Pages

Throwback Raya: Beraya bersama 2 mama

 Assalamualaikum..

Baru hari ni dapat update blog. Tahun ni Aini beraya bersama 2 mama (Mama Aini & my mother in law)..

1st raya Mil sorang² di Tronoh.. Xde sesiapa balik sbb adik beradik suami beraya di belah pasangan masing².. So hubby bagi tau mama Aini yang dia nak balik Tronoh pada 1st raya. Disebabkan adik Aini beraya belah suami dia, mama Aini keseorangan jadi dia nak ikut la Aini balik Tronoh juga.. Aini & hubby ok je.. This is for the very first time my mum beraya with my mil. 

Selepas solat raya, kami makan².. pack dan bergerak ke Tronoh.. jalan di highway agak clear la..hehe

Kami tak bersalam-salaman lagi sebab kami bertiga nak bersalaman di tronoh nanti.

Jam hampir pukul 3ptg sampai Tronoh.. Sebab kami bertolak pun hampir jam 12tgh. Bila sampai je ada wajah senyuman dan gembira di air muka mil Aini. Happy sangat dia bila dapat tahu mama Aini pun ikut sekali..

Mil Aini dh siap masak Nasi tomato bersama ayam masak merah.. cedapnya.. Sebelum settle down semua barang dan dah solat, sebelum makan kami semua bersalam salaman. Aisyah paling seronok dapat beraya bersama opah dan nani dia..



Aisyah salam nani kemudian opahnya

Mula2 aisyah buat lawat, pastu ada ayat abahnya buatkan dia nangis..hehehe
Abahnya suka nyakat aisyah..sian dia tau..

Kami dapat stay 2 malam di Tronoh sebabnya suami kene kerja.. Sekarang ni pun hari Sabtu pun kene kerja buat seketika..huhu.. so nak jalan2 pun agak terhad la..Takpelah demi mencari rezeki yang halal untuk anak bini dia juga kan..

Ok, klau ada cerita dari Aini lagi, Aini akan update blog ya..
Sekarang ni kene ikut masa yang sesuai.. Dah jarang sangat nk on lappy ni.. 
Kalau update dari fon boleh tapi ayat pendek2 la..

tata for now..

With Love, Aini
























 Selepas habis cuti sekolah Aisyah demam sejak isnin. Hari Selasa pun cuti sebab demam lagi.. Ingat Rabu boleh sekolah tapi masa nak kejut dia bangun badan Aisyah masih panas lagi. So memang kene bawa pi klinik la.. Sebelum ni tak pi klinik sebab ubat demam dan batuk ada lagi. 





Wordless Wednesday: Aisyah berselendang

 
Pakaikan kat anak fesyen mcm tu nampak cantik comel je.. 

Bila pakai kat diri sendiri jadi ntah apa² ..haha

3 peri gkat bulan Ramadan


 Tiga peringkat bulan Ramadan :


❤️ 10 malam awal Ramadan - adalah rahmat Allah.


❤️ 10 malam pertengahan Ramadan - magfirah, Allah pilih orang yang diberi kemampuan. 


❤️ 10 malam terakhir ramadan - Allah pilih orang yang dijauhkan dari api neraka.


أَوَّلُ شَهْرِ رَمَضَانَ رَحْمَةٌ ، وَأَوْسَطُهُ مَغْفِرَةٌ ، وَآخِرُهُ عِتْقٌ مِنَ النَّارِ

.

Marilah kita berdoa & berusaha bersungguh-sungguh supaya Allah pilih kita menghayati & menikmati ketiga-tiga peringkat Ramadan hingga akhir Ramadan dengan iman & taqwa.


Akhirnya apabila berlalunya Ramadan, dosa kita diampunkan oleh Allah SWT, menjadi hamba yang lebih baik hingga bertemu Ramadan yang akan datang & hingga kembali bertemu Allah SWT. 

Pilih kami Ya Allah 🤲

Mama jumpa doc pakar

Assalamualaikum..

Selamat berpuasa my dear readers.. Lately ni Aini tak berapa sihat.. batuk dan semput at the same time sejak Sabtu lepas. Mungkin sebab cuaca yg panas sangat pastu kejap sejuk.. 

