Pages

Wordless Wednesday: Aisyah loves art


Aisyah suka dengan seni
Macam mama and abah dia..
Dari kecil suka seni
Tak kisah la melukis, mewarna ataupun deco2 diy bagai..

Aini ikut je klau dia masih minat dengan arts why not..
Maybe klau dia besar nanti nak attend art class pun ok..
We do our best for our child's interest..

With Love,
Aini

 

Aktiviti hujung minggu

Assalamualaikum,

Hari Ahad lunch di Secret Recipe, Puncak Alam
Bersama dengan mama Aini & Aisyah sahaja
Hubby Aini demam sejak balik dari kerja hari Sabtu tu
Suhu terus naik 39-40 off and on.. 

Aisyah letak kain basah di kepala abahnya

Selepas solat Zohor Aini bertiga gerak ke Secret Recipe..
Kalau makan waktu makan memang sesak nanti.
Sampai je sana, Aisyah nampak cake..
Terutama kek yang ada duri-duri..
Kek tu plak tak dipotong lagi, masih elok in one piece

Aini tanya Aisyah, "Aisyah nak kek durian ke?"
Aisyah terus angguk. Aisyah memang suka durian..haha
So cari tempat duduk order makanan.
Kek Aisyah yang sampai dulu..siap request small candle..

My beloved mama and lovely Aisyah
Baru lepas tiup lilin.. pandai dia.. 1st time tiup lilin
aisyah cakap mama api..api..haha comel je


Celebrate bertiga je.. Abahnya demam

Nak order nasi goreng sate untuk hubby tapi semua nasi dah habis..
Mesti ramai datang makan tengah hari masa tu..

So Aini belikan mee kari untuk hubby..
Berpeluh-peluh dia makan kat rumah 
Dia kata sedap.. 1st time dia makan..

Mee kari di Secret Recipe memang sedap
Dan juga Singapore Laksa..
Tu one of my favourite la klau Aini pi sana..

Tak sempat nak snap gambar Aini makan..
Lapo bebenor..haha

Mama makan Mee Kari
Aisyah Pasta Carbonara - memang tu je dia makan
Aini makan Ipoh Hor Fun (mcm kuehteow sup)
Saje nak merasa..hehe

Selepas balik dari lunch
Ada parcel atas mailbox
Aini beli pelampung untuk Aisyah mandi kat pool nanti
Aisyah suka kuda so dia pilih unicorn warna pink..

Klau ikutkan pelampung ni sesuai untuk umur 1 - 4 tahun
Tapi klau bdn kecik and ringan rasanya Aisyah 5 tahun leh pakai lagi tu..


Sejak dapat pelampung ni sampai sekarang duk main ke hulu ke hilir..haha

Aini beli dengan harga RM16.90
Harga asal RM34.. banyak kan diskaun dia..?

Nak beli pelampung macam Aisyah ni leh klik di link bawah
Ada banyak design

With Love,
Aini

Happy weekends

Assalamualaikum..

May you all have a very happy weekend with your family and loved ones.

I didn't get to celebrate my daughter's birthday this month 

But I promised her that I will bring her somewhere and make her enjoy her fun time

Today my hubby had to work, probably he will be home by night

So I will spend the time with Aisyah and my mum at home


from Mr.Google


I am planning to go to the nursery to buy new flowers for our garden

Seems our garden haven't much of other colors than greens

Trying to find some yellows, pinks, and reds

After I watched it from this YouTuber it really inspires me a lot

And if only I could stay in a place like her

Such calm, beautiful nature surrounded you


You can watch her YouTube at Her86m2

She also owns her personal blog too Blog Her86m2


Selamat beristirehat..


With Love,
Aini

Lunch alone

Hari Jumaat lunch lama..
Singgah kedai Aaira butik beli blouse..
Lepas tu tak tahu nak makan apa..
Nak makan yang heavy masih takde selera sangat..
Makan la di D'Global Cuisin by Chef Zubir..

Amboi bukan main makan tempat mahal ya..
Nak makan bende berat pun cecah rm50..
So rasa nak makan simple..





Mexican Burritos RM19.90
Hot Honey Lemon Tea RM8.90

Total: RM31.68 seorang makan.

