farm tu juk ayam.. Aini tanya la Aisyah sambil tengok cerita tu.
Aini: Aisyah apa tu? Ayam ke?
Aisyah: Tak.. Chicken..
Hahahah..
Kalau dia tengok english show dia akan jawab english.. Kalau Bahasa Melayu dia akan jawab Melayu la..hehe..
With Love,
Aini
Staff positif di tempat kerja
Assalamualaikum..
Selasa 15hb Feb 2022..Hari yang paling takut buat Aini. Masa Aini sampai ofis aini cari handphone..rupanya tertinggal kt rumah.. So Aini pi punch in dulu pastu bagi tau Si A ni Aini balik ambik phone jap. 10min sampai la rumah nasib baiklah dekat kan..
Dah sampai ofis balik Aini tanya la si A ni sorang je ke hari ni.. dia pun jawab ya sbb si F MC katanya tak sihat. Aini pun ok la. So Aini masuk dalam ofis nk buat kerja.
Mungkin tergerak hati si A ni dia masuk la dalam ofis ambik rtk.. Dia kata kat Aini suruh try test kit dulu..
Isnin tu Aini ada ambik rtk sbb tgh duk sakit kepala, Alhamdulillah negatif. Pastu Si A ni whatsapp Aini cakap akk tlg test skrg..klau -ve akk boleh balik.. Hati Aini x sedap.. Aini tanya Si A dpt apa? Dia jawab dia +ve.
Terus Aini shaky.. dah la dia kerap jumpa Aini minta invoice.. Aini test lg..Alhamdulillah -ve so Aini terus lah balik. Si F pun -ve tp tak tahulah macam mana dia sekarang sbb dia kata masih sakit kepala. Mcm symptom hubby Aini kene dahulu.
Bos minta kuarintin kt bengkel..and bg tau Si A xyah g klinik sbb dh tau result sendiri.. Bagi Aini tu SELFISH namanya.
Aini pun msg kt Si A baik pi swab sbb dia duk dgn mak ayah. Aini ckp lg klau x pi swab klau berlaku kt mak ayah KKM xnk bertanggungjawab sbb diri sendiri xnak ambik kisah. Ni melibatkan nyawa. Alhamdulillah dia dengar kata Aini.
Masing² kuarintin di rumah. InsyaAllah klau hari terakhir kuarintin masih -ve dah boleh masuk kerja balik.
Doakan Aini selamat. Risau juga ada anak kecil dan mama Aini dirumah ni.. sian dorang..
Aini
All Of Us Are Dead - KDrama
Assalamualaikum..
Tak suka berkongsi tandas dengan lelaki
Birthday hubby - Tak jadi nak buat surprise
Assalamualaikum,
Esok adalah hari lahir hubby Aini yang ke 37 tahun.. (8 Februari 1985)..
Cepat pula rasanya dah umur 37.. lagi 3 tahun dah 40s.. Aini sebaya dengan hubby tapi rasa masih muda dari dia sebab birthday Aini dekat dengan hujung tahun..hehehe
Anyway selalunya setiap hari Isnin hubby kerja di ofis tak keluar sangat la.. So plan nak belikan chocolate bouquet la untuk dia.. nak surprise la konon.. bunga2 tak main la kan..haha.. kalau bagi chocolate at least dia leh makan tapi Aini saje text dia.. hari ni ada keluar site ke.. hubby jawab " kejap lagi nak keluar la ni".
Nasib baik la Aini tak order apa-apa2 kalau tak rasa tak syoklah.. Kita nak dia rasa surprise bila dapat hadiah dari isteri tersayang..Hehehe tapi takpelah.. maybe buat kat rumah la kot..
Aini tak buat esok sebab esok sampai jumaat dia memang kerja luar. Sampai ofis punch in pastu keluar dengan team dia..
Last week aini balik kampung, ada jiran mother in law (Mil) dari Pakistan. Baru duduk 3 minggu sebab dia nak sambung belajar di UTP. Nama dia Khuhed..ada family tapi masih duk Pakistan lagi.. tengah uruskan visa dorang. Mungkin hujung bulan ni anak bini dia sampai la sini. Elok malam sebelum nak dinner dengan jiran-jiran Mil.. Orang Pakistan ni sempat order birthday cake in advance untuk hubby. Sempat la makan 1 slice dulu sebelum keluar untuk dinner.
Sedap tau cake ni. Dari Bakers Cottage. Not too sweet..just nice.. Jom tengok gambar..
Dari kiri: Hilmi, hubby & Khuhed |
Acah-acah buat muka surprise..haha |
Aisyah pun nak potong cake juga.. |
Baju Raya Sedondon
Dah beli kain untuk buat baju raya ke..?
Aini and hubby masih fikir lagi nak warna apa.. Hubby kata dia nak warna pastel tapi tak sure pastel apa yang dia nak. Nanti kita tunggu dan lihat ya..Hehe
Sape pernah pakai baju raya sedondon yang sama dengan langsir rumah, sofa dan sebagainya.? Kalau zaman-zaman 80 dan 90 an ramai juga pakai baju raya sama dengan langsir..Klau nak main sorok-sorok dengan keluarga pun rasanya sampai ke esok masih tak jumpa klau sorok tepi/belakang langsir.. Hehehe..