Pages

Lagi 3 minggu kerja

Assalamualaikum..

Baru hari ni nak update blog..
Maaf la Aini tak sempat nak blogwalking..
Semalam baru masuk keje dari cuti panjang..
Jumaat lepas Aini balik kampung di Batu Gajah
Dah lama tak jumpa opah Aini
Opah punya la happy cuma tak berapa meriah sangat
Aisyah seorang je yang ada
Sepupu dia tak dapat nak balik sebab ayah dorang kene kerja..

Semalam dah ada staff baru lapor diri di tempat Aini kerja sebelum Aini berhenti
Disebabkan bos nak ada pengganti cepat supaya tahu step kerja2 yang Aini biasa buat so dia akan faham
Kalau dia masuk bulan April Aini dah takde dah
Tiada siapa boleh ajar dia apa Aini buat
Alhamdulillah bos pilih dia sebabnya Aini tengok dia cepat belajar.
Semalam Aini bagi dia duduk tempat Aini buat kerja semasa, nak bagi dia practice and faham system yang digunakan.
Aini duduk sebelah dia la buat keje Aini yang pending
Hari ni Aini ada appointment di kk
Untuk check up biasa je..
Sekarang tengah tunggu giliran..
Nak park kete pun jauh dari kk..
penuh manusia ni

Lagi 3 baru giliran Aini
Tapi in between ada nombor2 lain..
So tak tahu la dapat cepat ke lambat.. huhu

Saje pi kk sorang sebab leh terus pi keje
Klau si Aisyah ni nak ikut ssh gak nak handle
Nanti dia cepat boring sebab tunggu lama
Biasalah klau nak duk kk ni berjam² tunggu
Appointment kul 8.30 pun jumpa doc kul 11.30
Time ni la sakit perut..malas tul nk g toilet dah la jauh skit..

Nanti Aini share story di kampung plak..
See you next entry

~Aini~


Wordless Wednesday: Zaman guna walk man

 


Rindu pada zaman ni
Setiap kali beli kaset baru
Akan duk dalam bilik or mana2 la akan pegang kertas album nyanyi skali
Sedap tak sedap tu belakang kira..haha
klau Aini and adik travel jauh2 naik kete dua2 pasang walk man sambil dengar lagu
Bila parents panggil kite, Aini adik tak dengar sebab pasang volumn kuat
Pastu kene marah..hahaha

Walk man tu ada lagi simpan dalam laci
Dah takleh pakai dah rosak dah

Such much memories..

~Aini~

Allah saje yang tahu betapa takutnya Aini

 Aini tengah buat kerja
tiba-tiba dengar pintu ofis buka and tutup
Aini buat donno je lah sbb biasanya budak pomen nak ambik barang
Tapi tiba2 dengar suara lain dan bagi salam pada Aini..
Dia leh tercegat kat situ sengih-sengih dengan dua tangan di belakangnya
Jarak Aini dengan dia lebih kurang 2 meter je

Aini cakap "tak boleh masuk sini, you kene duduk luar"
Nak kata customer bukan sebab dia selekeh sangat
Macam penagih pun ada
Dia duk sengih lagi sambil mata duk tengok keliling ofis aini
Macam mencari sesuatu.. biasanya duit lah
Aini takut sangat masa tu sebab dua tangannya di belakang
Takut juga kot2 dia pegang senjata tajam

Duit tu ada cash byk lak
tapi Aini letak dalam flat case zip and warna gelap
So mungkin dia x expect tu tmpt Aini simpan duit..
klau letak dalam peti duit kecik ada kunci mungkin dia akan ambik

Jantung Aini laju yang amat sangat
Rasa nak pecah
Aini buka tingkap x nmpk budak pomen ni
Aini cakap kt orang tu suruh keluar, nampak dia nak keluar 
Dia buka pintu tapi dia nak tutup balik
Aini panggil budak pomen terus laju dia keluar dari ofis Aini
Pomen tu pun terus nak marah cakap kenapa you masuk bilik ni

Disebabkan pomen tu sorang, dia panggil orang bengkel cat kereta kedai sebelah
Minta tolong halau orang ni
Dia macam sengih2 je pastu dia cakap ok ok..
Pastu minta rokok lak kat org kedai tu.