Dengan harga tu leh order nasi goreng utk lebih 4 orang kot..hahahha

Takpelah sekali sekala..

Hari ni sempena birthday Aisyah rasa nak je bawak Aisyah pi jalan-jalan kat mall bagi dia main2 tapi Aini masih duk batuk tak selesa lak nk berjalan.. Abahnya plak balik lambat hari..Takpe Aisyah nanti ikut mama pi kursus bulan depan. Kat hotel nanti mandi la swimming pool puas2 ya.. Tengah tunggu pelampung dia ni...order online je.. pilihan dia nak unicorn warna pink giteww...hehe
 

With Love,
Aini

Happy 4th Birthday my child

Chakk


Happy 4th Birthday my dear Noor Aisyah

You are indeed blessing from Allah
May He guide you and help you find the truth about life.
Enjoy your life
And always remember to say your prayers..
Mama Abah loves you very much







 

Serabut tengok TikTok

Assalamualaikum..

Berhenti kejap buat kerja.. 
Relax kan minda.. 

Tapi nak buat blog ni tak relax kan..Haha
Sebab nak buat cerita..
Ala takpe santai-santai je..



Hmm tau kenapa Aini serabut tengok TikTok (TT)
Macam biasa lunch hour ada la free time layan social media jap..

Asalnya nak buat untuk bisnes kecil ni, nak tambah pendapatan, untuk tarik pelanggan lah dalam TT
Tapi Aini download bukan yang TT Shopping
Aini download TT biasa je..
Bila bukak dia atau play yang For You punya video..
Video secara random macam kat IG..
Tapi dia autoplay kan..
Sekali ternampak la 1 video ni perempuan muslim bertudung tapi negara belah2 negara arab sana..
Not exactly orang arab tapi negara islam la.. tak pasti negara mana..

Anyway cara dia buat video buat diri kita kaum muslimah rasa malu yang amat sangat..
Tiba-tiba terasa stress disitu..you know what I mean..?

Aini tak tahu la klau budak2 remaja even yang sekolah rendah ni ada TT ni..
Sangat bahaya la.. boleh mempengaruhi minda dorang ke arah yang tidak baik..tidak elok..
Risau sangat zaman teknologi canggih ni.

Aini taktau la TT ni leh sekat video yang over 18yrs..
Klau budak bawah umur nampak video yang menjolok mata ntah la..
Takut dibuatnya..

Parents yang mana tahu anak ada TT kene pantau..
Even IG pun tengok budak2 kecik pun dah pandai guna..
Klau TT lagi la kan..banyak guna untuk berjoget bagai..

I hope this can be controlled in a proper way
Save the children underage watching that they are not supposed to watch..
It's really scary..

So Aini delete akaun TT bisnes kecil Aini tu..
Just guna IG n FB jelah..
Rezeki ada di mana-mana..

Aini minta maaf kalau ada yang terasa bagi yang dah ada TT ni..
Terpulang pada masing-masing nak guna kan.. It's your choice..
Kalau kita share benda yang elok takpelah..
Ini cuma pandangan Aini je dan apa Aini rasa..
No heart feelings kay..(^_^)

Ok back to work..

With Love,
Aini



Wordless Wednesday - "Aisyah dah besar panjang"

 


Noor Aisyah tak lama lagi nak masuk 4 tahun..
Cepat je masa berjalan..
Tahun depan start tadika dengan sepupu sebaya dia Noor Zulaika

Semakin cerdik
Bijak
Pandai berkata-kata
Pandai mengadu..haha
Pandai pujuk
Pandai berterima kasih
Pandai menari dan menyayi..klau buat depan abah dia malu..
Kuat cemburu dengan abah mama dia..
Tu biasa lah kan..? Hehe

Suka cakap "Aisyah dah besar panjang"

No matter what, you will always be the
best girl
best love
best friend

With Love,
Aini





Wordless Wednesday: Aisyah the Lion Dancer







Ada gaya tak..?
Elok plak ada drum mainan kat rumah.. 
Aisyah minta Abahnya mainkan drum..
Sambil tu dia buat la tarian naga tu..

Tuala hood kuda tu kononnya Naga aisyah la.
haha

 

Suara Aini macam suara...

Assalamualaikum..

