Pages

Wordless Wednesday: Aisyah tak suka anak patung girl2

Aisyah ni tak suka patung girl2..
Patung dinosaur atau kuda dia suka
Hari tu bawak dia jalan-jalan.. tangan dia dah pegang patung dinosaur
Abahnya saja menyakat Aisyah
Nak tengok reaction dia..

Mana-mana kedai la klau ambik anak patung camtu depan dia
Aisyah akan nangis..haha
Comel je..
Sepupu dia Zulaika suka patung girl2..


~Aini~

13 tahun blogging

 Assalamualaikum

13 tahun dah rupanya Aini blogging
Tapi ada tahun yang Aini tak aktif macam tahun 2019 dan 2020
Memang tak aktif layan blog

Tahun 2019 
Aini jaga Aisyah masu tu baby lagi
Lepas tu Aini kerja sebagai receptionist
So nk bukak google memang takleh dorang sekat
Aini biasa update blog guna computer
tak biasa sangat update guna fon masa tu..leceh..

Tahun 2020 (Covid 19 tgh hangat)
Aini kene terminate keje sebab company tak mampu nak bayar gaji staff
So duk umah jelah
Tapi diri Aini nak juga cari kerja nak bantu suami
Dapat la kerja sekejap dengan uncle Aini.. dia buka cafe di Glenmarie Golf 
Pastu PKP duk off and on so sale tak masuk banyak


Jun 2021 Aini dapat kerja di bengkel kereta
So hari-hari menghadap computer
Bermula lah Aini aktifkan diri dalam dunia blog pula

Tapi sayang..
Gambar-gambar dari tahun 2010 - 2018 hilang semunya
masa tu ntah kenapa boleh terdelete gambar dalam google drive
So gambar2 dalam blog ni semuanya hilang
Tak dapat la nak tengok gambar Aini pos sebelum ni..huhu


InsyaAllah selagi Aini masih larat nak blog Aini akn terus blogging
Mana tahu bila Aisyah dah besar nanti boleh la dia baca blog mama dia..
Dan continue blogging dari Aisyah..
Maybe dia akan buat blog dia sendiri..Hehe

Bagi yang baru nak blogging dan pada blogger lama
Selamat blogging.. (^_^)

~Aini~

Mini burnt cheese cake by Aini

Assalamualaikum..

Buat pertama kali Aini buat burnt cheese cake
Rasa sedap, gebu fluffy..
manis bila mkn bersama Nutella..
Klau makan burnt cheese cake dia sahaja, yang tak suka manis pun suka

Aini hantar di cafe Uitm Puncak Alam
Semoga murah rezeki Aini di sana
So far tak nampak lagi ada orang jual burnt cheese cake di sana
Sebab tu Aini mencuba nasib

Minggu lepas buat brownies original tanpa topping
Alhamdulillah terjual semua..
Semoga Allah murah rezeki perniagaan kecil Aini dan adik 
Dua2 minat baking.. ni smua turun dari mama Aini..hehe




Nampak cedap tak..? hehe
Tangkap gambar guna original cahaya di luar dengan berlatarbelakangkan pokok hijau
Memang naik seri la gambarnya kan..hehe

Kindly follow my small business Instagram


~Aini~

 

Gamma Knife Surgery

Assalamualaikum

Hari ni Aini dapat info dari kakak ipar yang hari ni dia akan buat operation di kepala
Pagi tadi dia dah buat MRI, sekarang dia akan buat operation gamma knife
Doc akan laser pada sel cancer sahaja..

Apa yang Aini faham Gamma Knife ni doc akan laser pada sel cancer yang duk setempat
Contoh ada di kanan otak skit sebesar 1cm tu je lah doc akan matikan..
Correct me if I'm wrong..

Sebab last November 2022
Kakak ipar Aini operate dia kepala bahagian kening kanan
So nampak kesan jahitan di keningnya..

Jadi Gamma knife ni hanya guna laser
Macam gambar di bawah ni

Laser akan tembak ke dalam kepala straight pada tumor/sel cancer


Hubby share gambar kakak ipar on the way untuk operation.