Aini bagi tau suami
Suami suruh buat report polis
minta buat ronda kawasan tempat Aini kerja
Sebab takut dia akan datang balik
So Aini dah buat report.. 
So far tak nampak polis lagi tapi takpelah janji Aini dah report
Sebab baru-baru ni ada kes curi kereta di kawasan Aini kerja


Dengan berkat doa sebelum pegi kerja
Kene sentiasa diamalkan..
Setelah keluar dari rumah baca la doa
InsyaAllah Allah akan lindungi kita sampai kita selamat pulang ke rumah kembali
Aini sentiasa pegang pada pesanan mama Aini
Walau apa pun dan di mana kita berada jangan putus baca Ayat Kursi

~Aini~


Bulan Mac last kerja

Kenapa bulan Mac Aini last keje..?
Alhamdulillah Aini dapat offer kerja dengan kerajaan Selangor..
Walaupun dah jadi jauh dari rumah tapi Aini fikir untuk masa depan family dan anak.
Kene berkorban sikit la.. Aisyah nak sekolah, kene guna duit yang banyak.
Alhamdulillah tempat kerja baru Aini ni dapat la bantu serba sedikit untuk mama Aini, suami dan anak
Dan Aini nak pegi keje satu jalan dengan suami
Tempat pejabat Aini hanya jarak 3 minit dari pejabat suami Aini
Jodoh kami kuat, leh la sweet lunch sama2..hehe

Disebabkan bos Aini ni jarang sangat2 masuk ofis
Nak jumpa memang payah la..
So Aini whatsapp dia bagi resign letter notis 1 bulan.
Klau ikutkan Aini kene start keje pada 3 Mac..(Jumaat ni tau..)
Tapi dengan baiknya hati Aini ni, Aini stay sebulan
You all pun tahu kisah tempat Aini kerja sekarang macam mana kan..?

So Aini dah pos iklan jawatan kosong di FB Puncak Alam
So far dah almost 10 calon hantar resume..
Dan Aini perlu baca resume dorang dulu untuk tengok calon yang sesuai ditemuduga nanti


Esok pagi Aini kene hantar mama Aini pi check up di Hospital Uitm pasal nak operate mata
Esok ptg Aini akan set untuk call dorang interview pada Khamis ni nanti..InsyaAllah

~Aini~




Pipi Aisyah lebam dan pizza

Assalamualaikum..

Ada masih bercuti lagi ke..?
Aini blum pi cuti-cuti lagi.. Tengok la mcm mana..hehe
Jumaat lepas, adik Aini bermalam di rumah mama Aini
Ofcoz la cousin Aisyah ada sekali
Yusuf, Zulaika & Baby Yunus

Macam biasa, the kids tengah galak duk main
Main kejar-kejar dari ruang tamu sampai ke dapur
Lari masuk bilik belakang keluar balik pi depan
Adehh riuh la.haha

Sekali pangggg Aisyah nangis kuat
Masa tu Aini kat dapur
Adik Aini ada la kat depan dukung baby Yunus
Aisyah nangis sambil panggil Aini
Aini plak tengah duk leke kat dapur

Nampak la adik Aini bawak masuk bilik belakang
Aini pi la masuk bilik tanya kenapa
Rupanya Aisyah lari laju sangat sampai pipi dia kene bucu meja
huhu itulah paling Aini takut..
Nasib baik la takde apa2 yang teruk
Meja tu kaca. tempat Aisyah kene tu bukan tempat yang bucu tajam
So kene yang curve bulat
Tapi kentak kuat gak tu sampai naik lembab and bengkak

Hubby Aini xde masa tu,
Dia pi Jaya Grocer beli barang


Malam semalam Aini buat Pizza dengan kids..
So semua dinner pizza
Aini prepare bahan2 dah siap semua letak di meja makan
The kids excited sebab 1st time buat pizza

Selepas dorang settle mandi
Meja pun dah siap dengan bahan2 pizza
Kami semua buat sama2
Si baby Yunus duk jilat2 mulut dia tengok bahan2 pizza tu.. comel je

Piza base beli di Hero supermarket..

Zulaika

Aisyah.. hantu cheese

Yusuf.. memang xnak letak cheese..haha
Tapi surprisingly dia suka olive and capsicum

Ni Yusuf punya ya..paling rare Pizza xd cheese..haha
Dia tak suka makan cheese

Aini buatkan untuk mama Aini, dia suka vege pizza
Hubby and fo myself
Tak sempat lak nak snap sbb masing2 dh lapo

Lepas dah masak keluarkan dari oven
Skali lagi tak snap gambar sebab masing2 dah kelaparan..haha
Smua makan sedap..kids mkn half sbb kenyang tapi akan sambung makan
Yang kelakarnya si Aisyah dia makan skit pastu dia habiskan cheese atas pizza dia je..
Aisyah..Aisyah.. yang lebih Aini la makan..