Aini dah lama tak update blog sebab menjaga mama Aini. Last November, ada 1 hari tu mama Aini nampak keletihan.. Aini cuma ingat sebab mama Aini duk aktif dengan marhaban jadi aini rasa mungkin sebab tu mama Aini kerap duk dalam bilik, golek2 kt katil sambil tengok tv.. Aini kerap la tengok mama kot2 mama nak apa2.. 

Mama Aini tak demam tapi mama kata mama rasa letih sangat. Esok tu mama datang kat Aini kata dia sakit celah ketiak kiri kanan.. bila Aini tengok memang terkejut. Dari belakang hingga ke depan area ketiak merah sangat2. Dan bila Aini pegang rasa dia keras ya amat. Aini dah mula risau. 

Rupanya dah 2 hari jadi camtu sampai mama rasa sakit sangat baru la nak bagi tahu Aini. Aini cakap kat mama klau ada apa2 bagi tau cepat2 takut jadi semakin teruk. Selepas jumpa doc, dia kata kene ambik darah. Resultnya mama Aini kene jangkitan kuman. Yang kanan paling teruk bengkaknya, belah kiri nampak skit macam size kene bisul.

Selepas mama habis makan antibiotoc, yg bengkak kanan tu tak surut lg.. belah kiri baik..Pegi lagi klinik, Aini ingat sekejap je rupanya dekat 2jam mama Aini di dalam bilik doc. Rupanya mama Aini kene terus buat minor surgery untuk buangkan nanah di belah kanan. Jangkitan kuman tu reading dia dah tahap tinggi sangat tapi yg miracle tu mama Aini langsung tak demam. Kalau demam memang dh kene warded.

Doc potong hampir 2cm untuk keluarkan nanah dan akan biarkan macam tu sehingga tumbuh daging baru tak boleh jahit lagi. setiap hari buat dressing di klinik nak bagi bersih kawasan luka tu. Ada sampai 1 bilik tidur mama bau nanah yg kuat. Setiap malam Aini akan tolong cuci luka mama dan tutup dgn wounded cotton. Kalau diikutkan Aini takleh tengok lubang besar mcm tu Aini akan vomit tp sebab mak kita sendiri kan so kita jadi berani. 

Disebabkan dah sebulan tak ok lagi, Aini minta klinik buat refer letter ke hospital pakar. Dah pi hospital dapat pula doc lelaki. Mama Aini segan la tapi terpaksa. Doc tengok ada lg kesan lubang yg doc klinik potong tu, doc suruh buat ultrasound bulan Jan 24. 

Alhamdulillah dengan berkat doa dan usaha Aini tolong mama bersihkan luka, akhirnya luka tu dah tertutup. Makan 3 bulan lebih juga la. kesian mama Aini.. nak tdo susah, solat susah.. bila berpeluh naik gatal sangat, mama Aini tahan jelah.

13 March 24, berjumpa dengan doc pakar nak tau result ultrasound hari tu. Alhamdulillah mama Aini clean. semua negatif, tiada apa2 dalam badan mama.. Syukur sangat.

Aini risau sebab arwah paklong Aini (abang mama Aini) ada cancer. Macam² Aini fikir masa tu. Bila dapat result dari doc, hati rasa lega sangat.

Tahun ni umur mama dah 74.. Alhamdulillah mama masih kuat dan sihat.. Semoga Allah panjangkan usia mama dan diberi kesihatan yang baik. Aamiin..



Love, Aini



Staff hack personal fb boss sendiri

Pernah tak dengar staff sendiri hack fb bos dia..?

Tempat Aini kerja ni bos cari freelance je or part time.. Tapi bos Aini ni baik sangat lah.. Sanggup belikan smart phone baru untuk staff baru bagi memudahkan kerja dia.. Sebab staff ni tugasnya sebagai tiktoker.. Untuk promote product skincare ni melalui Live TikTok (TT).

Bos cerita lah kat Aini masa interview budak ni kata dia biasa buat live. But maybe its because bos x buat test kt dia nk tgk dia boleh buat ke tak so dia hire la budak tu.. 

