Foodpanda atau Grabfood?
Salam Jumaat
Café au lait (Coffee with milk)
Everyone loves coffee.. so do I..
Year 2002 I stayed with my mum at Rabat Morocco. Almost 3years I stayed there.
My mum works at Malaysia Embassy. Now she's already retired.
3 bulan tempat kerja baru
Hari ni macam biasa kerja di pejabat bengkel kereta.
Suami positif covid
Dah lama Aini menyepikan diri.. klau ikutkan hati memang nk update blog 2 kali atau lebih utk sebulan.. tapi bulan July tu adalah bulan yang paling perit buat Aini dan keluarga.
15 July 2021 adalah birthday anak Aini (Noor Aisyah) dah 3 tahun dah dia.. yang sedihnya abahnya xde disisi dia.. Pagi tu dapat call dari hubby pagi tu yang hubby positive covid. Masa tu hubby ada di Tronoh, Perak. Cerita dia camni..
7 July 2021, Aini & hubby ambik 1st vaccine di IDCC. Esoknya pula, hubby kene pi kerja operasi bersama kawan ofis dia. So berdua la naik kereta pejabat untuk pi operasi di luar. Masa tu dia kene pi Pahang. Malam balik rumah dia dah mula rasa tak sedap badan, masing2 ingat kesan daripada vaksin tu sbb Aini sendiri pun ada demam skit so kami fikir daripada kesan vaksin tak fikir pasal Covid.
Esoknya dia balik Tronoh sbb nak hantar maknya pi ambik vaksin. Maknya duk sorang di kampung. day after day dia start demam. Dia video call Aini tgk hubby mmg nmpk weak.. masih lg tak fikir pasal covid sbb mungkin dia x cukup rest selepas ambik vaksin tu.
3 hari demam tak baik2, kakak ipar Aini call hubby suruh pi buat swab test termasuk maknya skali. Dapat result tempoh 48jam.. hati makin lama x sedap tapi cuba fikir yg baik2.
Alhamdulillah result Aini bertiga negative covid. Cuma masih risau kata Aisyah sbb dia tgh duk demam. Aini rasa dia demam sbb rindukan Abahnya. Hampir sebulan dia tak jumpa Abah dia.
Everyday buat video call dengan hubby, sama2 nangis, sama2 ketawa untuk sedapkan hati masing2 dan sama2 fikir positive untuk bagi hubby terus kuat.
Alhamdulillah doc bagi tau dalam darah hubby xde covid, xde main2 kat area paru2. dia main2 kat area tekak je, disebabkan juga hubby dh ambik 1dos vaksin so doc nmpk ada vaksin dlm darah hubby. Jadi dia dapat kuarintin di Stadium Ipoh selama 6 hari je tak lama sebab bacaan darah tinggi dia rendah dan tahap level covid dia sght2 rendah.
26 July 2021, hubby dapat pulang ke rumah jumpa Aini dan Aisyah.
Rasa nak peluk terus tapi kami setiap kali balik rumah dari mana2 akn naik mandi dulu. Selepas mandi sama2 peluk lama2, aisyah pun duk lekat kt abahnya walaupun dia xtau apa yg jadi tp nampak aisyah melepaskan rindu kat Abahnya.
Ya Allah, aku bersyukur suamiku dipanjangkan umur. Aku tak bersedia lagi klau suami tinggalkan aku tapi kalau Allah lebih sayangkan suamiku, aku Redha.
Semoga kami sekeluarga dilindungi dari penyakit bahaya ini.
Kau angkat la penyakit wabak ini agar kami dapat hidup seperti biasa.
Bagi yang kehilangan insan tersayang akibat covid19, Aini ucapkan takziah buat kamu sekeluarga dan bagi yang sedang melawan covid ni Aini doakan semoga cepat sembuh dan kembali bersama insan tersayang.
Terima kasih sudi baca blog Aini yang tak seberapa ni sehingga habis.