Semoga kakak ipar Aini kembali sihat seperti sedia kala
Walaupun cancer ni susah untuk hilang sepenuhnya..
Kita hanya berserah pada Allah S.W.T.

~Aini~


Kaya Ball


Keluar lari jap dari ofis sebab kelaparan
Tengah datang bulan je lapar kan.. haha

Nampak la orang jual kaya ball
Aini dah lama tak makan kaya ball ni
Beli la nk munch² je..
10biji RM5.. kecik cinonet tu satu 50sen
Memang kaya la orang yang jual ni..

Tak silap dulu² bawah RM3 utk 10biji kan..?
Makin lama makin naik la harga walaupun barang atau makanan tu cinonet je..

That's Life

~Aini~

Hubby kene Influenza B

Assalamualaikum..

Salam Jumaat..
Lunch apa hari ni..?
Hari ni Aini lunch di rumah sebab rehat panjang kan.. 
Seronoklah Aisyah nampak mama dia balik..
Baru park depan rumah dia dah jerit panggil mamaaaa...!! Haha

Semalam hubby pi klinik..
Aini suruh dia pi jugak sebab dah dekat 4 hari demam tak hilang..
Masa dia sampai klinik, nurse rekod BP and fever..
BP tinggi ya amat..

Kemudian jumpa Doc, ambik darah..
tunggu a few minutes later
dah keluar result.

Ada 2 line.. Positive Influenza B

Hubby cerita pada Aini..
masa dapat tau dia positive Influenza B, dia dah panik 
Sebab fikir ada mama Aini dan anak yg masih kecil
Hubby siap tanya doctor nk kene self kuarintin ke, nk santize ke bla bla bla...
Doc ketawa.. Influenza B ni x sama macam Covid..
Ia demam berpanjangan cuma kene duk jauh la dari family takut berjangkit demam tu
Hubby lega la bila dengar Doc explain
So hubby dapat MC 5 hari
dan ubat yang hubby kene makan tu memang kuat dan kene habiskan dalam masa 5 hari juga

So malam sejak hubby demam memang tak tidur 1 katil
Aisyah masih tido bersama Aini & hubby..
Aisyah duk tengah la

Bila hubby tido kat lantai, Aisyah akan intai dari katil
Bila esoknya bangun pagi dia akan intai abahnya tengok ada ke takde..
Klau takde dia akan nangis..haha

Malam semalam badan Aisyah dah mula dedar..
sebelum subuh badan Aisyah panas..
Aisyah ni susah nak renggang dengan Abahnya..
so Aini cepat la bagi ubat demam sebab suhu dia dah dekat 38
batuk and flu memang takde..

Aini akan cuba untuk bagi dia aktif
buat la apa-apa aktivity..
main tanah liat ke, painting ke..
sekali sekala dia main game di phone Aini tapi tak lama la..

Klau dibiarkan tak bagi Aisyah buat apa2
badan dia akan jadi weak
Kita la yg paling risau di dunia ni..
Kalau boleh taknak tengok anak demam kan..

Masa lunch Aini balik tengok hubby duk lembik badan
Harap dia ok lah esok..

Sekarang ni musim demam lagi
Anak bos Aini dan wife dia kene Influenza A
Seminggu dah rasanya, sama macam hubby Aini

Semoga you all selamat dan sihat2 ya..
Take Care

~Aini~

Lunch date bersama hubby tahun 2023

Assalamualaikum..
Lunch tadi hubby wassap tanya dah lunch ke blum..
Aini pun jawab la belum..masa tu tengok jam dah dekat kul 1pm
Skali dia kata jap lagi dia datang jemput nk lunch sama..
Rupanya dia halfday hari ni.. katanya tak sihat

Sebab dah lama tak lunch date berdua
Aini lunch dekat dengan ofis Aini
Ada nampak 1 kedai makan baru buka rasanya dah sebulan dah
Restaurant Thailand
Aro Thai, Eco Grandeur Puncak Alam..