~Aini~

Sakit kepala cepat buat check up

Ini kisah sis in law (SIL) Aini yang kini menghidap cancer stage 4
Sebagai peringatan untuk kita semua kita kene alert dengan sakit kita ni..

Family hubby Aini takde genetic cancer..
Nak tengok pada zaman sekarang or let say start year 2000
Makanan minum dah macam2 ada compare dari zaman parents kita..

Ada yang dapat cancer dari keturunan
mungkin dari segi pemakanan
Kita tak tahu tapi Aini assume 2 benda tu je lah..
Even my aunty pun cakap either these two can cause cancer

SIL dulu sebelum dia tau dia ada cancer
Dia kerap sakit kepala
Dia ingat hanya sakit kepala biasa.. pening2 biasa atau migrain
Aini pernah kene migrain dulu pada zaman belajar
Masa tu Aini ambik course Graphic
Assignment kene paint guna oil paint dan thinner (Minyak tanah)
Bila kita hidu tangkap kepala Aini pada masa tu..
Alhamdulillah selepas Aini habis belajar migrain dah takde dah..

Ok back to my SIL
Bila dia kerap sakit kepala dia hanya makan pain killer je
Aini rasa dia tak pi jumpa doc tapi taktaula sebab dia xde cerita..
Dia ingat sakit kepala biasa je

Cuma tahun 2021 dia tumpah darah yang banyak
Dia ingat dia period tapi pelik sebab darah tu nonstop bleeding
Bila jumpa doc pakar, Doc kata dia ada tumor dalam rahim
Dan berjaya dikeluarkan.. so rahim dia Alhamdulillah clean
Aini tengok rekod yang doc bagi bulan October 2021 dia dah Stage 3

One day sakit kepala dia naik sakit yang amat sangat
Masa tu bulan November 2022
Pi jumpa Doc pakar pastu buat MRI
Rupanya ada tumor di kepala dia sebesar bola pingpong
Bayangkan punya lama tumor tu membesar dalam kepala SIL
Mungkin masa dia start sakit teruk tumor tu mungkin dah himpit otaknya
Doc advice kene operate secepat mungkin..
Alhamdulillah dia ada insurance dari tempat keje suaminya

Bulan December 2022
SIL follow up dengan doc
Kata ada balance tumor dalam otaknya
tu kene guna laser and kene cepat juga operate
Seperti Aini pernah cerita sebelum ni

And doc bagi tahu dia dah Stage 4
Doc kata xtau brape lama dia leh tahan untuk survive
Ayat ni buat 1 family risau, takut dan sedih yang amat sangat

Awal January 2023
Alhamulillah SIL berjaya operate baki cancer dia
Sekarang ni dia semakin kurus
Kaki dia shaky
Now dia masih follow up dengan Doc untuk tengok perkembangan cancer dia..

Di sini Aini nak bagi tau
Sekiranya sakit kepala/migrain berterusan baik pi check
Kita tak tahu ada tumor ke tak

Sel cancer dalam badan kita klau ikutkan memang ada
Cuma aktif dan tak aktif je

So jaga la pemakanan
Bersenam.. Walaupun sedikit jadi la
Tak suka bersenam boleh buat gardeing atau kemas umah tu pun bersenam juga kan..

Take Care



~Aini~

Nasi Goreng Opah turun temurun

Salam Jumaat..

Semalam Aini masak Nasi Goreng Opah (Opah Aini)
Turun temurun sampai ke cucunya masak masakan Opah
Klau balik kampung mesti opah masak ni
Tapi sekarang dia tak larat dah nak masuk dapur
So anak menantu atau cucunya la yang masak pula hehe

Dinner malam semalam Aini rasa nak makan nasi goreng opah
Rasa macam dah lama tak makan
Cili kering dia agak pedas plak..
Aini makan semangkuk pun dah kepedasan
Nak bagi hilang rasa pedas Aini makan buah mangga sejuk..hehe

Si Aisyah leh tahan plak pedas tu
Mula2 Aini suap skit2 la..bagi dia rasa dulu samapi habis ok ke tak
Pastu dia tepuk Aini skit terus dia nganga mulut tunjuk nak lagi..haha
Hebat tul..Mengalahkan mama & abahnya..
Abahnya klau makan pedas skit pun segala peluh jantan dia keluar..Haha

Nampak nasi goreng pedas cili kering tu
Aisyah leh tahan sungguh

Ni 3 kali tambah.. 1 glass air kosong habis diminum..haha
Yang kali kedua tu dia kata nak makan sendiri..

