Pages

Big breakfast di Andra By Gula Cakery @ Grandeur Labs

 Assalamualaikum..
Mungkin yang mengenali diri Aini perasan yang Aini dah lama tak blogging..
Maaf ler ya.. sejak kejadian Aini berhenti kerja di tempat baru Aini rasa down
Tapi dalam pada masa yang sama Aini sibuk dengan bisnes kecil Aini
Alhamdulillah bulan Syawal ni ramai yang order kek dengan Aini untuk open house dorang

InsyaAllah esok akan busy lagi nak baking.
5 kek menunggu untuk serve pada tetamu

Kerja..? Masih mencari yang sesuai..
Kalau boleh kali ni nak cari yang dekat dengan rumah
senang untuk Aini lari kejap hantar dan ambik Aisyah sekolah

Banyak kerja kosong dalam facebook puncak alam
Tapi Aini perasan banyak yang scam
ntah kenapa admin group tu leh approve lak
Ada 1 ni Aini perasan tajuk kerja kosong dan ayat2 dia semua sama tapi fb owner dia lain
dan ada juga yang complain pernah kene scam dengan orang tersebut
So nak cari kerja sekarang ni kene la berhati-hati

Buat masa sekarang ni Aini tak kerja jadi semalam adik minta Aini temankan dia
Suami adik kene kerja di ofis setiap Selasa dan Khamis
so urusan nak hantar ke sekolah dia susah skit nak handle sendiri sebab ada baby
So selepas hantar anak2 dia ke sekolah Aini ajak adik brekafast sama
Taknak yang local..kali ni nak western2 gitu..haha
Sekali sekala takpe lah kan

so kami pergi di Eco Grandeur Labs Puncak Alam
Pusing2 nampak kedai Andra By Gula Cakery
Yes kedai tu mahal ya tp once in a while leh cuba apa salahnya
Kami order Big Breakfast 1
sebab memang untuk makan 2 orang..klau makan sorang2 memang takkan habis punya tu bagi Aini lah
Ada cousin tengok gambar Aini kata dia leh habiskan sorang haha

Big Breakfast

Handsome boy baru bangun tido.. Tak ready nak senyum haha

Tengah main dengan Mamaju (Aini)

Susah nak bagi Yunus tengok camera

Nampak sedap kan breakfast dia..? 
memang habis semua.. Yunus pun makan
Harga Big Breakfast tu Rm32 tak termasuk air
So total semua sekali dengan air untuk sarapan pagi dah RM68
Hahahaha.. Xpe tu maybe sekali setahun leh la makan kan kan..Hehe

Nanti Aini free Aini akan update gambar raya di kampung pula ya..

Semoga readers dalam keadaan sihat dan kerapkan minum air kosong
Cuaca sekarang ni semakin panas dan ramai yang jatuh sakit
May Allah protect us all..

With Love,
Aini


9 comments:

  1. moga terus maju jaya Aini dgn biz baru...fighting!

    ReplyDelete
  2. Mana tahu bisnes kek berkembang sampai tidak perlu cari kerja. Apapun perancangan Allah paling baik.
    Hehe memang mahal untuk 2 orang makan sarapan.

    ReplyDelete
  3. Akak doakan Aini jumpa kerja baru secepat yang mingkin..hati2 ye..jangan sampai kena dengan scammer..

    ReplyDelete
  4. moga terus success yer...
    encem boy.. candid mcm tu comei jer..
    yum yum..big bfast tu..dapppp

    ReplyDelete
  5. Memang nampak sedap. Teruskan usaha dengan biz baru ye.

    ReplyDelete
  6. port favourite kak ana sekeluarga lepak di Grandeur ni nak nak lagi di Andraa laa kan :)

    ReplyDelete
  7. Semoga lancar dan sukses usahanya....full banget sarapannya😀

    ReplyDelete
  8. Mak aii... Sepinggan sarapan dah 32.. hihi

    ReplyDelete
  9. semoga dapat kerja baru nanti
    sedapnya makanan tu

    ReplyDelete

Thank you for dropping at Aini's blog.

Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For further inquiry kindly email me at noorainimohdhalim@gmail.com

Happy Blogging (^_^)

Labels

Followers