Assalamualaikum readers..
Selamat menunaikan haji mama..
Hari ni dah hari yang ke-7 mama di tanah suci
Flight mama di KLIA pd 19hb Mei 2023 jam 2am
Tak dapat nak stay lama sebab suami kene keje..
So jam 11pm kami kene balik rumah dah.
Aini tak risau mama duk seorang di Klia
Sebab ada kawan marhaban mama join sekali
Lega Aini atleast ada orang yang aini kenal ada bersama dengan mama.
Malam sampai rumah Aisyah dah tidur
Sekali dia jerit sebut nama opah sambil hulur tangan nak pi ke opah
Aini nangis sebab tgk dia pasti akan rindu opah dia sgt²
Mana taknya Aisyah dr baby sampai sekarang dia duk sebumbung dengan opah. Aini kerja dulu opah yang jaga so mmg rapat antara mereka berdua.
Hampir setiap hari Aisyah tanya bila nak ambik opah.
Mama Aini balik pada 9 July 2023.
Mama tak pi dengan Tabung Haji
Mama ambik pakej Haji dari Agent Al-Maliki
Ni adalah kali kedua mereka bawa jemaah Haji
Sebab kawan mama aini pernah join tahun lepas dan mama pun decide nak join tahun ini.
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar
Gambar2 mama share pada kami 1 family nampk muka mama tenang dan happy.
Aini tumpang gembira untuk mama.
Semoga mama selamat sampai ke destinasi yg dituju dan juga selamat kembali ke tanah air.
Jom tengok gambar ketika kami di airport.
Aisyah & Opah
Tunjuk kapal terbang
1st time tengok dekat²
Siap bawak teropong lagi
Opah & cucu² tengok fish
Hubby & yunus
Kids eating donuts
Kawan marhaban mama Aini
Family Aini..ada yang tak dapat datang
Setiap hari mama takde di rumah rasa sunyi sangat
Selalu bangun pagi dengar je suara mama mengaji di bilik tapi ni sunyi je..
Miss you mama..
~Aini~
Betul, lega bila ada orang yang kita kenal bersama dengan mak.
ReplyDeleteSemoga Allah permudahkan urusan ibadah haji mak Aini.
Semoga mama Aini selamat pergi dan selamat kembali dari menunaikan ibadah haji, dan semoga mendapat haji yang mabrur.. Ameen YRA 🤲🏻 🕋
ReplyDeleteSemoga di lancarkan ibadah hajinya menjadi haji mabrur..amiin
ReplyDeletesemoga mama nya selamat pergi & selamat kembali nanti & semoga mendapat haji yg mabrur..aamiin
ReplyDeleteSemoga mama Aini dapat haji yang mabrur, juga dipermudahkan urusan ibadah di tanah suci.
ReplyDeleteSemuga ibadah haji mama Aini di permudahkan dan mendapat haji yang mabrur. Boleh ceritakan tak macamana nak buat haji pakai pakej. Adakah kena tunggu surat panggilan haji dari TH dan selepas tu nak selesa pilih pakage haji swasta. Nak tahu cara-caranya. Dan berapa kos semuanya. Mana lah tahu nak tunggu panggilan haji lama sangat jadi kita boleh buat persiapan dengan simpanan yang lebih banyak secara pakage.
ReplyDeletemoga dapat menjalani ibadah haji dengan sempurna buat mama ya
ReplyDeleteSemoga mendapat Haji yang mabrur.. Teringat dulu masa kecil saya kena tinggal dengan emak dan abah pergi menunaikan haji. Masa tu saya anak bongsu. Balik haji alhamdulillah dapat adik seorang lagi. Barangkali emak dan abah sudah berniat di sana nak anak lagi..
ReplyDeleteAlhamdulillah syukur...
ReplyDeleteMudah-mudahan mama Aini diberi kesihatan yg baik, dipermudahkan segala urusan dan beroleh haji mabrur 🤲
Sian Aisyah, rindu Nenek ye...
Alhamdulillah syukur, smoga mama aini mendapat haji yang mabrur dan dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang ibadah haji, selamat pergi dan selamat kembali ke tanahair
ReplyDelete