Dari bulan Nov 23 hingga Feb 24 baru 2 kali buat live. Bos ada bagi tau Aini yang dia ingat nak terminate budak tu sbb tak perform. 

Malam tu budak tu msg Aini kata dia ingat nak resign. Sebab bila dia on live dia jadi blur.. Mungkin sebab dia taktau nak cakap apa pasal skincare.. Masalahnya, bos bg tau Aini dia dh prepare kertas depan dia apa perlu ckp.. 

Dia buat live pun tutup muka dengan mask..pastu ckp mcm ckp sorang sampai ada customer complain tak dengar apa dia cakap, mcm berbisik. Aini sempat la join TT live dia, nampak xde semangat.. cakap mmg mcm berbisik, tak dengar apa yg dia cakap..dan dia tak guna pun apa yang bos dah sediakan paper untuk dia tu.




One day, 9.30mlm, bos Aini call.. Aini tak dengar fon bunyi masa tu sbb Aini di dapur. Hujung minggu lak tu.. Tengok fon ada 3 miss call, so Aini fikir ni mesti urgent.. So Aini call la dia balik.. Dia tanya Aini ada ke bukak personal fb, dan dia sendiri tanya gak tak mungkin Aini yang buat. Aini terus terang memang Aini tak usik pun. Sebab dia kata banyak post pasal TT and beberapa gambar dah delete. 

Pastu dia dapat detect dari fon ofis yang lagi satu, which is fon dari budak tiktoker tu.. Sebabnya ada keluar soalan dari fon bos yang dia dah tukar password baru. Tak tahulah kenapa dia buat macam tu. Mungkin dia nak resign dia buat cara macam tu...

Bos msg dia tanya ada tukar password facebook and buang gmbr tak..Dia ada juga tukar gambar profile personal fb bos.. dia tak ngaku yang dia buat. So bos nak jumpa dia kat ofis. Bila dah jumpa face to face, and bos kata nk report polis sbb hacked personal fb barulah budak tu ngaku and merayu jangan report polis. So bos dah maafkan dia cuma bos taknak ambik dia kerja dengan bos dah..  semua fon dah return kat bos..

Mlm tu budak tu personal msg Aini tanya nak datang ofis kul 7am.. Aini tanya kenapa ada tinggal barang ke.. Dia sengih je.. Aini ckp Aini x masuk ofis sbb ada hal nk hantar mak pi check up. Dia duk sengih je.. mcm tak betul lak budak ni.

Aini cakap klau nak pi ofis call bos cakap ada tinggal barang ke apa.. Mmg dia tak call and tak datang pun.. Mesti ada muslihat dia tu... Bos kata suruh block nombor dia sbb fikirkan keselamatan Aini.

Sebelum dia kene buang kerja, budak tu tiba2 msg bos nak air apa, katanya dia belanja.. Tapi bos bg tau Aini sejak dia masuk bulan Nov lepas tak pernah dia buat camtu. Hari tu dia ambik air 3in1 dari pantry, dia ckp kat bos dia nak minum tapi bos  ternampak budak tu bawak balik air 3in1 tu.. Aini taktau apa sebab sampai nak bawak balik. Bos tak tanya lak dia..bos tak kisahlah air je pun tp perangai mmg pelik.

Bos Aini sekarang dah fobia dapat staff yang seram mcm tu.. ada muslihat setiap perbuatan dia tu.. Mujur la bos tak bagi kunci ofis kat budak tu.. takut dia buat bende tak elok je..

Aini nasihat kt bos untuk pasang cctv.. takut dia datang lagi buat hal ke apa.. 

Aini pun naik seram la perangai budak tu mcm pelik2.. Memang ada nampak pelik skit..Ntah la, semoga kami sentiasa dilindungi Allah S.W.T


Hari konvo Aisyah 2023

Assalamualaikum 

Hujung tahun 2023 banyak dugaan
Ada happy, ada sedih, ada senang dan ada susah..

Apa²pun..
Life must go on..
Last year, bulan Disember sebelum cuti sekolah
Aisyah graduated 5 years..
And Aisyah dapat trofi pelajar berdedikasi..
Alhamdulillah..
InsyaAllah utk 6 years pula pelajar yang cemerlang ya Aisyah..Aamiin..