Bahan-bahannya

Segenggam cili kering
(direndam dengan air panas, nak buang bijinya pun xpe, taknak buang pun xpe bagi yang suka pedas2)
Segenggam ikan bilis
(Cili kering & ikan bilis dikisar kasar)
Lebihan ikan bilis sedikit direndam bagi lembut
(untuk ada texture ikan bilis dalam nasi goreng)
Setengah biji bawang merah besar dihiris
Telur 3 biji
Garam secukup rasa
Nasi untuk 4 orang makan (Aini buat nasi 2pot)

Cara-caranya

Panasakan minyak, masak telur pecah dulu dan ketepikan
Tumis bawang hiris sehingga naik perang skit kemudian masukkan bahan kisar tadi
Bila cili dah nampak masak, masukkan ikan bilis
Then masukkan nasi, masak bagi sama rata baru masukkan telur
Garam secukup rasa

Siap!!!
Mudahkan..?? Selamat mencuba..hehe

Kalau you all masak nasi goreng opah jangan lupa tag Aini ya..hehe

~Aini~

Obor-obor dan Cuti Sekolah

Aini terbaca kisah obor-obor ni di FB..

Berlaku pada bulan ni.. Mungkin musim obor-obor datang secara berkumpulan dan mungkin juga ramai yang tidak perasan ada kedatangan obor-obor yang berbisa.. Jom baca sebagai awareness untuk anak-anak dan diri kita.





Baru-baru ni aku ada baca berita kemunculan “luar biasa” obor-obor di lautan di negeri Pulau Pinang & Terengganu (Rujuk gambar). 

Masa lihat gambar tu, 

Muncul trauma di fikiranku seketika.

Aku rasa ada keperlukan untuk aku menulis di sini memandangkan sekarang cuti sekolah di mana pasti akan ada yang membawa keluarga bercuti di pantai. 

Teringat satu peristiwa yang pernah berlaku pada anak aku sendiri.

Anakku disengat obor-obor pada usianya 1 tahun 11 bulan. 

Al kisahnya kami pergi bercuti di pantai di Pulau Pinang (Tanjung Bungah). 

Anak seperti biasa hanya seorang kanak-kanak yang seronok dapat celup-celup kaki di pantai, tanpa menduga sesuatu akan berlaku pada dirinya.

Masa tu suami ribakan anak dan duduk di

pesisiran pantai.. Air persisiran sahaja di mana tak dalam pun. Paras buku lali saja.. Hanya sesekali bila ombak memukul, air naik sedikit.

Aku pulak hanya melihat dari tepi pantai sambil merenung alam.

Suasana yang tenang, anak pun mengekek-ngekek ketawa bila ombak hempas ke pantai.

Tiba-tiba dari jauh aku lihat riak muka anak berubah dan muka suami pun berubah.

Hanya sesaat selepas itu, suami angkat anak sambil menjerit “obor-obor!”.

Rupanya obor obor telah dibawa oleh ombak dan terkena pada tangan anak (hampir seluruh lengan) dan kakinya.

Suami pula hanya terkena sedikit di tangan (lebih kurang saiz 10 sen). 

Masa tu anak dah mula meraung yang langsung tak dapat ditenangkan. Jujur hingga saat ini, tak pernah aku lihat dia menangis meraung seteruk itu. Memang kesakitan sangat wajah dia. Sambil meraung sebut “akit, akit”, hulurkan tangan pada aku untuk minta sembuhkannya.

Pada saat itulah muncul uticaria di tangan dan kakinya (orang kita panggil kelopak garam), terus aku terfikir ya Allah allergic reaction ke?!

Lengan dan kakinya bertukar menjadi kemerahan seperti terbakar.. 

Aku yang panik pada waktu itu, telah melakukan kesilapan yang paling besar.. Iaitu?

Mencurahkan air pada tangannya.

Aku sangkakan kesakitan itu adalah seperti terkena air panas (burning sensation), disebabkan itu aku sangka dengan air sejuk dapat mengurangkan kesakitannya.

Pada waktu itu telah kecoh dan pekerja hotel datang mendatangi kami. Perkara pertama dia minta adalah hentikan tuang air. Di tangannya ada cuka, dibuka cuka tersebut lalu dituang pada tangan dan kaki anakku. Terkejut juga rupanya memang kebanyakan hotel tepi pantai dah standby stok cuka di tempat mereka. 

