Assalamualaikum..
Setiap manusia ada masalah. Bila adanya manusia, maka disitu akan adanya masalah. Adilkan? Manusia dan masalah ibarat isi dengan kuku, takkan dapat dipisahkan. Selagi bergelar manusia, selagi itulah masalah akan terus ada.
Sebenarnya, masalah bukanlah satu masalah. Seriously! Dari satu sudut, kita anggap ia satu bebanan. Sudah tentu ianya satu beban, as long as apabila kita terus menerus take it as problem. Masalah jadi masalah bila ia dipandang sebagai masalah.
Boleh tak kita ubah sedikit cara pemikiran? Fikir dengan cara dan lagak seseorang yang mempunyai akal. Oh ye, semua orang ada akal. baiklah, sedikit tambahan. Cuba fikir dengan cara dan lagak seseorang yang mempunyai akal dan akal tersebut sedang dipimpin IMAN.
Adakah kita beriman? Jadi apa gunanya IMAN (If ada) jika kita tak pernah nak kaitkan IMAN dengan kehidupan seharian kita?
Bagaimana untuk berfikir dengan cara dan lagak seorang yang mempunyai akal dan akal tersebut sedang dipimpin IMAN?
Sangat senang!
Pertama sekali, kita kena tetapkan mindset bahawa ia BUKAN MASALAH. Ia adalah satu cara TARBIYAH dari Allah S.W.T untuk menjadikan kita seorang yang matang untuk terus berdiri sebagai seorang khalifah di muka bumi ini.
Kedua, bila tarbiyah ini menimpa kita, jangan segan untuk mengadu mintak tunjuk ajar. Ibarat seorang pelajar yang diberi homework. Takkanlah bila tak tahu nak buat, kita terus diam? Do nothing? Adalah lebih baik jika kita berjumpa dengan guru untuk bertanya tentang homework tu kan? Jadi, guru kita sekarang ialah DIA Yang Maha Mencipta Tarbiyah, DIA yang menentukan Tarbiyah tersebut adalah untuk kita, dan DIA adalah Allah S.W.T sebaik-baik perancang.
Sebagai pengakhiran, ketahuilah bahawa setiap perkara itu diciptakan berpasangan. Jika Adam pasangannya Hawa, Jika siang pasangannya malam, maka masalah pasangannya penyelesaian. Dan tarbiyah? Tarbiyah pula pasangannya adalah kejayaan.
Adil kan Allah S.W.T?
#copypaste
No comments:
Post a Comment
Thank you for dropping at Aini's blog.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
For further inquiry kindly email me at noorainimohdhalim@gmail.com
Happy Blogging (^_^)