Pages

Spider - micro image


Ada 1 spider kecil ni berjalan kat tepi tingkap Aini.

Nampak cantik.. 
Rasanya bukan jenis yang beracun.
Sebesar biji kacang tanah je tu.

Saje cuba phone Aini teringat camera ada micro picture.
So Aini try la..
Nice kan boleh nampak detail lagi.

With Love,
Aini

Superhost Giveaway

 Assalamualaikum


Jom join Giveaway ni. Siapa menang dapat giveaway bernilai RM500.




1. Follow blog ni dan komen apa-apa saja yg murni dlm posting ni..

2. Subscribe channel youtube:  # Family Factor

3. Optional (tak buat tak pa) Teka aku asal dari negeri mana ( kalau anda menang giveaway, kami akan tambah cash RM100 kalau tekaan tepat.boleh buat makan makan at Kg Baru)

4.  Buat simple entry kat blog anda,  tampalkan banner kat blog anda dan link kan ke posting ni.

Jom join sama-sama.. Mana tau rezeki you all dapat tidur depan KLCC yang lampu bersepah tu..mesti cantikkan.. hehe

Good Luck..!!

With Love,
Aini

AdSense muncul dalam blog Aini

 Assalamualaikum..

Alhamdulillah setelah sekian lama Aini blogging baru lah rasa nak letak AdSense dalam blog Aini.
Hmmmmm silap juga patut dari dulu lagi buat kan tapi mungkin Aini tak research betul-betul cara nak apply dan memang tak tahu sangat nak buat.

By Google image


Bila baca ramai dapat income daripada AdSense ni rasa why not Aini cuba. Aini apply sejak bulan Oktober atau bulan November tahun lepas gitu.. Agak lama juga nak dapat kelulusan tu kan..? Ada sampai berkali-kali apply baru la dapat. Alhamdulillah Aini sekali je apply baru tengok blog tadi dah ada keluar iklan AdSense.

Aini masih belajar lagi nak menggunakannya. Aini akan rajin singgah blog yang banyak update pasal AdSense sebagai reference Aini dan juga Aini haruslah rajin update blog setiap hari ya.. no excuse this time. hehehe InsyaAllah.. Demi untuk rezeki anak dan suami dan juga my parents.

Aini ada juga buka Youtube tapi nak edit video bagai ni makan masa yang lama.. Itu pun pakai Apps Inshot je untuk update video dalam phone. Kalau guna laptop/computer puas nak guna.. Ada je laptop tapi biasanya suami bawak pi kerja.. Dia akan guna bila dia operasi di luar. Takkan nak angkut 1 computer pula kan..satu kerja nak cari cable lak..Haha

Til next time..

With Love,
Aini





XS Perfect Premium - Turun 3kg dalam seminggu

Assalamualaikum..

Kelmarin.. terhegeh-hegeh nak ganti puasa..padan muka..Haha
Bulan April dah masuk bulan Ramadhan..
Ada yang dah beli kain untuk baju raya ke tahun ni..?
Aini mungkin beli yang dah siap je kot..nak tempah baju rasanya tak ler..

Sekarang pun tengah on diet lagi. Kerja tempat ofis ni duduk je memanjang. Kalau jenis banyak bergerak atau ada tangga dalam ofis ni leh la exercise. Ni duduk pun x kemana.. nak pi ke tempat file belakang Aini je pun campai guna tangan je xyah bangun.. haha

Last week Aini ada cuba 1 minuman yang boleh turunkan berat badan dengan cepat.
So Aini beli XS Perfect. Pernah dengar tak..? Aini beli ni sebab Aini suka coffee. Banyak yang jual jenis tea. XS Perfect ni ada 3 flavour..Caramel Cappucino, Hazelnut Latte & Chocolate. 

Aini ambik promo yang di bawah ni.