Jujur walaupun pada waktu itu sudah hampir 7 tahun aku bekerja sebagai seorang doktor, itulah kali pertama aku hadapi pesakit disengat obor-obor. Dan pesakit itu adalah anak aku sendiri. Aku akui aku sendiri tak tahu berkenaan cuka pada saat itu. (Sebelum ni aku bekerja di hospital di tengah bandar& klinik dalam kampung yang jauh dari pantai, jadi memang tak pernah jumpa kes disengat obor-obor). 

Ambulans dipanggil, 

(Nak pergi dengan kereta, jalanraya memang sesak di Pulau Pinan)

Masa 10 minit menunggu ambulans terasa seperti 1 jam lamanya. 

Anak kecil aku masih meraung tanpa berhenti sekejap pun. Entah bagaimanalah sakit yang dia rasa..

Masa tu aku rasa lah Ya Allah berikanlah sakit itu pada aku sahaja agar aku yang menanggungnya 😢

Tak lama lepas tu ambulans sampai. Dibawa ke kecemasan. Diberi ubat tahan sakit. Dibalut dengan bandage yang telah dibasahkan bersama “acetic acid”.

Setelah sakit berkurangan, anak pun dah penat, lalu dia pun tertidur.. Awalnya tak ada katil kemudian barulah ada alhamdulillah.. 

Anak aku dipantau seharian.. Alhamdulillah masa tu tak ada immediate reaction.. Doktor benarkan balik dengan pantauan dan rujukan ke klinik kesihatan esoknya. 

Aku bawak anak balik dan terus pantau.. Risau memang masih risau sebab sting / racun obor obor boleh berada di dalam

badan berbulan-bulan lamanya.

Sebab tu ada sesetengah pesakit akan tunjukkan delayed reaction, selepas sebulan disengat barulah tiba-tiba tangan bengkak, menghitam dan mengelupas.. 

Untuk anak aku alhamdulillah tak ada komplikasi yang lebih teruk berlaku, cuma jellysfish mark dia memang ada beberapa minggu juga.. 

Apapun selepas peristiwa ini jujur aku agak trauma nak ke pantai lagi.. (walaupun aku sangat suka pantai.. sejak bujang itulah tempat paling aku suka pergi untuk tenangkan diri.. tapi itulah tak pernah pula kena obor obor walaupun mandi pantai.. akhirnya anak yang masih kecil

yang kena kan..😢). 

Kesakitannya bagaimana?

Suami aku cakap, dia yang terkena lebih kurang saiz 10 sen itu pun sakitnya teramat sakit, lebih sakit dari disengat tebuan.

Bayangkanlah anak aku yang kena hampir satu lengan dan kaki (peha dan betis) - tak terperi lah rasa kesakitannya 😢

Jadi di sini aku nak kongsi beberapa fakta dan tips untuk ikhtiar elakkan disengat obor-obor.

1. Elakkan mandi di pantai ketika musim obor-obor. Always ask around, contohnya hotel yang kita menginap.. Biasanya mereka tahu cuma tak bagitahu kita. 

2. Jika nak mandi juga, boleh pakai swimming suit berlengan dan berseluar panjang.

3. Sediakan sebotol cuka untuk ke pantai sebagai first aid jika disengat obor-obor

4. Ajar anak kenali obor-obor sebab ada kes obor-obor terdampar di pantai dan ada pengunjung yang sentuh lalu terkena sengatan obor-obor.. Untuk pengetahuan, obor obor mati juga masih ada sting yang menyengat manusia. 

Jika ada ahli keluarga / kenalan terkena obor-obor, 

1. Buang tentacles yang ada pada kulit menggunakan barrier (seperti penyepit, jangan sentuh direct)

2. Jangan curahkan air pada tempat disengat / gosok2 di tempat tersebut (aliran air dan gosokan akan merebakkan lagi sengatan menjadi lebih luas dan lebih sakit)

3. Terus tuang cuka di kawasan sengatan

4. Boleh pantau sendiri kecuali jika ada komplikasi berkenaan; boleh dapatkan rawatan segera

- allergic reaction

- kawasan sengatan adalah besar

- sengatan berlaku di kawasan mata / mulut

- sakit perut dan muntah-muntah 

- tidak aktif. 

(Bagi aku any paeds case boleh nak dapatkan rawatan terus sebab kanak-kana kecil sangat fragile)

5. Terus pantau perubahan pada kawasan sengatan sehingga 1-2 bulan, kerana ada sesetengah kes mengalami delayed reaction.

