Pages

Pesakit asma, pastikan anda guna inhaler yang betul!

Assalamualaikum,

Baru baca article ni.. Sesiapa ada Asthmatic mohon baca sampai habis ya.

Pesakit asma, pastikan anda guna inhaler yang betul!

Inhaler jenis Ventolin Accuhaler dan Seretide Accuhaler ditarik balik dari pasaran di UK selepas kandungan tidak menepati dos yang telah ditetapkan. - Asthma UK

RIBUAN inhaler asma ditarik balik dari pasaran di United Kingdom selepas didapati isi kandungannya tidak menepati dos yang telah ditetapkan.

Arahan penarikan itu dibuat apabila hampir 6,000 pengguna inhaler terkesan selepas menggunakan inhaler tersebut, lapor The Independent.

Menurut Agensi Pengawalseliaan Perubatan dan Kesihatan (MHRA) UK, dua lot inhaler jenis Ventolin Accuhaler tidak menepati dos yang telah ditetapkan ketika proses pembuatan dan menggesa pengguna untuk menggantikan dengan inhaler lain.

Pengurus MHRA, Bernadette Sinclair Jenkins menasihati pengguna inhaler tersebut untuk berwaspada terhadap kesan sampingan menggunakan inhaler itu.

"Sangat penting bagi pengguna inhaler untuk memastikan kesan daripada menggunakan inhaler tersebut.

"Kami mahu semua pesakit asma serta ahli keluarga mereka berasa yakin dan selamat dengan rawatan tersebut," jelas Jenkins.

Selain itu, ketua Asthma UK, Dr Andy Whittamore turut menyatakan kebimbangnya terhadap pesakit asma yang menggunakan inhaler yang salah.

"Sangat membimbangkan apabila sebahagian pesakit asma menggunakan inhaler yang salah kerana ia boleh membahayakan nyawa mereka.

"Inhaler jenis Ventolin digunakan ketika pesakit mengalami tanda-tanda asma seperti batuk, sesak nafas atau semput.

"Sekiranya pesakit asma menggunakan inhaler yang salah, ia boleh mengakibatkan serangan asma.

"Kami gesa semua pesakit asma untuk memastikan inhaler yang mereka gunakan tidak terkesan dengan menyemak nombor siri di bahagian bawah inhaler. Sekiranya salah, mereka dinasihati untuk dapatkan nasihat perubatan dan kembalikan inhaler itu kepada farmasi untuk digantikan," tegas Dr Whittamore.

Selain itu, satu lot inhaler jenis Seretide Accuhaler juga ditarik balik dari hospital, farmasi, peruncit dan pemborong di UK selepas dipercayai turut terkesan.

Bagaimanapun, MHRA turut memaklumkan inhaler selain jenis Vetolin Accuhaler dan Seretide selamat untuk digunakan terutamanya jenis Ventolin Evohaler, antara inhaler sering digunakan.

No comments:

Post a Comment

Thank you for dropping at Aini's blog.

Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For further inquiry kindly email me at noorainimohdhalim@gmail.com

Happy Blogging (^_^)

Labels

Followers