Raya Almond London by Aini
Selamat Tahun Baru 2023
Selamat tahun baru my dear friends..
Berhati-hati bila berkata-kata
Berhati-hati bila berkata-kata…
“kalau takde duit tak payahlah order makan macam².!!”
1 kedai dengar tokey kedai tu sound pakcik ni dengan family dia.
Pakcik tu dengan makcik,4 orang cucu dan 3 perempuan remaja and dewasa.
"Menantu saya tak dapat dihubungi,dia yang suruh makan kat sini..."
"Itu hal awaklah,habis tu takkan dah makan taknak bayar...rm259 ni"
Ah kacau, dah jadi drama plak kat restoran tu,pelanggan² lain dah mula bergosip,ada yang buat tak tahu...
Aku tengok pakcik tu punya muka macam malu yakmat...
Tadi aku tengok masa makan² family dia happy sangat...dan ada terdengar sorang budak kecik tu cakap...
"Mana baba atuk? Rindu nak jumpa baba..."
Maybe menantu dia yang setting makan keluarga ni, tapi menantu dia tak sampai lagi..call pun tak angkat²...
Tadi aku tengok 1 family ni sampai kat restoran pun pakai van vanete lama...masuk restoran pun,tengok yang kecik² tu seronok bukan kepalang dapat makan kat luar...
Keluarga baik2 ni, tak sanggup aku tengok diaorang dimalukan...
"Makcik, kira saya punya dulu, saya nak cepat ni"
Panggil aku kat tokey kedai yang tengah hot tu yang berdiri kat meja pakcik tu...
Tokey kedai datang kat aku... "20 dik"
"Kira sekali ngan pakcik tu punya tapi dengan syarat makcik minta maaf ngan dia dan cakap makcik belanja dia hari ni,boleh?"
"Tapi kenapa? Kenapa tak cakap adik je belanja?"
"Pakcik tu mungkin ada masalah keluarga,makcik tengking dia, dia dah dimalukan depan orang ramai,
jadi saya nak makcik perbetulkan keadaan supaya maruah dia dikembalikan.
Dalam masa yang sama saya nak kredibiliti makcik juga dikembalikan, sebab bila makcik tengking pelanggan, pelanggan² lain akan mula anggap makcik ni tokey restoran yang tak baik.
Nanti mereka akan cerita macam² pasal restoran makcik...
padahal saya tahu makcik orang baik,
dah lama saya jadi pelanggan makcik..
saya taknaklah disebabkan benda macam ni reputasi makcik jatuh dimata orang lain.."
Tokey kedai pun macam tersentap dan sedar kekasaran dia...
Lepas aku siap bayar, aku tengok tokey kedai pergi kat pakcik tu ngan muka senyum², bersalam salaman ngan yang perempuan² kat meja tu..
Terhangguk² kepala masing², tengah minta maaf dan memaafi la tu...
Lepas tu aku tengok pakcik tu bangun tergesa²...semua pun bangun tergesa² menuju ke van mereka dan gerak....
So aku pun bangun dan gerak nak bla...
Tokey kedai follow aku sampai kat luar kedai dan...
"Dik, terima kasih sedarkan makcik, duit makanan keluarga tadi makcik nak bayar balik kat adik, biarlah makcik belanja diaorang...rupanya menantu dia kemalangan, sebab tu lah menantu dia tak angkat2 call...
Kalaulah makcik terus marah² dia tadi,tak tahulah nak simpan perasaan bersalah ni macamana..."
"Sebab itulah saya taknak makcik marah² tadi,sebab setiap masalah tu mesti ada sebabnya...takut kita menyesal kalau tak bersabar..."
"Ni duit rm280 makcik nak pulang semula kat adik,biarlah makcik yang belanja keluarga tu ngan adik punya sekali..."
"Takpe makcik,simpan duit ni untuk bayarkan dan bantu maybe akan ada yang susah atau takde duit nak makan akan datang...carry foward je sedekah ni...semoga jadi asbab pahala mengalir tak putus² kepada kita..."
.
.
Begitulah kawan²,nenek moyang kita pun dah berpesan...
Kalau benci jangan benci sangat...
Kalau marah jangan matah sangat...
Kalau tak suka jangan tak suka sangat...
Bersederhanalah dalam setiap perkara...
