Assalamualaikum..
Baru hari ni dapat update blog. Tahun ni Aini beraya bersama 2 mama (Mama Aini & my mother in law)..
1st raya Mil sorang² di Tronoh.. Xde sesiapa balik sbb adik beradik suami beraya di belah pasangan masing².. So hubby bagi tau mama Aini yang dia nak balik Tronoh pada 1st raya. Disebabkan adik Aini beraya belah suami dia, mama Aini keseorangan jadi dia nak ikut la Aini balik Tronoh juga.. Aini & hubby ok je.. This is for the very first time my mum beraya with my mil.
Selepas solat raya, kami makan².. pack dan bergerak ke Tronoh.. jalan di highway agak clear la..hehe
Kami tak bersalam-salaman lagi sebab kami bertiga nak bersalaman di tronoh nanti.
Jam hampir pukul 3ptg sampai Tronoh.. Sebab kami bertolak pun hampir jam 12tgh. Bila sampai je ada wajah senyuman dan gembira di air muka mil Aini. Happy sangat dia bila dapat tahu mama Aini pun ikut sekali..
Mil Aini dh siap masak Nasi tomato bersama ayam masak merah.. cedapnya.. Sebelum settle down semua barang dan dah solat, sebelum makan kami semua bersalam salaman. Aisyah paling seronok dapat beraya bersama opah dan nani dia..
Selepas habis cuti sekolah Aisyah demam sejak isnin. Hari Selasa pun cuti sebab demam lagi.. Ingat Rabu boleh sekolah tapi masa nak kejut dia bangun badan Aisyah masih panas lagi. So memang kene bawa pi klinik la.. Sebelum ni tak pi klinik sebab ubat demam dan batuk ada lagi.
Belated selamat hari raya buat aini :)
ReplyDelete