Pages

Muatnaik gambar makanan di laman sosial perbuatan tidak beradab

Assalamualaikum,

Dulu Aini suka update makanan tempat Aini makan yang best dan akan recommend pada yang tengok gambar Aini tu.. kadang2 apa kite masak di rumah pun akan share juga dalam ig. Satu hari suami Aini pesan, seeloknya janganlah kite share gambar dalam internet sebab kite akan membuat orang tu teringin nak makan. Klau orang tu nk sangat makan masa tu tapi tak dapat maka berdosalah kita. Kita tanggung dosa tu sampai bila..? Aini terdiam dan terpfikir ada betulnya apa suami Aini kata. So since that Aini stop share gambar dalam internet.. Klau ada yang pernah tertengok gambar2 makanan yang Aini share dan x padam2 lagi maafkan Aini. Hari tu Aini buat cucur ikan bilis, ptg tu kakak ipar tengok FB dan dia pun dah terliur.. terus dia pi buat untuk diri dia dan anak2 dia.. kalau time tu bahan2 yang dia nk makan tu tak cukup bahan,  nak pi kedai pun susah.. klau kedai tutup macam mana kan..? kite pun berdosa juga lah kat situ. Aini ada jumpa satu artical pada tahun 2015. memang ada keluar pasal kongsi gambar makanan dalam social media. Jom baca..


------------------------------------------------------------------------------------------------

Islam mementingkan konsep perkongsian maka wajib bagi umat Islam berkongsi makanan yang ditunjukkan kepada orang lain.

Sikap segelintir pengguna laman sosial yang gemar memuat naik gambar-gambar makanan dengan tujuan tertentu merupakan perbuatan tidak beradab menurut ajaran Islam.
Perkara itu dijelaskan oleh seorang pendakwah bebas, Ustaz Fawwaz Mohd Jan dalam satu ceramah dan rakaman video ceramah itu dikongsi di Facebook.
Katanya, Islam mementingkan konsep perkongsian bersama dan jika kita menunjuk-nunjuk kepada orang lain maka wajib untuk kita berkongsi untuk sama-sama merasai nikmat makanan.
“Dalam Islam, nabi kata, sekiranya makanan yang kita makan itu dilihat atau dihidu oleh orang lain maka kita wajib beri kepada orang itu makan makanan yang kita tunjuk untuk mereka merasainya bersama.
“Apa yang kita tunjukkan itu boleh menyebabkan orang teringin. Zaman sekarang ini, ramai orang yang buat begini tanpa menyedari kesan terhadap orang lain yang melihatnya,” katanya.
Katanya, perbuatan itu seecara tidak langsung boleh mengundang kurang senang dalam kalangan rakan-rakan di alam maya apatah lagi ia boleh menimbulkan keinginan terutamanya bagi wanita yang mengandung.
Sehubungan itu, Fawwaz menasihatkan orang ramai agar menghentikan tabiat gemar memuat naik gambar makanan di media sosial terutama menerusi aplikasi WhatsApps dan Facebook.
“Mulai hari ini, tolonglah hentikan tabiat suka memasukkan gambar makanan yang kita makan di dalam laman sosial ini,” katanya.

------------------------------------------------------------------------------------------------
With Love Aini 

No comments:

Post a Comment

Thank you for dropping at Aini's blog.

Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For further inquiry kindly email me at noorainimohdhalim@gmail.com

Happy Blogging (^_^)

Labels

Followers