(Ada satu kes yang kawan aku kongsi baru-baru ini di hospitalnya.. kanak-kanak 11 tahun datang untuk dapatkan rawatan disebabkan tangan membengkak, menjadi kehitaman dan mengelupas.. gambar terlalu ngeri nak ditunjukkan di sini.. ada sejarah disengat obor-obor sebulan sebelumnya)

Kesimpulannya,

Rancang cuti sekolah ini sebaiknya dan elakkan percutian menjadi satu tragedi. 

Semoga bermanfaat.

Soft Cooling Gel Pillow untuk anak demam

Assalamualaikum

Hari ni Aini kerja
Malam semalam sebelum tido check suhu Aisyah naik 39+, almost 40
So hubby kata pakai ubat masuk buntut..
Tu klau suhu lebih 38.5 doc kata boleh bagi ubat buntut
Aini bagi tau kat Aisyah dia taknak
Aini tanya dia balik 
"Aisyah nak pi klinik ambik darah ke atau nak ubat masuk buntut..?"
Aisyah jawab " Taknak ambik darah.."

Alhamdulillah pagi tadi suhu dia byk turun
Dan masa dia tidur semalam Aini guna soft cooling gel pillow
Klau anak demam, even kita sendiri pun 
Bila baring atas cooler pillow ni mmg rasa lega la
Bukan untuk demam je, migrain, kepala rasa tiba panas sebab cuaca ke boleh je guna
Terpulang nak baring atas dia terus atau lapik dengan tuala kecil

Aini beli ni di Lulu Hypermarket..
Nak beli online boleh ada jual
Nak guna tu kene bekukan dia dulu..
Dia tak jadi keras macam ais sebab dia gel..

Harga Aini beli dulu bawah RM20 klau tak silap la sebab Aini dah lama beli..
Sekarang tak tau berapa..Aini tengok online ada rm20+ ada rm30+
So kalau nak beli tu tengok la review customer, kalau brg sampai dengan elok kira bagus la



Hari ni lunch salad je bersama air horlicks yang tak berapa nak panas
Selepas dapat tahu Aini ni over weight
Aini nak mkn yang betul2 healthy
Kene cut sugar..
I'm addicted to sweet Coffee, Milo
Soooo kene la cut skit2 ya..hehe

Actually 3rd Mac kene pi check up dgn Doc
It's a regular checkup..
Hari tu kene ambik darah
Nak tahu sama ada kita diabetic atau tak
So tht is next week la..nebesnya
Semoga Aini clean la..xde penyakit yang serious..

Note:
Aini open order Almond London And RV cookies with white choc dipping
Boleh pos ya..
Boleh singgah IG Aini kalau nak tengok kek2 yang Aini buat ya..

Have a nice day..!!

 ~Aini~

Aisyah tiba² demam

Petang semalam mama Aini wassap bagitau Aisyah demam
Dah sampai rumah Aini tengok dia masih baring di sofa dengan mata kuyu badan duk lembik
Pagi semalam Aini ada rasa gigi geraham dia nak tumbuh..
mungkin sebab tu kot dia tiba² demam
Aisyah xde lak mengadu sakit gigi

Selepas mandi Aisyah kata nak baring je
Memang nampak weak sangat
Hati kite yang rasa risau
Pada masa tu suhu dia 38
Sempat la bagi dia ubat demam sebelum dia terlelap pada jam 7.30pm

Hari ni Aini decide nak ambik EL
Nak pantau Aisyah sebab subuh tadi suhu masih 38
Dah mandikan dia dengan air sejuk supaya panas dia turun
Nangis gak la dia sebab tak tahan sejuk
Bermula dari kaki skit² sampai ke kepala
Pastu dia dah ok dia kata nak mandi sendiri plak
Aini biarkan lah dia mandi as long as suhu panas dia turun

Selepas mandi dia nampak agak fresh
Dan masa tu juga la dia duk pokpek sampai la dia habis breakfast..haha

Dia request omelet and letak cheese dalam
Memang favourite dia klau ada cheese
Lepas zohor suhu dia naik panas balik
Elok juga Aini ambik cuti
Aini xnk susahkan mama Aini jaga Aisyah bila Aisyah demam
So sebelum tidokan Aisyah
Aini mandikan dia lagi utk bagi suhu turun
Sekarang dia tengah lena tido

Harap esok Aisyah kembali sihat

~Aini~





 

Labels

Followers