Jom tengok gambar..


Aisyah dapat trofi..

Sudah semestinya opah nak tengok cucunya graduate.. Ni graduate sekali dengan sepupu Aisyah, Noor Zulaika

Majlis bermula dengan nyanyian Negaraku, Negeri Selangor..kemudian nyanyi untuk negara Palestin.. 

Dapat lucky draw..
Aini dapat sandwich maker..
Kat rumah dah ado dah..haha

Tengah khusyuk menyanyi lagu Palestin..
Atuna Tufuni..




Noor Zulaika (Anak buah) same class with Aisyah



Sorry gambar berterabur skit.. 
Pakai fon biasa la, lain diklik lain yang dia keluar.. takpelah yang penting gambar jelas..

Lepas cuti sekolah ni Aisyah dah masuk class 6years.. mama is crying.. dah besar dah anak dara ni.. Hari² duk suruh ukur tinggi dia kat mamanya.. I is sedih..

With Love,
Aini

Salam Jumaat


 “Telah datang kepadamu bulan Ramadan, bulan yang diberkahi, Allah telah mewajibkan padamu berpuasa di bulan itu. Dalam bulan itu dibukalah pintu-pintu langit, dan ditutuplah pintu-pintu neraka, dan syaitan-syaitan dibelenggu. Pada bulan itu terdapat satu malam yang nilainya lebih baik dari seribu bulan. Siapa yang tidak memperoleh kebajikan di malam itu, maka ia tidak memperoleh kebajikan apapun.” 

(Hadits Riwayat Imam]

Wordless Wednesday - Kabus di Puncak Alam


On d way balik selepas hantar Aisyah ke tadika
Semua bukit berkabus sebab malam semalam non stop hujan..

Kalau dapat berjogging waktu ni memang best la kan..
Tapi Aini ni tak serajin nak pi exercise pagi2
Kalau ada gang ok la..hehe

With love,
Aini

 

Beli barang basah di Sekinchan

 Assalamualaikum..

Banyak Aini nak kene update blog ni.. 
semua on draft.. bila Aini free aini akan update

Bulan lepas suami nak pi beli barang basah di tepi jeti
masa ni dekat tengah hari.. memang panas lit lit..
Perjalanan kami ke Sekinchan hampir 1jam20minit..
Beli barang basah kat jeti dapat murah lagi la..
Memang suami borong banyak ikan, sotong udang
semuanya fresh..

Maaf Aini x sempat nak tangkap gambar barang basah yang dijual
Tengah sibuk melayan anak dara kecik ni ajak tengok laut, kapal bagai..
Suami ni rajin berborak dengan tauke ikan..rezeki kami dapat sebiji kelapa muda
Memang fresh la minum di tengah panas ni..
Nak bukak mata besar pun xleh..

Selepas beli barang basah
Sempat la singgah kawasan lepak di Sekinchan
Memang dekat je.. So kami bertiga pun turun la tengok keliling orang tengah lepak
Memang agak panas tapi berangin so ok la kan..hehe
Jom tengok gambar

 

Aisyah tak mampu nak buka mata.. haha

Aisyah ngadu cousin dia ada layang2.. 
So abahnya beli lah layang2 untuk Aisyah.. ofcoz nak yg unicorn..hehe



Muka ada senyum dapat layang2..hehe

With Love,
Aini

Aisyah dan kasut boot abah

Minggu lepas sempat la shopping di Sogo..
Elok plak tgh on sale kaw²..
Mama & Aini grab handbag..
Aisyah dpt sepasang baju dan botol air baru
Ofcoz mesti ada gambar unicorn dia tu..hehe

Kasut keje suami dah lama sangat..
3 tahun pakai..so dia pi Pertama,kl kat sebelah sogo tu..
Dia jalan kaki sendiri
Yg ladies and this lil girl shopping dalam sogo je lah..haha

Dah balik tumah Aisyah ni nak.la cuba pakai
Abahnya pun campai la topi hitam dia tu suruh Aisyah pakai..
Siap posing lagi..
Kemain dia ya..





Aisyah nak jalan pun nak terjatuh sebab besar..haha

With love, 
Aini



 

Labels

Followers