Sabun dia Aini belum cuba lagi sebab letak kt bilik bawah. Mandi di atas. setiap kali mandi lupa je nak bawak atas. Aini ambik perisa Hazelnut Latte. Memang sedap. Dia ada bagi sample flavour lain juga. Semuanya sedap. Minum sekali sehari je. Hari pertama minum Aini banyak membuang.. bukan buang yang besar tapi dia buang toksin. Letih sikit lah sebab kerap ke toilet. Tapi result dia memang totally bagus bagi Aini lah. Badan rasa ringan walaupun berat tak turun banyak sangat tapi segala toksin dalam badan kita dibuangnya.

Dia membuang bukan dalam jarak yang dekat.. kadang-kadang sejam atau lebih akan membuang. Dia bukan macam kene cirit -birit yang duk kerap ke tandas.. tu kes sakit dah tu. Yang ni dia hanya mencuci usus kita.

Dalam seminggu Aini berjaya turun sebanyak 3kilo. Kira ok lah kan..? Kalau kita jaga makan macam dinner tu makan sebelum pukul 8 malam pastu ada buat exercise ringan lagi la banyak turun nya. Tapi Aini jenis kurang exercise pastu makan malam kadang-kadang lambat juga sebab nak makan sekali dengan hubby. Tu tak kisah lah janji nampak result dia turun dengan banyak. 

Ada pernah cuba mana-mana makanan untuk turunkan berat badan..? Boleh share dengan Aini..?

Nak beli XS Perfect boleh tengok IG : XS Perfect Siti

With Love,
Aini

Pencarian Bloglist Januari-Februari 2022 by Nazfea Solehah

 Assalamualaikum..

Jom kita join sama-sama..





Semoga berjaya.. 😊

With Love,
Aini


Magiclean - Senang nak cuci

Assalamualaikum..

Hubby ada tengok spray ni di FB masa tu tengah duk viral. Setiap kali pergi nak beli mesti habis.. Biasalah kalau benda dah viral.memang cepat habis kan...? Rezeki hubby dapat juga beli di MR. DIY.

Kat botol tu tulis No more scrubbing.. So Aini cuba. Memang menjadi.. Bagi yang tak larat nak sental dinding bilik air yang besar mahupun kecil spray la kat tempat kotor tu. Biar selama 5 minit dan bilas dengan air.

Aini tak sental langsung. Aini spray banyak-banyak pada dinding dan biar 5 minit atau lebih terus bilas dengan air. Memang tak perlu nak sental atau gosok dinding tu. Cuma bau dia agak kuat.. kadang-kadang ada rasa pedih juga hidung.. baik pakai mask ya.

Harga tak ingat berapa.. Belas-belas gitulah..Takdelah mahal mana kan. Boleh tengok gambar dibawah.








Nampak kan beza dia..? Jadi betul-betul bersih. Mainan aisyah ni dah lama berlumut sebab biar lama dalam bilik air.. Aini nak tunjuk sebagai demo. Kalau tak guna spray ni Aini akan sental guna sponge kasar..sebab lumut yang dah kering susah skit nak tanggal.

Selepas Aini spray terus basuh dengan air tanpa gosok apa-apa.

Nanti boleh la you all cuba.. Ada yang pernah beli ni tak..?

With Love,
Aini



Makan di restaurant Chef Zubir


Assalamualaikum

Pernah cuba mana-mana restaurant Chef Zubir tak? Aini pernah cuba Restaurant D'Grill di Bangi. Memang sedap makanan dia. Mahal tapi berbaloi harganya dengan masakan dia yang sedap tu. Tapi tak tahu kenapa D'Grill sana tutup. Nasib baik sempat rasa.

D'global Cuisin pun milik Chef Zubir juga. Tak sangka dia buka restaurant di Puncak Alam ni. Maklumlah Puncak Alam ni betul² di puncak dan tak ada apa sangat kedai mewah kat sini sejak tahun 2006. 

Tapi sejak adanya Eco World dan Eco Gradeur di Puncak Alam dah naik maju maka banyak la restaurant, baker shop yang agak terkenal buka di sini. Mostly ada juga beberapa artis beli rumah Eco World di Puncak Alam.