Kredit : Facebook Fahmi Huzairi
Happy Weekend
Kebaikan Halba Dalam Kehidupan
Kebaikan Halba Dalam Kehidupan Yang Ramai Kita Tak Tahu.. 👇👇👇
Rasulullah SAW pernah bersabda “Gunakanlah halba sebagai ubat” ~ Qamus Al-Tibb
1-Mencuci perut. Mencuci darah kotor
2-Mencantikkan struktur kulit dari dalam
3-Merembes insulin, mengurangkan kadar glukosa darah
4-Merawat penyakit kencing manis.
5-Mengurangkan berlaku pengumpulan lemak-lemak baru dalam badan
6-Membantu penggunaan kalori utk meningkatkan tenaga secara semulajadi
7-Menjaga, memulih & menambah tenaga seksual
8-Membantu masalah kegemukan
9-Mengurangkan berat badan. Menguatkan fungsi jantung
10-Merawat masalah sembelit & buasir
11-Melancarkan perjalanan darah
12-Mengatasi masalah senggugut ( kesakitan / ketegangan sewaktu haid & pra-haid
13-Melegakan masalah sakit kepala / migraine
14-Menguatkan fungsi rahim, merangsang & menyubur rahim (ikhtiar utk mereka yang ingin hamil)
16-Mengetatkan & meremajakan rahim
17-Menghilangkan lendir & sakit tekak
18-Membantu mengatasi masalah kekurangan darah
19-Membantu mengurangkan ketagihan rokok & dadah
20-Membantu kecerdasan kanak-kanak yg meningkat usia baligh, memelihara kekuatan badan & menggalakkan tumbesaran badan
21-Memperbanyakkan air susu ibu
22-Mengaktifkan kalenjar susu, meningkatkan saiz payudara secara semulajadi
23-Memanaskan buah pinggang & organ pembiakan
24-Memelihara keseimbangan kadar hormon dlm badan
25-Memelihara keanjalan kulit (awet muda secara semulajadi)
Cara cara:
Goreng tanpa minyak sehingga garing
kisar halus
simpan dlm bekas kedap udara.
Untuk wanita
Bancuh 1 sudu kecil dgn air panas
minum pagi dan mlm
Untuk lelaki
Bancuh 1 sudu kecil dgn air panas dan tambahkan 1 sudu kecil madu dan perahan limau kasturi
Sumbangan untuk kakak ipar Aini
Dengan rendah diri Aini ingin mohon sumbangan daripada rakan blogger untuk kakak ipar Aini
Seperti blog lepas Aini ada update pasal kakak ipar menghidap cancer rahim
Doctor dinasihatkan agar dia perlu membuat pembedahan laser secepat yang mungkin untuk elak sel cancer tu membesar balik.
Diharapkan pihak jasa baik tuan/puan dapat meringankan beban kakak ipar Aini
Mohon doakan dia terus kuat dan bertahan sepanjang ujian dan rawatan ini.
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun beliau:
Bank: Maybank
Acc: 162179829639
Semoga dengan bantuan tuan/puan dapat meringankan beban kakak ipar sekeluarga.
Happy Box untuk customer Aini
Aini pi hantar Happy Box pada customer di Damansara..
Customer ni kawan lama Aini.. Orang sabahan.. Very sweet girl..
Aini follow la google maps, suruh ikut Dash Highway nak ke ofis kawan Aini ni..
Lepas ni taknak la lalu Dash..bahaya sungguh
Aini sampai dalam jam 1115am..







Salam Jumaat: Lunch 2 jam untuk RND Christmas Cookie Box
Salam Jumaat.. dah nak balik keje baru update blog..
Aini busy bebenor.. Hujung minggu ni busy dengan tempahan cutomer..
Customer nak 4 Happy Box untuk Selasa depan sempena Christmas..
Shopping SOGO nak beli bag sekolah Aisyah..











Sweet Sale by Juzabakes
Assalamualaikum..
Diskaun RM5 untuk semua cakes..
Boleh pos klau nak, harga postage tidak termasuk ya..
Semua boleh pos kecuali Red Velvet & Pandan Gula Melaka sebab ada frosting..
Klau post meleleh lah frosting cream tu nnt kan.. rupa dh tak cantik dh..