Masuk dalam memang cantik
The interior design is beautiful yet simple

Aini&hubby nk makan goreng2 ja
Air pun order Thai Green Tea
Hubby dulu asyik order air nescafe o ais ataupun Ice lemon tea
Bila dia start rasa air Aini sebelum ni dia pun dah suka dh Thai Green Tea tu
Sementara tunggu order Aini pun selfie la

Cantik kan bunga yang digantung tu..
Bukan bunga betul ya..

Hubby botakkan rambut semalam..
Aisyah ketawa je

Whole view, tu counter bayar, belah kiri dia counter buat air, 
Tingkat atas pun boleh makan

Ayam pandan 5pcs

Nasi goreng ayam hubby
Tak rotate plak gambar..haha

Nasi goreng pataya Aini punya
Lapar punya pasal dah halfway baru teringat nak snap gambar

Total semua RM86.40 ya kawan2

 Apa rasa dia..? Emmm boleh laaa..
Goreng2 dia macam out skit
Maybe sedap lagi klau order yang berlauk..
Air ok sedap

Nak order yang berlauk takut lambat balik ofis nanti.
Maybe next time..

Hubby kata ni last datang..Haha
Dia bab makan memang strict and particular..
Orang utara memang camni ek..hehe

~Aini~

Raya Almond London by Aini

Assalamualaikum..

Good morning my virtual friends..
Mulai bulan ni Aini buat open order untuk Raya Almond London
Tahun lepas terjual hampir 50balang..
Masa tu orang baru nak kenal..
Kali ni Aini buat open order awal sebab raya bulan April
Jadi Aini boleh prepare awal2 bagi yang dah book awal..
Bulan puasa nanti Aini boleh pos ke rumah you all..

InsyaAllah, Aini akan buat Almond London ni sedap untuk you all..
Aini menggunakan chocolate premium
Inti whole almond nuts bersama almonds nips
A touch of the secret recipe in Almond London Juzabakes
A love of zikir while making the Almond London

Aini pernah buat rnd selama setahun masih sedap lagi rasanya..
Bila kite buat dengan penuh ikhlas dan kasih sayang InsyaAllah dapat rasa sedap..



Gambar ni direct link ke instagram Juzabakes..
Nak order direct dengan Aini boleh klik link di bawah

Semoga Allah murahkan rezeki you all

~Aini~

Selamat Tahun Baru 2023

Assalamualaikum..

Selamat tahun baru my dear friends..
Sepanjang minggu ke4 bulan Disember 2022
Aini di kampung Batu Gajah Perak.

Nak kata sambut New Year di kampung tak lah..
Jam 12am tepat masing² dibuai mimpi

Sabtu pagi breakfast di rumah Opah Aini
Kemudian lunch di luar bersama 4 keluarga
Ramai yg tak balik sebab dorang dah balik awal dh
Hubby nk habiskan cuti dia.. so balik la bersama family adik Aini.
Mmg riuh di kampung Opah layan cicit dia..

Selepas lunch tu singgah rumah kawan baik mama Aini.
Mereka dari kecik sampai sekarang masih berhubung. Aini panggil dia Chu Era
Anak buah Aini panggil Opah Chu Era Terer..
Ada sebab anak buah panggil dia Chu Era Terer..
One day Aini akan cerita..

Lepas balik dari rumah Chu Era
Aini n hubby bawak budak² ni pi Aeon Ipoh
Dorang excited nk main kt Molly Fantasy
Sampai je park kete dekat 4 kali pusing pastu masuk terus ke Molly Fantasy
Memang dari kecik sampai sekarang suka main
Dia sekarang pakai kad..tak pakai token
So total dorang main RM55..haha..

Jom tengok gambar




Aisyah suka main ni..

Main buaian depan rumah Opah

Main di taman batu gajah.. penat main mkn ice cream pula..

Bersama adik Aini


See you next entry..

-AiNi-




Berhati-hati bila berkata-kata

Berhati-hati bila berkata-kata…

“kalau takde duit tak payahlah order makan macam².!!”

1 kedai dengar tokey kedai tu sound pakcik ni dengan family dia.