Pada malam 1 Januari 2022, asalnya nak makan malam di kedai makan KEDUA (nama kedai makan tu) tapi padat ramai orang. Covid duk ada lg ni malas nk sumbat dalam tu. So makan di Kofee Bereu tu ada seat. Dah nak order masa tu tapi nasib baik waitress ni jujur la ckp makanan akan dapat lambat sbb yg duduk lama dalam kedai pun tak dapat makanan lagi. So Aini teringat restaurant Chef Zubir ada buka di kawasan Eco Grandeur.. pi la cari pusing bangunan sebelah nampaklah restaurant tu.

Tak ramai orang dan nampak cosy sangat. Mama Aini pun ok je dia kata sedap mata memandang.

Bila buka menu harga dia mahal la juga tapi hubby nak belanja. Aini & hubby je yang order makanan. 
Mama Aini masih kenyang lagi tapi dia nak rasa dish kitorang.

We ordered 2 main dish and 2 desserts.

Aisyah nak selfie dulu


Restaurant 2 tingkat
Hubby and my mama

Kitchen and Beverage
Ada 2 family sambut birthday malam tu.


Bali fried rice

Spageeti Carbonara
Sedap tak muak

Pitasschio
Biskut dia rasa macam biskut makmur


Chocolate fudge

Upper view..cantik sangat

Total makanan dan air semua RM120+.. Kira ok la kan..? Mahal tapi berbaloi sebab makanan dia sangat superb.

Instagram: 


With Love,
Aini

Kembali pada design lama

Assalamualaikum.

Aini banyak hutang dengan readers kan..? hehe sorry..
Nak update blog ni kene ada mood.
Mungkin sebab I need new look but with the new looks is back to old template.
Mungkin Aini serasi dengan design blogspot kot.
Senang nak set.

Masa nak pilih design baru susah nak cari yang berkenan.
Bila nak yang ini tapi ada yang kita tak nak dalam tu pastu tak boleh buang plak tu.
Terus hilang mood.
So i guess this is it..

Aini harap blog Aini tak membosankan you all untuk singgah sini.
I try to be active blogging back like are I used to before the day I started blogging.
Ada rasa macam nk buat 2 blogs tapi tengok lah macam mana..
Blog ni pun tak terhandle ni kan nak dua plak ya..Haha

Hari ni tak busy sangat di bengkel..
Kereta banyak cuma customer tak kerap datang..
Banyak left and go..
Ada juga beberapa kereta kene banjir hantar ke sini.
Mostly yang mana takde buat insuran banjir la.

Ada satu ni enjin kene tukar baru 
Sebab dia on enjin masa air masuk dalam
Memang terus out la.
So melayang la rm5k..tapi customer ni cool je bayar.
Tu baru deposit ya.. hahaha
Ada banyak benda nak kene pasang itu ini..
Maklumlah kalau dah banjir banyak la air masuk sana sini kalau on enjin.
Dekat 3 minggu dah kereta ni kt bengkel..
Hari-hari Aini mengadap muka kereta depan Aini ni..Hahaha






Surah AL – KAUTHSAR

Surah AL – KAUTHSAR


Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Sumber : khazinatulasrar

SELAMAT TAHUN BAHARU 2022

 Assalamualaikum,
Happy New Year / Selamat Tahun Baharu 2022

Semoga tahun ini menjadi lebih cerah untuk kita semua
Dan juga kuat untuk menghadapi segala ujian/dugaan yang diberi olehNya.
Aamiin.

Tahun 2021 adalah banyak dugaan besar bagi kita semua.
Ada kehilangan orang yang tersayang.
Covid19 yang masih lagi mencari mangsa di dunia ini.
Bencana alam yang agak teruk sama seperti pada awal tahun 2000.

Walaubagaimanapun,
Kita harus kuat dan teruskan hidup.
Selagi kita masih bernafas kita jangan putus berdoa kepadaNya.
Sedih tetap sedih
Tapi biarlah kita simpan dan terus maju kedepan..

Allah sedih kalau kita dalam kesedihan dan rasa down dalam hidup.
Cuba bangkit semula.
Allah sentiasa disisi kita walau kita susah mana pun.
Kita ingat Dia dan Dia sentiasa ada bersama kita.
InsyaAllah.



With Love,
Aini


Labels

Followers