Aini
DOA PEMBUKA 12 PINTU KEBAIKAN
ALLAHUMMAF TAHLII ABWAABAL KHOIRI, WA ABWAABA SSALAAMATI, WA ABWAABAS SHIHATI, WA ABWAABAN NI’MATI, WA ABWAABA BAROKATI, WA ABWAABAL QUWWATI, WA ABWAABAL MAWADDATHI, WA ABWAABAR ROHMATI, WA ABWAABAR RIZKI, WA ABWAABAL ‘ILMI, WA ABWAABAL MAGHFIROTHI, WA ABWAABAL JANNATHI YAA ARHAMARROOHIMIIN.
Ya Allah…. Bukakanlah untukku, pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesehatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu-pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
🤲🏻🤲🏻
🌷Bacalah doa ini selepas solat, sebelum tidur dan bila-bila saja.
🌷Amalkan doa ini, In Sya Allah akan dibukakan pintu rezeki seluas-luasnya, terhindar daripada musibah, orang bertambah sayang dan apa yang didoakan In Sya Allah akan dikabulkan oleh Allah.
🌷Jangan berputus asa berdoa. Ada orang Allah cepatkan doanya dan ada pula yang lambat dan mungkin ada juga yang Allah beri di akhirat. Semua ini kerja Allah, hanya DIA yang tahu apa yang baik untuk kita.
🌷Yang paling penting, berdoalah dengan bersungguh-sungguh dan mesti yakin dengan Allah. Bersangka baik juga dengan Allah.
Segmen 24 Jam Bloglist #41 MiaLiana.com
- Follow blog MiaLiana.com / Like Fanpage MiaLiana.com / Follow Instagram @mialiana (mana-mana yang ada)
- Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #41 MiaLiana.com
- Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
- Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
10 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog MiaLiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 3 Julai 2021.
** jom support Mia Liana....
Nak minum Gong Cha
Assalamualaikum,
Dapat kerja baru waktu lockdown
Dah setahun lebih Covid ni masih wujud lagi dan kite semua xtau bila akan hilang. Sama2 kite doakan agar penyakit merbahaya ni akn hilang dengan cepat.
Alhamdulillah mama and papa Aini dah ambik 2dos vaksin. Rasa lega sangat2 dan harap akan bertahan lama dalam badan mereka. Aini & hubby xtau bila lagi.. masih menunggu panggilan..
Klau dh dapat panggilan utk ambik vaksin pergi la.. sape tak ambik rugi.. kite ikhtiar.. kite cuba.. dah dapat free ni ambil lah.. tahun depan mungkin xde dh dpt free vaksin ni..
Anyway.. dah lama sangat Aini tak update blog kan.. last update bulan Feb tentang Aini join venture dengan sepupu buka cafe di Glenmarie Gold Club.
Kisah tahun 2020
Assalamualaikum..
How are u silent readers..? aini tak tau ada lg ke tak orang blogwalking zmn skrg ni.. yelah skrg ni byk layan instagram and fb even twitter kan.. Aini penah bukak akaun twtter tp utk aini mcm x guna sgt so i deleted
Anyway.. tahun 2020 adalah tahun yang sangat byk dugaan besar bagi Aini sekeluarga dan orang2 lain di seluruh dunia ni kan..?
Aini kene buang kerja.. suami msh di tmpt keje lama pd masa tu tp dia telah sedaya upaya utk mencari kerja lain di atas sebab tertentu tapi pd masa tulah nk dpt kerja baru waktu covid19 sgt2 la mencabar sebab byk syarikat2 kene tutup, buang pekerja dan lain2.
Bulan Disember 2020 ada pemberian rezeki Allah beri pada Aini, suami & anak. 21hb Aini join venture dgn sepupu utk buka cafe di Glenmarie Golfclub. Mmg penat tp berbaloi. Dapat cuti rehat pada hari Rabu shj. Dan pada 21hb juga suami dpt panggilan dr LUAS. Yes he got a new job.. Alhamdulillah Aini n suami sujud syukur pd Allah..
PKP 2.0 kembali lagi dan mmg effect pd bisnes Aini tp Aini bersyukur yg suami skrg kerja dgn sektor kerajaan. Aini x perlu risau sgt.
Aini tahu ada yg lagi susah dari apa Aini dpt skrg tapi Aini harap anda akan terus kuat, berdoa demi anak2 keluarga dan diri sendiri. Jgn give up ya.. Allah akan bantu anda klau anda ingat padaNya..InsyaAllah..
With Love,
Aini
