Minggu lepas Aini demam..
Lepas tu suara semakin lama semakin hilang..
Bila nak bebel kat si Aisyah ni susah nak bercakap..
Termengah-mengah dibuatnya..Batuk pun tak baik-baik lagi..
Minum la air kosong banyak mana still tak ok lagi..
Air asam jawa mama Aini buatkan pun Aini minum juga..
Air madu pun minum.. 
Mungkin sebab cuaca.. Musim orang demam sekarang ni kan..?

Walaupun masih batuk dan takde suara ni Aini masih bekerja..
Jenuhla nak bercakap dengan staff tapi dorang faham
So dorang pun biar Aini buat kerja sorang-sorang ni la..
Bila perlu je dorang akan datang pada Aini.
Bila batuk kuat mula la dada sakit..
Semput pun naik la.. Macam biasa inhaler sentiasa ada disisi Aini..
Atas meja ni pun dengan adanya minyak cap kapak, Halls, Strepsils & Air kosong..
Taktau la berapa kali nak pi toilet ni..

Semalam suara Aini semakin serak..
Hubby balik kerja sampai rumah selepas Isyak camtu..
Bila Aini bagi tau hubby yang suara Aini serak..
Hubby kata jadi suara Sajat sambil ketawa..
Haaa yelah memang jadi suara macam ala2 Sajat gitu..hahaha
Sajat kan suka cakap gituuuuee setiap ayat2 yang dia katakan tu..Haha

from google

Anyway, mesti you all pernah merasa kan dengan suara sexy ni.
Klau anak buat hal dengan macam-macam ragam dia, suara jantan kita yang keluar..Hahaha..

Kalau lelaki takde suara atau sakit tekak, suara dia menjadi semakin garau..
Masa hubby tak sihat suara dia akan jadi semakin garau.. 
Bunyi macam nak marah kita tapi kita pun faham, dia penat.. bila bercakap lagi la mengah kan..

Aini pernah takde suara dekat sebulan.. 
Disebabkan dengan penyakit Asthma Aini membuatkan Aini tak henti batuk..
Masa tu tahun 2015 tak silap..
Klau boss intercom Aini, Aini jawab pun macam berbisik..

Semalam nak borak dengan mama Aini pun
Mama Aini duk cakap.. apa dia..?apa dia..? sambil buat muka.. haha
Kita pun cakap la satu per satu..
Pastu dua2 ketawa..Adehhh
Masalah betul la klau takde suara ni..

Ok, la nanti kita update pasal si Aisyah pulak..

With Love,
Aini




Kita pula yang demam

Assalamualaikum..

Baru-baru ni Aini update pasal Aisyah demam.
Alhamdulillah Aisyah bertambah baik cuma batuk je tak hilang lagi.

Sekarang ni mama Aisyah pula yg demam.
Hari Khamis dah mula sakit badan..
Tekak semakin perit bila telan air liur..
Rasa macam ada benda je kat tekak ni..
Khamis tu Aini masih kerja lagi..
Petang tu tiba ada rasa seketul keluar dari tekak..
Kahak dengan darah sekali.. 
Mungkin akibat kesan luka di tekak.

Aisyah teman mama plak pi klinik..

Jumaat tu Aini MC..
Jumpa doc dia bagi 2 hari mc sebabnya hari Sabtu kerja halfday..
Jumaat tu tak demam tapi segala urat sendi ni sakit.
Sabtu tu Aini demam, batuk & flu.. suhu naik 38 kadang² naik 40..
Hubby masa tu kene kerja.. Gagah juga la nk handle si aisyah pastu kemas rumah sikit.
Itupun mama Aini suruh rehat tapi Aini nk sibukkan diri supaya berpeluh. 
Kalau duduk tido je takut lagi melarat.

Esok Isnin nak masuk kerja dah.
Ntah ok ke tak Aini ni.
Dua malam dah letak cool fever kat dahi Aini.
Klau esok masih x larat mungkin balik awal jelah kot... 

Bila dah mula batuk, asma mula la datang..
Sakit dada dan tekak bila terbatuk kuat ni..
Sampai suara Aini dah keluar suara jantan dah..haha

Sexy you..haha

With Love,
Aini




Labels

Followers