Pakcik tu dengan makcik,4 orang cucu dan 3 perempuan remaja and dewasa.

"Menantu saya tak dapat dihubungi,dia yang suruh makan kat sini..."

"Itu hal awaklah,habis tu takkan dah makan taknak bayar...rm259 ni"

Ah kacau, dah jadi drama plak kat restoran tu,pelanggan² lain dah mula bergosip,ada yang buat tak tahu...

Aku tengok pakcik tu punya muka macam malu yakmat...

Tadi aku tengok masa makan² family dia happy sangat...dan ada terdengar sorang budak kecik tu cakap...

"Mana baba atuk? Rindu nak jumpa baba..."

Maybe menantu dia yang setting makan keluarga ni, tapi menantu dia tak sampai lagi..call pun tak angkat²...

Tadi aku tengok 1 family ni sampai kat restoran pun pakai van vanete lama...masuk restoran pun,tengok yang kecik² tu seronok bukan kepalang dapat makan kat luar...

Keluarga baik2 ni, tak sanggup aku tengok diaorang dimalukan...

"Makcik, kira saya punya dulu, saya nak cepat ni"

Panggil aku kat tokey kedai yang tengah hot tu yang berdiri kat meja pakcik tu...

Tokey kedai datang kat aku... "20 dik"

"Kira sekali ngan pakcik tu punya tapi dengan syarat makcik minta maaf ngan dia dan cakap makcik belanja dia hari ni,boleh?"

"Tapi kenapa? Kenapa tak cakap adik je belanja?"

"Pakcik tu mungkin ada masalah keluarga,makcik tengking dia, dia dah dimalukan depan orang ramai,

jadi saya nak makcik perbetulkan keadaan supaya maruah dia dikembalikan.

Dalam masa yang sama saya nak kredibiliti makcik juga dikembalikan, sebab bila makcik tengking pelanggan, pelanggan² lain akan mula anggap makcik ni tokey restoran yang tak baik.

Nanti mereka akan cerita macam² pasal restoran makcik...

padahal saya tahu makcik orang baik,

dah lama saya jadi pelanggan makcik..

saya taknaklah disebabkan benda macam ni reputasi makcik jatuh dimata orang lain.."

Tokey kedai pun macam tersentap dan sedar kekasaran dia...

Lepas aku siap bayar, aku tengok tokey kedai pergi kat pakcik tu ngan muka senyum², bersalam salaman ngan yang perempuan² kat meja tu..

Terhangguk² kepala masing², tengah minta maaf dan memaafi la tu...

Lepas tu aku tengok pakcik tu bangun tergesa²...semua pun bangun tergesa² menuju ke van mereka dan gerak....

So aku pun bangun dan gerak nak bla...

Tokey kedai follow aku sampai kat luar kedai dan...

"Dik, terima kasih sedarkan makcik, duit makanan keluarga tadi makcik nak bayar balik kat adik, biarlah makcik belanja diaorang...rupanya menantu dia kemalangan, sebab tu lah menantu dia tak angkat2 call...

Kalaulah makcik terus marah² dia tadi,tak tahulah nak simpan perasaan bersalah ni macamana..."

"Sebab itulah saya taknak makcik marah² tadi,sebab setiap masalah tu mesti ada sebabnya...takut kita menyesal kalau tak bersabar..."

"Ni duit rm280 makcik nak pulang semula kat adik,biarlah makcik yang belanja keluarga tu ngan adik punya sekali..."

"Takpe makcik,simpan duit ni untuk bayarkan dan bantu maybe akan ada yang susah atau takde duit nak makan akan datang...carry foward je sedekah ni...semoga jadi asbab pahala mengalir tak putus² kepada kita..."

.

.

Gambar hiasan


Begitulah kawan²,nenek moyang kita pun dah berpesan...

Kalau benci jangan benci sangat...

Kalau marah jangan matah sangat...

Kalau tak suka jangan tak suka sangat...

Bersederhanalah dalam setiap perkara...


Kredit : Facebook Fahmi Huzairi

Labels

Followers